Sunday, May 5, 2013

CERPEN#2 Soulmate [Ep.6]


Assalamualaikum





“Apa yang kau orang tengok-tengok tu?”

Khairul turun dari fixie merahnya, menuju ke arah rakan-rakan ‘sepermainan’ fixie di Amphitheater berdekatan kolam renang UiTM. Kadang-kadang pemilik fixie sekitar UiTM memang akan berkumpul di kawasan ni. Yang naik basikal hak milik UiTM pun ada juga. Ada yang berlumba basikal, ada yang buat trik. Pemain tegar roller skate dan skateboarding pun kadang-kadang turut serta melepak di kawasan ni. Terpencil, bising pun orang tak hirau.

“Ni haa.. Hai bawak Sugar Glider” Azman menjawab apabila 3 rakan yang lain leka bermain dengan binatang tu.

Sugar Glider? Teringat aku dengan Mila Hello Kitty tempoh hari. Bukan main frust hilang Sugar Glider. Mana pulak Hai dapat Sugar Glider ni. Khairul merapati Hai, melihat binatang kecil yang jinak berkeliaran di sekeliling badan Hai. Kemudian melompat pula ke arah Azman apabila Hai memetik-metik jarinya. Kemudian melompat ke arah tangan.. aku! Dia berlari naik turun tangan aku dari hujung jari ke atas bahu kemudian ke belakang badan. Jinak sangat!




Mujur aku memang dah terbiasa dengan binatang eksotik sebegini. Teman sebilik aku tu, Iman, siapa tak kenal. Dalam bilik kami tu mahu ada dekat 4 buah sangkar. Sugar glider, kala jengking, landak dan kura-kura. Untung Iman tu pembersih, setiap hari dia bangun awal bersihkan tempat tinggal mereka. Kalau tak ada binatang-binatang tu dalam bilik, orang takkan perasan pun bau bilik tu ada bau binatang. Sebab memang tak berbau pun!

“Eh! Comel nya. Mana kau dapat ni Hai?”
Aku mengusap lembut Sugar Glider yang memaut baju di bahagian dada ku. Comel.

“Aku jumpa dalam beg dia ni masa aku nak pergi Fac Business hari tu. Nyaris-nyaris je terlanggar. Nama dia Charlie”
Khairul memandang ke arah beg yang ditunjukkan Hai. Ada button Hello Kitty yang dipinkan di atas nya. Sah! Sah! Ni si Mila comel tu punya.

“Hai..Kau jumpa benda ni dekat jalan antara Fac Business dengan Fac Law, dekat library?”
“Haa.. yelah. Iman tak bagitahu kau?”
“Tak..Aku tak sempat jumpa dia sebelum dia pergi Site visit minggu lepas. Mungkin dia lupa bagitahu”

Melihatkan beg itu sahaja, aku cukup yakin, ni milik Mila. Aku ingat gambar sugar glider dan travel beg Beyby yang pernah Mila tunjuk sewaktu kami makan tengahari sama-sama. Memang sebiji seketul serupa tak ada tolok bandingnya! Ini bukan kebetulan ni, ini takdir!

“Hai..Ni Beyby ni. Bukan Charlie. Hari tu aku ada terlanggar sorang budak Hello Kitty ni. Mungkin beg ni tercicir masa aku langgar. Dia cari aku balik kata dia hilangkan sugar glider dia. Tengok beg tu je aku tahu sangat, ni memang dia punya.”
“Haa..?”

Terkedu Hai. Khairul kenal siapa tuannya? Mereka semua saling berpandangan. Suasana jadi senyap sepi. Walaupun dengan bunyi riuh rendah orang lain yang beriadah di situ, mereka sekumpulan seolah-olah berada di satu dimensi yang berlainan. Baru sebentar tadi Hai berbangga memiliki seekor sugar glider setelah seminggu menjaganya. Dah siap beli sangkar baru dah.

“Kenapa semua diam ni? Say something.” Suara Ikhwan memecah sunyi.
“Kau kenal tuan dia? Aku kena pulangkan lah ni?”
Akhirnya Hai bersuara dengan nada berat. Aku dan Charlie..kena berpisah?

“Dah bukan kau punya Hai. Tuan dia pun jenuh mencari.”
“Siapa tuannya. Kau kenal? Ada contact number dia?”
O oh! Kenal tu tidak la. Tahu tu mungkin ya.





“Yang aku tahu nama gurl tu Amelia Nasaruddin pelajar Jurusan Undang-undang. Itu je”
“Mana kau kenal dia?”
“Kan tadi aku dah cakap, aku terlangggar. Mulanya dia ingat aku ambil binatang ni. Aku cakap tak. Dia suruh aku tolong carikan. Binatang kecik ni aku nak cari tang mana? Tak sangka pulak kau, yang duduk level 2 atas aku je, yang ambil. Seronok la tuan dia kalau tahu kau jaga Beyby dia ni baik-baik.
“Ada can ke aku nak jumpa dia pulangkan balik? Kau rasa dia nak lagi ke Charlie ni?”
“Barang orang, kita kena pulangkan Hai. Hari tu ceramah dekat masjid tentang Maqasid Syariah (matlamat syariah) kau lupa? Kita kena jaga harta orang Islam. Harta saudara kita. Hadis Riwayat Ahmad, tidak halal seseorang untuk mengambil harta orang lain kecuali dengan izinnya. Kita jumpa barang yang bukan milik kita, dalam masa setahun kita kena hebahkan,. Kalau kita tak kenal siapa pemiliknya atau barangnya tak dituntut baru boleh simpan. Bergantung juga atas barangnya apa. Tapi dalam kes ni, sekarang kita sama-sama tahu Charlie kau ni ada tuan yang mencarinya. Nanti kita cari mana nak jumpa budak tu”

Ada benarnya apa yang Khairul cakap. Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur itu kalau nak ikutkan cakapnya selalu sahaja berhikmah. Jarang sekali yang salah. Kalau tak tahu dia akan bilang tak tahu. Tapi dia memang seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk orangnya.

“Ye lah..Memang betul apa kau cakap tu..” Hai memuncung mulut dan mengambil Charlie a.k.a Beyby yang masih melekat di dada baju Khairul. Dia membelainya dan kemudian memasukkannya ke dalam poket sweaternya. Binatang tu, mata dia, comel betul. Patutlah Mila suka. Memang kena betul dnegan gaya dia.





“Sayang kau ye kat binatang tu?” Tanya Khairul sedikit mengusik.
Haruslah. Gigih aku menuntut ilmu dengan Iman roommate kau tu. Tak apalah,dah bukan rezeki aku nak bela dia. So..bila boleh pulangkan ni?”


 ***************************************************

“Cantik tak si Mila ni. Kau kata dia suka Hello Kitty. Dengan bela Sugar glider nya. Aku macam boleh bayangkan dia tu comel.”
“Haha”
Khairul hanya ketawa kecil. Nak mengiyakan rasa macam tak kena pula. Nak menafikan, tak boleh juga. tapi ‘Hello Kitty’ tu memang comel.




“Orangnya macam mana? Tinggi? Kurus? Chubby? Putih? Sawo matang? Ke gempal-gempal, rendah tara aku dengan kau? Pakai spek tak? Mesti pakai tudung kan?”
“Biasa je Hai. Perempuan semua cantik. Bergantung atas kau tengok pada mukanya, atau hatinya. Asal hati dia oke, luar dia pun oke.”
“Ke dia taste kau? Pakai tudung labuh, baju Muslimah, manis-manis ayu, malu-malu?”
“Haha. Tak jugak. Dia mana pakai tudung pun. Tapi orangnya baik je. Kalau kau kahwin dengan dia, touch up sikit, oke lah tu”
“Bunyi macam oke je. Mak aku tu memang sibuk nak cari calon untuk aku. Untung-untung kahwin tak payah la berpisah dengan Charlie. Haha”
“Hish. Berangan je kau.”
“Aku saja je cakap.Kita tak tahu, jodoh aku mungkin datangnya cara macam ni.Cinta pada Sugar Glider dulu, baru dengan tuannya.”
Kening Hai membuat gaya double jerk. Khairul hanya mengalihkan pandangannya. Malas nak dilayan aktiviti ‘perah santan’ si Hai ni.

Tak susah sangat nak cari Amelia yang ini. Jenuh juga search facebook ‘Amelia Nasaruddin’ tapi tak jumpa pun yang rupa atau berciri-cirikan dia ikut apa yang aku tahu. Untung duduk satu blok dengan budak unit beruniform di Teratai. Semua fakulti dari semua jurusan bersepah dalam satu blok. Minta saja carikan yang Fakulti Undang-Undang dan tanyakan kenal tak Amelia? Yang Hello Kitty tu? Senang je! Memang ternyata budaknya famous dengan imej Hello Kitty di fakulti.

Mereka duduk di tangga Amphitheater pada petang Isnin tu. Sudah dimesej pada facebook Mila menggunakan akaun facebook rakan sekolej mereka merangkap senior Law Student Mila tentang meeting mereka jam 5 petang ni. Tak terlintas pula mahu bertanya no telefon Mila sewaktu mesej dihantar. Nak ‘add friend’ guna akaun sendiri tak boleh. Akaunnya private. Leceh pula nak mencari mutual friends. Harap-harap dia baca dan dapat datang.

“Tu ke orangnya?” Hai melihat kelibat seorang perempuan memakai skirt,baju denim serta berselendang merah jambu lembut menuruni tangga antara jalan di Kolej Perindu ke Amphitheater.

“Eh jap.. Bukan kot. Kau kata tadi perempuan tu tak pakai tudung kan?”
“Bukan la tu”
“Oh.. Ingatkan ye. Lama jugak dia ni. Entah-entah dia tak jadi datang tak? Atau dia tak bukak pun mesej tu lagi. Atau..dia dah tak nak kat Charlie?”
“Tunggu la sekejap. Berbaik sangka je. Entah-entah kelas dia habis lewat. Kalau dah lama sangat even lepas kita tahu dia dah ‘seen’ mesej tu, kau simpan la Charlie kau tu kalau nak sangat. Tapi setahun taw. Ingat tu”
“Ye la abe”

Mata Khairul tertacap kepada kelibat seorang perempuan yang tersenyum berjalan menuju ke arah beliau. Perempuan serba merah jambu tadi. Eh takkan lah..

Assalamualaikum Khairul
Perempuan tadi tersenyum berseri-seri.
Hai disebelah Khairul pula hanya melihat kebingungan. Dalam masa yang sama juga, terpegun. Manis,lemah lembut betul pekerti gadis ni. Walau dengan satu kata salam, surprisingly, sungguh mempesonakan.


“Waalaikumsalam..Mila..”
Nada Khairul macam terkilan. Mila hanya tersenyum. Pandangannya beralih ke arah Hai.

“Hai”
Tangannya melambai. Mesti ni lelaki yang terambil Beyby aku.

“Eh.. mana tahu nama saya?”  Tanya Hai.

“Ha? Apa nama awak? Tak tahu pun”
“Hai.”
“Haha.. Hai”
Mila hanya tersenyum melambai kali kedua. Kenapa dengan dia ni? Kan aku dah ‘hai’ tadi.

“Nama dia Haikal. Orang panggil Hai” 
Celah Khairul memperkenalkan kedua mereka.

“Oooh..Hai. Haha. Saya Mila”
“Hai, nilah Amelia tu. Tuan Sugar glider tu”

Mila menadah tangan ke arah Hai. Seperti telephaty, dia menghulur beg Charlie. A.k.a Beyby.

“Nah. Minta maaf. Terjumpa, tak berniat nak ambil”
Mila membuka zip beg dan dilihatnya Beyby seolah-olah seperti bayi kecil yang menunggu di muka pintu menanti kepulangan ibu minta disusu.

“Beyby!” Jerit Mila kecil. Diusap-usapnya binatang yang terlalu amat super duper dirinduinya.

“Thank you Hai sebab jaga dia baik-baik. And thank you Khairul sebab tolong sampaikan”
Hai menghulurkan sebuah plastik berisi keperluan Sugar Glider yang telah dia dapatkan 2 minggu lalu.

“Nah. Barang Charlie. Eh silap. Beyby”
“Charlie? Haha. Cutenya nama. Apa ni?”
“Barang dia, hari tu beli. Ingatkan lama dapat jaga terus. Hurm. Takpelah. Saya halalkan semua.”
“Aiyo!! Banyak ni. Mahu telan beratus jugak ni. Saya bayar balik lah k. Nanti bagitahu saya berapa”
“Eh takpe. Saya halalkan.”
“Tak..Saya bayar. Please. It’s the least that I could do”

Khairul hanya memerhati Hai dan Mila. Main tarik tali pulak nak ke tak nak bayar. Haih. Mila..Mila..Manis awak ni. Manis awak bertudung.

“Khairul, awak join la sekali.”
Hah! Tersedar ku dari lamunan.

“Hah? Apa?”
“Esok dekat Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7. My Treat”
“Eh.. Apa pulak Cik Mila. Belanja Hai je lah. Saya bukan ada kena mengena pun”
“I owe you too for causing all the trouble. And your injured knee.”
“Eh. Benda kecik je Mila. Tak payah la”
“Rezeki jangan ditolak bro” Celah Hai.
“Betul. Betul. Betul. Please, I insist. Segan saya nak makan berdua dengan Hai.  Jom lah sekali”
“Hurm. Oke lah macam tu. Esok petang ye? InsyaAllah.”
“Oke…Saya mintak izin dulu ye.”
“Eh..Mila jalan kaki je ke? Duduk mana?”
“Dekat je dengan sini. Kolej Teratai 2”
“Eh! Laa..Kami Teratai 4. Tapi bukan student badan beruniform pun. Mila unit beruniform apa kat Teratai 2?”
“Laa ye ke. Ermm. Saya.. PBSM je”
“Oh.. Hebat-hebat. Kalau sakit boleh cari Mila la ni? Haha. Tak adalah. Tak adalah main-main je. Macam tu jalan sekali lah balik dengan kita rang. One way je pun” 
Ajak Hai.

“Tapi korang kan naik basikal. Takpe ke?”
“Boleh je. Tak ada masalah. 3 Minit je pun jalan” Pujuk Khairul.
“Oke lah macam tu”

Hai dan Khairul berjalan sambil menuntun basikal menemani Mila. Khairul perasan Mila yang ini lain sikit dari dia kenal sebelum ni. Dia lebih banyak menundukkan pandangan. Lebih senyum dari ketawa. Lebih merendah diri. Lebih lembut berospan santun. Aku tidak lah kenal dia sangat, tapi first impression aku masa mula-mula kenal dia dulu lain sangat bila compare dengan dia sekarang. Jalan dia pun langkah kecil. Tu, yang tutup rambut tu. Tu lagi lain sangat! Macam aku kenal the whole different Mila in not more than 2 weeks. Hai yang periang je banyak bercakap. Mila hanya mendengar,angguk dan respon sekadar perlu. Mesra. Khairul di situ seolah-olah hanya peneman, walhal sebenarnya bukan dia tidak mahu turut serta, dia pun orang yang ramah. Lagi pula Mila ni bukan dia tak pernah jumpa. Siap makan, bersembang. But I still wonder, what happen to the Mila he first met? Ke teguran aku begitu terkesan kepada dia?

“Khairul cakap awak tak pakai tudung. Tiba-tiba tengok awak pakai tudung. Baru lagi ke? Sebab baru seminggu lebih awak hilang Beyby kan?”
“Oh. Hihi... Khairul mesti pelik. Dari tadi dia macam terkilan. Kan Khairul? Pelik tengok tiba-tiba saya dah pakai tudung?” 
Kening Mila diangkat sebelah merenung tajam ke arah Khairul buat sesaat dua. Kiraan saat yang cukup untuk menjentik hati Khairul.

“Ha? Err..Agak la. Still tak boleh ‘brain’ lagi. Macam too sudden. Bila start pakai?”
Pertanyaan Hai awal-awal tadi membuka peluang untuk dia meminta pejelasan yang sepatutnya dia tak patut tanyakan. Dah Mila dah pakai tudung, Alhamdulillah lah. Nak Tanya apa lagi. Doakan je lah kan?

"I would love to tell you why. But let's save it for tomorrow shall we..? Dah sampai dah pun Kolej korang. Saya pun ada hal jap lagi ni."
"Oh..boleh-boleh. Yeay, esok ada orang belanja. Bye Charlie.. Jumpa esok taw. Esok Mila bawa la dia sekali."

Pesan Hai. Tangannya macam mahu mencapai beg galas sugar glider tu tapi tak mampu dia nak mengusap Beyby sebab dah selamat tidur dalam bekas yang tersangkut di leher Mila. Tersilap raba kang..kena tempat lain plak. Lebih baik jangan.

"Mila balik dulu ye. Thanks korang. See you tomorrow. InsyaAllah..Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam"
Serentak mereka menjawab. Mila berlalu pergi tanpa teragak-agak. Langkah nya pantas meninggalakn 2 jejaka dibelakangnya. Khairul hnaya melihat Mila yang itu pergi..sekali lagi..sebagai Mila yang baru.



"Hoi Kerol... Tercegat apa lagi. Jom ah naik!"

Tak perasan bila Hai dah memulakan langkah menaiki tangga blok. Atau aku yang dah lama mengelamun menghantar pandangan ke arah Mila?

Khairul, berhenti lah pandang aku. Aku tahu kau pelik aku dah pakai tudung. Tapi, pandangan kau buat hati aku terusik lah! Hish! Pandang depan saja Mila, buat-buat tak perasan je Khairul tu. Kau tak tahu apa dalam fikiran dia masa pandang kau. Haish.. Astaghfirullah. Mila menarik-narik pakaiannya. Membetulkan takut-takut ada yang tak kena. Tenang, dan jalan saja. Esok jumpa, lain cerita

..bersambung


*gambar sumber dari Weheartit.com dan Google

6 comments:

nur said...

asssalamualaikum
lama tggu smbungan cerita ni..haha,rupa2nye satahun jgak la..
thanks~keep writing..gud luck!

Anonymous said...

Salam Ratu.... I love your writing! Keep on writing good pieces :)

mieza said...

Ratu, ble nak sambung.
x sabor ni tunggu

Unknown said...

bile nk sambung? nk tau ending...

Unknown said...

salam. ratu ble awak nak sambung?

FA's heart. said...

Bila nak sambung. Tak sabar nak tunggu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...