Wednesday, May 30, 2012

CERPEN#2 Soulmate [Ep.5]

Assalamualaikum..

Sambungan kepada Soulmate Ep.4

"Assalamualaikum"
Hai cepat-cepat meluru ke arah pintu biliknya. Orang yang di nanti-nantinya telah datang.

"Waalaikumsalam..Ni Iman tu ke?"
"Ye saya. Ape hal yang sibuk-sibuk cari aku awal pagi?'
"Masuk-masuk...duduk dulu. Nanti aku cerita. Aku Hai"
"Oke. Ape hal?"
"Aku dengar kau ni minat betul dengan binatang. Bilik kau kat bawah tu penuh dengan macam-macam binatang"
"Ha.. Betul."
"Tu yang aku nak tanya tu.."
"Apa? Macam mana nak seludup binatang masuk kolej?"
"Tak..Cuba kau tengok binatang yang dalam bekas baju kotor tu. Tu binatang apa?"

Iman mengintai bekas tu. Memang ada seekor binatang kecil. Sebagi pencinta binatang, pembela pelbagai binatang eksotik seperti hedgehog, kala jengking, sugar glider dan cameleon, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
"Ni Sugar glider"
"Sugar ape?"
"Sugar glider. Kau bela tapi tak tahu apa bendanya?"
"Aku tak bela. Aku jumpa"
"Serious? Bagi aku la"
"Kenapa?"
"Binatang ni mahal weyh. Yang biasa-biasa macam ni boleh mencecah rm300, belum yang jenis rare lagi. Seekor je sampai berbelas ribu!"
"Haaa...??!" 
Mesti kaya owner nya ni.

"Da berapa lama kau jumpa? Kau bagi makan apa?"
"Aku jumpa semalam. Aku cuma bagi makan buah je. Tak apa ke?"
"Owh.. Dia ada makanan khusus yang kau kena bagi. Sangkar pun kau kena bagi lagi tinggi dan luas dari just a laundary basket. Sebab binatang ni suka melompat merayap sana sini."
"Ye ke.. Aku tengok dia asyik tidur je."
"Sebab dia nocturnal. Cuma aktif waktu malam. Aku pegang dia k?"
"Owh! So yang semalam bunyi macam anjing menyalak tu dia lah? Pegang la. Aku takut."
"Kau tak boleh takut dengan dia, dia lagi takut dengan kau. Binatang ni manja, suka dibelai."

Iman memgang lembut binatang itu. Binatang yang aku bagi nama Charlie. Kenapa Charlie?

Semalam sewaktu Lan cuba memegang binatang itu, binatang itu menggigit tangan Lan sampai berdarah di hujung jari. Terus Lan berkata "AUW! Charlie bit me" seperti dalam video terkenal dua kanak-kanak comel 'Charlie Bit Me'. Kerana peristiwa tu jugalah kami sepakat memberinya nama Charlie.

"Susah ke nak jaga binatang ni?"
"Tak susah melainkan kau memang ignorant tak suka bagi perhatian kepada binatang"
"Ye?"
"Kau tak nak boleh bagi aku"
"Ish! Ni orang punya."
"Kata kau jumpa, owner nya kau kenal ke?"
"Tak"
"Jual dapat duit kot"
"Ish tak nak! Tak sampai hati, kang owner nya cari"
"Kau nak jaga kau jaga betul-betul."
"Ajar aku weyh macam mana nak jaga"

Mata Hai dan Iman bertemu. Masa untuk menimba ilmu tentang penjagaan binatang.

************************************

HPW. Check!
Sleeping pouch. Check!
Toys. Check!
Chicken Protein. Check!
Glidercal. Check!
Jus Buah. Check!
Fruits. Check!
Total: RM150

Aduh. Berat betul nak lepaskan duit bayar kat kaunter ni. Demi mu Charlie. Itu belum kira sangkar lagi. Satu sangkar mau RM100. Tapi Iman kata, for the time being, bekas laundary tu da cukup bagus dah. Ye lah, kang beli kang, sekali jumpa dengan ownernya, membazir pulak.

Hai meneruskan perjalanan ke bus stop berdekatan di Seksyen 9. Selesai juga akhirnya membeli belah barang keperluan Charlie. Malam ni boleh lah dia tidur lena, tanpa perlu beralaskan singlet busuk aku tu. Tapi sebab singlet aku tu jugaklah Charlie cepat bonding dengan aku. Dia dah biasa dengan bau aku.


Hai menjenguk ke dalam travel bag Charlie. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan binatang ni. Aku tak sangka aku ada sifat ni sampailah aku main dengan binatang ni semalaman akibat tidak dapat melelapkan mata. Aku sibuk fikir tentang jodoh. Mak tak habis-habis suruh aku kahwin. Apalah yang nak dikejarnya sangat.

Hai duduk di tempat menunggu bas seorang diri. Dibukanya zip beg tadi sekali lagi dan kepala Charlie diusap-usap. Kau tu dah lah betina, tapi aku bagi nama Charlie kan. Kalau aku tahu kau betina dari awal, aku tak bagi kau nama tu. Tapi dah kau garang sangat macam jantan!

"Hurm..Charlie... Owner kau mesti perempuan kan? Dia cantik tak? Mesti dia baik kan, sebab dia jaga awak sampai awak gemuk macam ni. Mesti dia sayangkan binatang, ada sifat keibuan. Mesti dia bertudung litup, lemah lembut. Kan? Kalau saya jumpa dengan dia, saya pinang aje lah dia. Senang! So, saya boleh ada dengan awak, and awak pun dapat mummy awak balik. Kan?"


Aku betul-betul rasa pemilik sugar glider adalah contoh bakal ibu dan bapa mithali.

Habis aku ni bakal bapa mithali lah? Ehem.

***********************************

"Kenapa awak tak pakai tudung?"
"Haa?"
Bukan soalan yang aku expect pada pertemuan rasmi ni.

"Kenapa awak tak pakai tudung?"
Wajah Khairul serius. Aku mengangkat kening. Did he just ask me about my personal thing?


"No, don't be awkward. You're free to answer or not to answer"
"Why ask?"
"Curiosity kills the cat"
"On our first official meeting? Usually orang tanya soalan tu kalau dah lama kenal"
"I told you, you can choose not to answer"

Aku duduk bersandar. Memeluk tubuh. Hurm.. Sedikit keluhan tanda jawapan bakal sampai ke telinganya.

"Bukannya orang tak pakai tudung jahat kan?"
"Ya, betul"
"For what I've learned, pakai tudung tak wajib, tutup aurat yang wajib"
"Ye, tepat sekali..Jadi kalau tahu, kenapa tak buat?"
Sedikit tegas suaranya. Oke, aku rasa aku sedang berhadapan dengan seorang pendakwah.
"Tak perlu marah k"
"Haha.. tak marah la. Sorry. Jadi..kalau awak tahu kenapa awak tak buat?"
Nada dia kembali lembut. Aku kembali selesa. Bibir sebelah aku sedikit naik.

"Awak nampak tu? Perempuan yang pakai tudung turqoise tu?"
"Haa..kenapa dengan dia?"
"Itu bukan tutup aurat kan? Pakai baju adik, seluar ketat, tudung tak tutup dada. Saya tak nak macam tu?"
"Good. You already know what's good and what's bad. Jadi apa yang menghalang awak untuk tutup aurat cara betul. Macam orang belakang awak?"

Aku menoleh ke belakang. Senior law student. Perempuan yang biasa sahaja, berjubah, tudung labuh tutup dada. Gelak pun tutup mulut. Manis.

"I guess I'm afraid to change. Because, I'm afraid if I change, I'll be like the girl with tuqoise scarf"
"Why do you have to be afraid. Awak nak kata yang awak takut nak dekat dengan Allah"
"Bukan!"
"Jadi?"
"Saya takut kalau saya cuba berubah, then benda tu tahan sekejap je, and saya akan jadi macam ni balik. Kalau tak pun, perubahan saya tak membawa perbezaan. Kalau saya pakai tudung, tapi perangai saya macam ni, tak tunjuk peribadi muslimah bertudung, apa gunanya?"
"Itu tugas awak untuk kekal istiqamah cik Mila. Memang ada beza. Memang ada beza kalau awak bertudung perangai macam ni, dan tak bertudung perangai macam ni"
"Apa?"
"Pahala menutup aurat"
"Kalau pakai macam tu tadi ada pahala ke?"
"That defeats the purpose. Jangan jadi macam tu. Be better. Kenapa nak takutkan dengan contoh tak baik. Ambil contoh belakang awak tu"
"Nanti kalau pakai tudung, dah tak boleh pakai baju macam ni..kan?"
"Modify sikit je, bagi menutup aurat jadilah. Jangan risau dengan apa yang bakal kita lepaskan kalau kita tengah cuba menggapai yang lebih baik dari yang pergi"
"Saya tak ready lah. Tak nak jadi hipokrit, pakai tudung tapi perangai kadang kala kalah orang tak pakai tudung"
"Slow-slow lah. Saya tak suruh awak terus pakai tudung labuh. Lagipun, hipokrit apa nya dengan menutup aurat. Kan Allah yang suruh. Mereka dulu yang tak bertudung pun bukannya bermula dengan terus ikhlas, tapi kebiasaan mereka yang lama-kelamaan jadi sebahagian daripada hidup mereka. Kalau kita tak diajar kenapa kena solat, dirotan kerana tidak solat boleh ke kita bawa gaya hidup muslim ini dalam kehidupan kita? Tugas kita lah untuk menjadikan perbuatan dan ibadat kita ikhlas. Sebab tu kita kena faham apa fadhilat dan hikmahnya Allah dan Nabi suruh kita buat itu ini"
"Pelik bercakap soal ni dengan orang yang kita baru kenal"
"Jangan pelik, bersyukur lah kita dipertemukan atas sebab yang baik. Lepas ni, kita mungkin tak jumpa dah."
"Tapi kan..saya tak ready lah nak bertudung"
"Tadi kan, sebelum awak makan awak buat apa?"
"Kenapa?"
"Tadi sebelum awak nak makan, awak buat apa?"
Soalan yang sama diulang kembali.
"Saya pilih makanan, bayar makanan, basuh tangan, dan duduk makan"
"So by doing that, you're getting ready to eat. Betul?"
"Betul"
"Kalau awak tak buat tu semua, awak rasa, awak kenyang tak sekarang?"
"Mestilah tak. Mana mungkin kenyang datang macam tu je."
"See..mana mungkin awak akan bertudung kalau awak tak prepare untuk pakai tudung.  "Persoalannya, apa yang awak buat untuk ready bertudung?"

Suasana jadi sunyi sepi.
Apa yang saya buat untuk ready bertudung?


bersambung..

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ratu,
soulmate dah xder smbungan kew??

Anonymous said...

alaaa.. mana sambungannya... plezzz.. sambungkan cite nihh

Kasih Karisma said...

sambungan?? Huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...