Saturday, June 30, 2012

CINCIN

Assalamualaikum...


Cerita nya begini, hari tu saya dan kakak pergi ke PKNS, Shah Alam untuk renew pasport, alang-alang renew pasport di kompleks membeli belah, kita membeli belah lah kan?

Jadi, saya singgah lah masuk ke dalam sebuha kedai aksesori wanita. Ada banyak sangat jual kerongsang...ada lah gelang, subang..dan cincin..

I got SOOOO FASCINATED BY THE RINGS... mygaawdd...cantiknya cincin...Mesti akak kat kedai tu dah pelik, asal la minah ni, tak pernah jumpa cincin agaknya.

Memang. Ratu. Try. seeeemmmuuuuaaa cincin kat situ, kecuali cincin ala-ala mak cik mak cik.

Eeee..subhanallah, rasa macam tak nak bukak je.I tried all the silver ones, simple ones that have only one stones on it, some didnt have any, ada cincin belah rotan, ada yang just ukir-ukir, ada yang just batu-batu kecik yang tersusun.. basically macam cincin tunang..atau cincin dara..

Pastu biasalah, kalau dah mula masuk bab cincin atau benda -benda yang berkait dengan perkahwinan ni mula lah berangan itu ini.

Berangan suasana memilih cincin pertunangan di kedai emas. Konflik pergaduhan manja bakal suami dan saya ketika membuat pilihan. Saya nak itu, awak nak ini. Awww...so sweet.

Dan apabila melihat cincin-cincin yang di display tu, dalam otak macam tengah buat design cincin sendiri taw. Nanti cincin tunang saya mestilah silver, berukir halus je, kalau boleh nak ada batu kecik-kecik tersusun, kalau boleh nak elakkan permata yang besaq gedabak tu. Haa... see..nampak tak bagaimana minda Ratu berfungsi dengan ligat?

I always wanted a ring. Back then, masa zaman jahiliah saya mempunyai boyfriend, saya selalu cakap saya nak cincin dekat dia. Tapi tu lah, apa masalahnya tak tahulah. Dah bagi hint tak faham, dah cakap terus terang pun tak dapat-dapat jugak cincinnya. Every single time dia cakap die keluar ke mana-mana pun benda yang saya akan pesan is cincin. Dengan siap bagi size apa semua dengan detail lagi. Tak...dapat jugak... Tapi tak pelah, got nothing to lose pun, dah tak ada apa-apa dah pun. Dia pun tak rugi, saya pun tak untung. Ye dak..

Oh! Oh! Tapi dia bagi saya sugar glider! Sugar glider boleh beranak pinak. Cincin mana boleh! Haha..Tapi tapi..kalau dapat kahwin dengan pemberi cincin, cincin pun boleh beranak pinak ;) Kaann..?

Jadi, berbalik kepada kedai cincin itu tadi, setelah ditilik dan dicuba hampir kesemua cincin comel..saya fikir... Kenapa nak beli cincin untuk diri sendiri? Kenapa tak save it for the best? Kenapa tak nak tunggu pemilik tulang rusuk yang bagi? Jari ni,tempat cincin tu tersarung hanya untuk sebab yang istimewa. Kalau beli cincin pakai sendiri, tak kejatuh saham nanti? Lagipun.. tak ke lebih kurang sama denagn masuk bakul angkat sendiri? Hahaha...

So I end up buying a pair of earring instead..which I already lost one of them 3 days ago. :(
Sadis betul.

Bye



1 comment:

Farah Hanani Azman said...

alamak...ratu buat sy brangan lak pulak nak cincin mcm mne nnt....hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...