Tersenyum panjang aku tatkala menerima 'wallpost' dari sahabat ku ini.
Beliau tidak bertanyakan aku tentang sihat ke tak, dah kaya belum, malah ditanya nya tentang iman, perkara yang jauh lebih penting dari duniawi. Iaitu ukhrawi. Kalau sihat tapi dosa bergelumamng pun tak bahagia kan? Kalau kaya pun tapi hati hitam legam, tak tenang jugak kan?
Apa khabar iman..hmm...Iman. sedap kan? Soalan yang sejuk je bila sampai kat hati. Perkara yang seringkali kita ketepikan. Untuk bertanyakan kepada diri sendiri pun payah, aku beruntung kerana punya sahabat yang sudi mengingatkan aku. InsyaAllah, lepas ni selalu selalu lah kita tepuk dada, tanya iman.
Hai Iman. Apa khabar kau di sana. Apakah sedang basah dihujani, atau kemarau yang kering? Aku harap kau semakin menghijau bak pohon di musim bunga, semoga tidak ketemu dengan musim luruh. Berhentilah kau menjadi roda. Semoga kau sentiasa ada supaya aku dapat mencapai kemanisan iman itu. Bantulah aku iman. Semoga kau menjadi benteng kukuh untuk aku menghadapi hari-hari penuh dugaan ini. Amin..
Terima kasih sahabat dunia akhirat ku, Aishah, insyaAllah :)
Bye!
Image source: Google
No comments:
Post a Comment