Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Lagu Baru, Cerita Baru (KRU) : Tiga Kata dan Cinta Kura-Kura

Assalamualaikum..

LAGU TIGA KATA
Hehehe..hehe... :) Lagu ni, mula-mula Ratu dengar kat pejabat. Mula-mula dengar macam geli-geli sikit.
Tapi sekali tahu KRU punya lagu, owh jatuh cinta kali ke berapa Ratu pun tak tahu :)

KRU Best! Best! Best gila gila gilaaa...Dari dulu mereka lah 3 jejaka Malaysia yang pada Ratu sangat berpotensi dalam industri ni. Dan ye, Ratu tak salah. Terbukti dalam cerita CicakMan. Dan makin lama makin up. And, macam Ratu pernah kata dalam entry VIP ni, CGI dorang adalah produk CGI yang paling best kat Malaysia. :) Walaupun tak sehebat filem Barat, tapi berada di satu tahap yang snagat memuaskan. Enjoy~

Lirik Lagu Tiga Kata Dari KRU


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar


Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut



Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta


Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut


Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta


Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus

(Rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)


Wo ai ni
I love you



Ratu mulanya nak ambil video lain, tapi cuma video ni je yang available. Ada video lain, tapi video sorang lelaki dedicate lagu ni kat wife dia, so banyak la pulak gambar bini dia sepanjang 4minit lagu ni (-,-) Dan video lain yang ada pun, user nya pergi unlisted kan. Nak embed pun tak boleh. So sila lah ke link ni 

CINTA KURA-KURA

I'm not a fan of malay movies, tapi bila KRU buat, itu termasuklah dalam list wajib tonton. Tapi tonton tu tak semestinya kat wayang, boleh jadi 2-3 bulan lepas cerita keluar baru nak cari. Al maklumlah, orang macam Ratu ni jarang sikit jejak panggung wayang. huhu

Owh, sinopsis cerita dia ni macam best. Selain ada pelakon yang cantik (Tiz Zaqyah) dan hensem (Aeril Zafrel), cerita romantik komedi fantasi ni juga menampilkan pelakon hebat yang lain contohnya abang Ratu, Zizan Raja Lawak, kakak Ratu, Fara Fauzana dan makcik cool Ratu Noryati Taib. Dan ye, tak jadilah kura-kura kalau tak ada kura-kura. So memang ada kura-kura dalam ni! :)

Maka dengan ini, saya mengajak anda tonton dan review lah di blog. Best tak best belakang cerita, janji KRU punya kita pakat mai tonton! Zizan ada kot~ Abang Ratu tu~

Oke sekian post kali ni. Bye!

P/S: Can Ruk The :) I learned from a friend from my fan page. Tq miss Nur Diena :)

Thursday, August 18, 2011

Culik Diri Sendiri, Lari Dengan Boyfren Untuk Dapatkan Duit

Assalamualaikum

Pagi tadi Ratu buka surat khabar Kosmo! Maka, muka depan haruslah berita howt kan? :)

Dan tahu tak berita apa?


Dan bila tengok gambar, owh, ayah dia ni, mak die ni, pakai purdah. Dan tengok pula lagi, remaja perempuan 17 tahun. Ikut boypren 19 tahun berkomplot ugut parent si perempuan RM50,000. APA KESSS?


Aduuiii..apa nak jadi ni... Maka, mengetepikan isu si anak, Ratu fokus kepada ibu bapa.

  • 6 hari parents dia bersusah payah risau kan anak dia.
  • Mungkin tak tidur malam memikirkan keadaan anak perempuannya. Duk tenung je baju raya yang baru dibeli.
  • Risau takut-takut anaknya diapa-apakan.
  • Si adik rindukan kakaknya.
  • Gerun memikirkan kalau-kalau bila dah jumpa, si anak dah tak bernyawa.
  • Dah dapat call untuk duit tebusan, risau pula macam mana nak dapatkan anak dengan selamat. Pikir pulak kena cari duit 50,000.

ANAK DIA LANGSUNG TAK FIKIR BENDA NI KAN?

"Ni..namanya anak derhaka nisa..."
En. Min di sebelah kerusi sofa berkata-kata saat melihat aku tak habis-habis mengeluh.
"hmm..Kesian mak bapak dia risaukan dia...Last-last tahu je anak bukan kena culik, tapi lari ikut boyfren.."
"Cuba pikir, 6 hari hilang tu dia pergi mana? Baru umur 17 tu. Boyfren tu pun 19. Darah muda lagi, tak matang nak berfikir. Dia pergi mana..cuba fikir"
"Hmm..nak pergi mana kalau 1 Malaysia sibuk cari dia. Ikut boyfriend dia la"
"Haa..dah ikut boyfriend kalau berdua jadi apa...? Tak tahu lah remaja sekarang ni.."
En. Min terus menggeleng. Kuat putarannya. Aku tak berniat mahu berprasangka. Boleh jadi antara mereka tak pernah terlanjur pun, tapi memang 6 hari dia dengan boyfren, bulan puasa pun, bukan perkara tak baik boleh tak jadi kan?

Ish...sungguh lah Ratu tak faham. Apa motif dia nak ugut parents dia sendiri? Duit 50,000 tu dia nak buat apa dengan boyfren dia? Ingat boyfren dia boleh kekal dengan dia ke, bila dah dapat duit? Silap-silap habis madu, sepah dibuang. Dia tak kesian parents dia ke? Dia tak tahu ke malu yang terpaksa family dia tanggung. Mak dia yang berimej purdah.
APA YANG DIA PIKIR SEBENARNYA??

Hm..parents dia...kesian. Ish Ratu tak tahulah. Kelu lidah.

Been there done that. Trust me, its not worth it. Buat family sendiri risau, susahkan diorang. Bahayakan diri sendiri. Semua tu silap yang Ratu pernah buat. Menyesal tak sudah sampai sekrang sebab kecewakan family sendiri. Tapi alhamdulillah, kesilapan tu masih diberi ruang untuk diperbaiki.

Someday bila perempuan tu dah besar maybe dia akan menggeleng benci mengingatkan dia pernah buat perkara-perkara ni dalam usia remaja dia. Tapi...tapi..tapi.. Semoga pengalaman mengajarnya.

Tak semua orang belajar dengan cara mudah. Mungkin adik Ameerah Asha pun sama macam Ratu. Kami belajar daripada kesilapan. We learn the hard way. We learn through mistakes and experience that we've made in the past for our goods in the future.

Jadi, dalam kekecewaan atas tindak tanduk adik Ameerah Asha, masih ada sekalung doa dan harapan agar imannya dipertingkat semoga perkara ini boleh diselesaikan dan dijauhkan sejauh-jauhnya. Ratu sendiri berharap perkara yang sama dengan diri sendiri dan kalian. Semoa kita dijauhkan daripada kesilapan ni. InsyaAllah.

Sekian, bye!

p/s: Mari Memburu Malam LailatulQadar! :)

Wednesday, July 6, 2011

Winner of SHOWDOWN 2011

Assalamualaikum...

Ratu ni sebenarnya minat menari. Gila arh menari. Hip hop boleh, b-boy boleh,shuffle boleh, pop-lock boleh,ballet boleh, tradisional pun boleh. Versatile dan fleksibel lah kiranya. Cuma Ratu jenis yang tak suke show off kan..so nari dalam bilik,depan cermin macam tuh je lah. Tak semua tahu ni..so korang pun shhhh~ diam-diam je eyh..jangan sebarkan oke? Ratu tak nak publisiti sangat..malu.

Anyway malam semalam, berlangsung lah Final Showdown 2011 yang finalist nya terdiri daripada Rokusteps, Bounce Stepperz, HMC Phlow, dan Elecoldxhot. Tahniah buat dorang kerana berjaya smapai ke tahap tu, dah tahniah juga buat team-team terdahulu, sebab they wont be there, if dorang tak bagus dan layak kan/

Dan ini adalah senarai nama finalist Showdown 2011 mengikut kedudukan mereka!

1# Elecoldxhot
2# HMC Phlow
3# Bounce Stepperz
4# Rokusteps

They deserve it. Although I really hope that HMC Phlow is to be the No.1, its oke though. Its a very great achievement for them. And I am positively sure that they are also grateful with what they had accomplished.

As for Elecoldxhot. You're sick! Bak kata Maple Loo. And yeah, you made it! You exceeded your limit and you nailed it! Congratulations guyssss :)
I just hope that you'll guys will succeeded in you future undertakings and keep working,keep dancing, keep cool and just be yourself! Good luck!

Bye!
Image source: Google

p/s: Nope! Ratu tak pandai menari pun~

Wednesday, May 25, 2011

WAJIB TONTON: Valley of The Wolves Palestine 2011

Assalamuaalaikum..

homaigod..homaigod! Cerita apa ni? Tak pernah pernah lagi kita dengar kan, sampai la Ratu terbaca entri di akuislam.com


Macam menarik. Cerita pembikinan Turki yang diadaptasi daripada kisah serangan Israel terhadap Kapal Mavi Marmara yang berlaku pada 31 May 2010.

Owh! Don't worry..tak pelru download..boleh terus tengok dari Youtube!! Ok, Ratu tak tahu lah berhasil ke tak youtube streaming  sampai habis cerita 1jam 45 minit ni, tapi Ratu tengok dekat link akuislam.com yang tadi jugak. Tak berani nak buka dari youtube, takut tak lepas. Cuba lah try. Ratu belum tengok lagi. Tapi kenapa Ratu dah beria-ria rekemen?

Sebab utamnya mestilah sebab di-induce oleh blog akuislam tadi, selain tu, Ratu tengok first 10 minit dia macam menarik dowh! Sumpah tak tipu. Awal-awal dah ada yang tembak-tembak! Pergh! Action!~ i loike~

Pastu,pastu, dialog yang buat Ratu lagi tak sabar-sabar nak tengok sampai habis:
Tentera Israel: Why have you come to Israel?
Hero (kot) : I didn't come to Israel, I come to Palestine...
WAH! Gitew jawabnyeee... Israel kan negara HARAM..
perang-perang mulut jap antara mereka dan dush!! dush! Boom ka babbommm!!
Terus fire fire kill kill die die.. I tell you..So apa lagi?? Jom arh..tengok sesame.. :) Ni sedikit berita dari yang Ratu Google :)

‘Valley of the Wolves Palestine’ to be screened in Germany
28 January 2011, Friday / SERTAÇ DALGALIDERE, İSTANBUL
The screenwriter of a newly released Turkish movie that features the story of the Mavi Marmara incident said on Wednesday that the ban of the movie in Germany is “illegal” and that the film will be screened in that country today.
The long-expected movie was slated to be released today in Germany but it was withdrawn after an authoritative German film association recommended that theaters in the country not show the movie, allegedly for containing anti-Israel propaganda and for coinciding with Holocaust Remembrance Day. Bahadır Özdener said, while speaking after a première of the movie in İstanbul, that the movie will most probably be screened in Germany today and that their lawyers are taking necessary steps in this regard.
“Kurtlar Vadisi Filistin” (Valley of the Wolves Palestine) is the latest release of the Panafilm movie company, which has the biggest budget in the Turkish cinema industry. The movie is featuring the lethal Israeli storming of the Mavi Marmara aid ship on May 31 last year that killed eight Turks and an American citizen.... (read more)



Owh owh!! Rupanya ada juga Valley Of The Wolves In Iraq.. apa lagi? Isi masa terluang anda dengan tonton filem! yeah!

Bye~ :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...