Cahaya suram yang menyirami meja makan yang sepatutnya menimbulkan susana romantik menjadikan gaya bahasa paradoks lebih sesuai diadaptasikan pada permulaan cerita ini. Suasana agak janggal pada 'candle-light' dinner pertama aku dan tunang ku di Restoran Putera Ayu, Padang Jawa. Dating kami buat pertama kalinya setelah 3 bulan mengikat tali pertunangan. Lagi 2 minggu dah nak nikah. Macam bullet hidup aku. Laju aje. Atas dasar menjaga batas, pertemuaan pertama kali ini ditemani adik lelaki ku yang berusia 17 tahun. Cukup gagah untuk melindungiku sekiranya ada perkara buruk yang berlaku antara kami berdua. Manalah tahu kot-kot emosi melepasi takat didih akibat perkahwinan yang dirancang sehingga menggelegak, melimpah di meja makan. Tapi aku yakin, mana mungkin ustaz al-tahfiz lulusan Universiti Al-Azhar depan aku ni boleh sampai ke tahap macam tu. Apa orang kata? Assobru Minal Iman? Yeah. Sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau marah orang berilmu dan beramal ini pasti ada caranya. Bukan di hadapan makanan.
"Oke ke dengan lauk saya pilih?"
Tomyam ayam, sayur kailan masak ikan masin, buttermilk chicken, sotong celup tepung dan telur dadar. Cukup menyelerakan. Tapi sayang, tekak ni terasa masin sangat. Bagilah Haagen Dasz pun, mana mungkin terasa nikmatnya, kalau macam nilah situasi gabranya.
"Oke. Saya makan je semua."
Jawabku ringkas sambil menelan air liur. Pergh! Masin.
"Abah awak kata awak allergic dengan seafood, nanti kalau nak makan sotong jangan lupa ambil ubat sekali."
Wah! Prihatinnya.
"Takpe, akak nama je allergic, tapi semua dia makan. Dia simpan ubat dalam handbag dia."
Celah adikku Iman. Aku hanya tersenyum. Sedikit rasa macam dia ni kacau line pulak. Kalau semua dia nak tolong jawabkan, alamatnya lepas nikah ajelah kami bercakap!
"Baguslah macam tu."
"Bang Lan, Kak Nisa, Iman nak pergi supermarket sebelah kejap, nak beli topup. Nanti kalau makanan sampai Iman tak ada, call taw!"
Aaaahh sudah! Iman!! Janganlah tinggal akak!
"Bang Lan tengok-tengokkan akak tau. Jangan buat bukan-bukan.."
Adik ku berlalu sambil menjeling. Habislah, 'orang ketiga' dah tak ada! 'Orang ketiga' yang lain pulak yang datang!
"Ye lah. Abang jaga."
Sambil ketawa kecil jawab beliau. Aku hanya mampu tersenyum kelat menyembunyikan hati yang gundah gelana.
Aku hanya tunduk membelek beg tangan yang sebenarnya tak ada apa-apa pun! Tapi aku belek juga pura-pura sibuk. Aku tak tahu nak mulakan bicara. Aku tak tahu nak pandang macam mana? Senyum macam mana? Ketawa macam mana? Tunang aku ni bukan calang-calang orang. Ustaz! Aku ni? Anak ustaz! Tapi..aku tak adalah mewarisi ciri-ciri tu sangat. Ye lah, iman kan tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa~
"Annisa. Sedap nama awak."
Gulp! Seketul garam laut menuruni tekak aku. Tersekat-sekat.
Aku hanya mempu memberi rekasi senyum segaris 0.5 saat dan kembali menunduk, kali ni aku letakkan handbag ke belakang badan ku.
Oke lah, mari bersembang Mohd Noor Mazlan.
"Terima kasih. Annisa tu maksudnya perempuan,lemah lembut, mesra."
Errqq...Annisa! Apa awak buat ni? Apa yang awak cuba katakan ni? Adakah aku sedang berlagak dengan nama aku sendiri? Berlagak pandai mentafsir nama sendiri? Tapi memang Google kata tu maksud nama aku pun! Tapi Annisa..tak perlu pun. Mazlan tu ustaz, dia tahu lah Annisa tu maksudnya apa. Nama surah no 4 dalam Al-Quran pulak tu! Kan lulusan Universiti Al-Azhar~
"Memang sesuailah dengan awak."
"Ermm...Alhamdulillah kalau awak cakap macam tu. "
Pheww.. Stressnya tak tahu nak react macam mana. Suasana sunyi seketika. Lama pulak Si Iman ni beli topup. Beli ke buat?
"Nisa..Saya ke tandas sekejap ye. Awak, duduk sini..Jagakan meja ya? Haha"
Itu lawak ke apa? Aku sepatutnya gelak? Oke fine, so itu lawak seorang ustaz.
"Haha. Oke pergilah."
Tak sure ikhlas atau tak, tapi itu memang reaksi spontan aku. Cuma bila sekarang aku taip, aku rasa pelik kenapa aku boleh react untuk lawak macam tu.
Oke sambung.
Apa yang ada pada aku gadis biasa ni sehinggakan ustaz seperti dia langsung tak menolak apabila dipadankan dengan aku? Memang aku mahu berkahwin muda. Aku sangat suka berangan kahwin, ada anak, ada suami handsome, mengandung, grocery shopping dengan suami, main-main dengan anak-anak dan suami kat taman, iulah inilah. Cumanya aku rasa mencari seorang suami itu payah bagi aku! Aku tak nak kapel! Nak terus ada suami. Nak suami pulak yang baik-baik, warak,beragama.
Aku tak mintak banyak pun. Yang tak tinggal solat, tahu mengaji boleh bimbing aku dan anak-anak dan tak merokok. Itu je. Tapi aku langsung tak expect abah akan carikan sehebat ni! Dan yang peliknya, mahu pulak si Ustaz ni dipadankan dengan aku.
Ye lah, aku ni siapa? Takkan kerana aku ni anak ustaz, dia boleh terus terima. Aku bukannya pakai tudung bidang 60 pun, sarung kaki dan sarung tangan pun baru berjinak-jinak nak pakai. Al-Quran pun masih Oh My Tajwid lagi. Dia ustaz, sepatutnya dia deserve better dari aku ni. Kalau tak berniqab pun paling-paling bertudung labuh at least. Sopan santun, tak pakai jeans, tak pernah kapel macam aku ni haa..suci! Tapi...dah dia tak bantah...dia sendiri yang terima. Aku apa lagi. Ustaz kot. Macam-macam dia boleh ajar aku, cerah masa depan keturunan aku!
"Ishhh!! Stress!"
Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal sampai habis rosak muncung tegak tudung aku..
"Nisa..Kenapa tu?"
Aku tak perasan bila Mazlan sampai dari belakang. Yang pasti, dia nampak aku mengetuk meja akibat terlalu runsing fikirkan dirinya.
"Err..tak ada apa-apa.."
Mazlan duduk di kerusinya yang menghadap betul-betul depan aku. Seolah-oleh kerusi tu memang sudah melekat betul-betul depan muka aku tidak kurang 0.01mm pun.
Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja dan menggenggam kedua-dua belah tangannya diantara jari jemari dan menongkat dagu.
Pergh! Handsome! Habis bercahaya mukanya. Silau!
Segera aku menundukkan pandangan. Istighfar istighfar. Belum suami isteri lagi..Bimbang nanti jadi dosa. Tak lama, 2 minggu je lagi. Haha..nakal nakal
"Nisa.. Saya tak paksa awak terima saya. Dan saya pun tak terpaksa menerima awak. Saya ikhlas sekiranya ummi dan walid saya mahu menantukan awak. Saya utamakan kebahagian mereka sebab saya yakin kebahagian saya akan menyusul kemudiannya. Kalau awak tak rela dijodohkan macam ni, beritahu saja. Jangan pendam. Soal munakahat ni bukan boleh buat main. Kita masih baru lagi. Masih sempat nak 'U-turn'. Awak yakin dengan keputusan awak ni?"
"Eyh tak! Bukan macam tu!"
Wah laju je menafikan. Nampak sangat nak kahwin dengan ustaz.
Suara Nisa yang tadi tinggi dikecilkan sedikit. Nisa menghela nafas panjang. Apa-apa pun, perkara ni perlu dibincangkan sebelum ijab qabul.
"Bukan apa awak.. Saya ni nama je anak ustaz, tapi awak tengok saya, tak macam anak ustaz pun kan. Saya hidup dalam persekitaran serba moden sejak jauh dari rumah, awak yang lebih mampu pun hidup serba sederhana dari saya. Saya tak mendalami agama macam awak. Saya berkawan dengan macam-macam jenis orang. Saya pernah pakai pakaian yang kurang manis pada pandangan lelaki. Saya pernah bercinta. Saya banyak buat silap di usia remaja. Apa yang awak tengok sekarang ni..inilah hasil usaha saya yang sedikit untuk berubah. Saya masih belajar. Banyak lagi kena belajar! Masih belum layak untuk awak. Sekufu ke kita? Layak ke saya dipadankan dengan awak? Awak tu, yakin ke dengan keputusan awak ni?"
"Nisa tahu tentang empat perkara yang menjadi sebab perempuan itu dinikahi?"
"Tahu..Agama,keturunan, harta dan rupa. Kan?"
"Betul.."
Since you brought it up Mazlan. Mungkin lebih elok kalau saya terangkan satu persatu status saya..Bisik aku dalam hati.
"Ermm..awak..saya ni.."
"Tak sampai lagi makanan?"
Belum sempat nak sesi luahan...Adik Iman dah sampai. Kacau! Kalau mintak tolong dia belikan topup lagi agak-agak boleh tak? Dia duduk sambil mukanya monyok tiada makana yang terhidang di meja. Muka aku monyok dia nampak tak agak-agak?
"Lambatnya..lapar dah. Hurmm..Akak, Iman nak pinjam MP3."
Bagus! Dia faham signal mata aku! Boleh dik..boleh...
"Nah..sabar la..kejap lagi sampai la tu."
Pura-pura cool sedangkan ini adalah taktik untuk aku dan Mazlan terus berbicara. Lepas sahaja punat di mp3 itu bercahaya dan aku yakin telinga Iman sudah tersumbat dengan bunyi lain..Aku menghela nafas panjang..ditariknya dalam-dalam, sambil mengumpul kekuatan dan menyusun ayat.
"Apa Nisa nak cakap tadi..?"
"Ermm..Macam ni Mazlan.."
***************************
...bersambung..
jangan risau, yang ni ada 2 episode je :)
Bye!
[UPDATE!: Sambungan Apa Yang Awak Pandang Sehingga Awak Mahu Menikahi Saya (#2)]
No comments:
Post a Comment