Thursday, September 8, 2011

Cakap Rawak#3 : Media Giat Meng'Islam'kan Cinta

Assalamualaikum
"There is no such thing as "Islamic Couple" unless the couple is married" - Ratu Tak Cantik

Kebelakangan ni sejak cerita Ayat-Ayat Cinta dan Nur Kasih, Ratu perasan stesen TV sekarang kemainnn lagi...Tengok saja daripada tajuk...Berapa banyak yang menggunakan istilah-istilah Islam sebagai propaganda menarik penonton menonton cerita tu..

  • "Tahajjud Cinta"
  • "Epilog Syurga Cinta"
  • "Keimanan Cinta"
  • "Istikharah Cinta"
  • "Ketika Cinta Bertasbih"
  • "Di Atas Sajadah Cinta"

See? Cinta pun ada tahajjud sekarang. Bukan tahhajjud tu amal ibadat selepas bangun tidur ke? And owh! Tengok! tengok! Cinta pun ada Iman....Owh! Cinta pun boleh bertasbih? Tasbih itu zikir mengingat Allah, ini apa, zikir ingat dia ke DIA?

Bermacam-macam cerita yang ada berkisarkan cinta dan kebanyakannya menjadikan agama sebagai mesej utama dan landasan plot cerita ..alasan atau sekadar untuk meraih keuntungan? Wallahualam..
Tak tahulah kalau mesejnya segempak tajuknya. Ratu sendiri tak tonton TV sangat.. Tapi tengok cerita Tahajjud Cinta, walaupun hero I Remy Ishak yang berlakon, satu episod sudah cukup memualkan. ehem

Ditambah perisa lagi dengan pelakon-pelakon cantik yang bertudung *padahal kat luar sebenarnya kemaaaainnn lagi seksi*

You see...pelakon will always be pelakon you know.. Berapa banyak cerita kat luar sana yang mereka lakonkan mempunyai mesej  dan nilai-nilai baik sebagaimana yang mereka heboh-hebohkan, tapi berapa ramai yang betul-betul ambil iktibar dari apa yang mereka lakonkan?
*Gambar Sekadar Hiasan*

Tak ramai...sebab mereka berlakon. Mereka tak faham tujuan asal mereka berlakon adalah untuk penonton mengambil nilai yang baik daripada mereka. Sebab..mereka berlakon sebab duit. Apa lagi niat mereka berlakon? Nak mengajar orang tapi diri sendiri bila di luar set lakonan?
“The signs of the ignorant one are three: self-conceit; much talk in that which does not concern him; and forbidding others from something he himself commits.” — Abu ad-Darda’
Saya harap mana-mana cerita yang menjadikan Islam sebagai propaganda menarik minat ramai penonton, tidak menipu penonton dan tidak sama sekali memberi ajaran sesat tentang cinta indah kurnian Allah ni. Tidak pula menggunakan imej wanita Islam sebagai publisiti semata-mata dan tidak pula menyampaikan yang tidak-tidak tentang apa sebenarnya cinta itu mengikut definisi Islam.

Memang sangat murni niat memberitahu atau mengehbahkan yang cinta itu indah dalam Islam dengan caranya yang tersendiri, tetapi niat tidak menghalalkan cara :) kaan...

Oke, sekian saja random talk kali ni. Terkejut tadi tengok tiba-tiba ada plak drama tajuk "Keimanan Cinta" kat TV9..huhu. Bye!

p/s: Kenapa Google Images asyik tak dapat buka?

Recommended Article:
Nikah Khitbah - Tiket Untuk Bercouple
Wujudkan Couple Islamik

Image source: Yahoo

1 comment:

kekaki menulis said...

haa... btol3..
kadang2 SK menyampah gler bila bukak tv konon2 crita y islamic, tp cinta2 la plak..
mjatuhkan imej ummat islam jer~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...