Wednesday, June 8, 2011

Kesilapan Paling Besar Seorang Kawan dan Seorang Kekasih adalah..

bersama-sama curang di belakang anda..
YA..INILAH MAKSUD RATU…


Assalamualaikum

Ratu dah bertekad tak nak cerita benda benda personal macam ni kat blog. Tapi kali exception. Post ni panjang, sedikit kasar dan emosi. So pilihlah untuk terus membaca atau tak. Tapi I can guarantee you can last this one whole post. 

Benda paling menyakitkan hati yang  sampai bila-bila Ratu takkan boleh lupa. Luka tu macam takkan pernah nak berparut. Luka tu ada kat situ. Berdarah. Kalau berparut, sekurang-kurangnya tidak lah pedih. Tapi ini tak. Kekal macam ni. Sakit. 

Benarlah kan, Girls forgive but they never forget. Paling aku tak boleh lupa soalan dia.

“Apa perasaan awak kalau kita jadi madu awak dengan dia?”
Sentap aku dijolok dengan soalan macam ni. Saspen. Fikiran aku penuh dengan benda yang bukan-bukan. Bila ditanya sentiasa saja dia menafikan.

“Takpe lah..kita boleh handle lagi. Biarlah kita handle sorang-sorang . Tak pelah..rasanya tak pe kot tak bagitahu awak”
Banyak kali ayat ni keluar. Seolah-olah ada benda yang dia simpan. Nak diluah nya tak dapat. Penat sudah aku berteka teki, tapi tak nak juga dicakap kan rahsianya. Dan ye, yang paling aku tak boleh lupa, kata-kata dia:

“Kalau kita bagi tahu awak, semua orang akan efek. ..semua benda akan efek”
It all make sense now. Patutlah dia tak nak bagitahu. Yang dismpannya itu perasaan bersalah yang amat. Dan yang ditakutkan semua benda akan efek tu adalah sebab dia tahu, kalau dia bgitahu aku benda betul, jelaslah di mata semua orang dialah “Bad guy” dan aku “VICTIM!”.  Terlalu takut dia mendapat nasib seperti mana yang dia alami sekarang..mungkin.

Ya..memang aku tak boleh lupa. 11 hari aku bersusah payah mencabar diri untuk bertahan demi menjadi seorang komander. Tak sangka cabaran yang menanti aku diluar sana adalah lebih sukar.

Terpaksa berdepan dengan masalah antara sahabat dan cinta. Bukan sebarang sahabat. Tapi sahabat yang nak dibawa sampai mati. Dan bukan juga calang-calang cinta. Tapi cinta yang hendak aku nikahi untuk dijadikan suami. Kalau setakat kawan yang datang dan pergi, tidaklah aku hairan. Dan jika hanya seorang cinta yang sekadar mainan juga tidaklah aku peduli. Pergi mati saja!
Tapi tak…kebenaran jatuh bertimpa macam hujan batu yang menghempap aku. Satu persatu kebenaran tuh ibarat menindih aku. Antara 2 pilihan aku terperangkap. Tapi ternyata membuat pilihan itu adalah mudah bagi aku.

Tak sangka. Sepanjang aku berkawan dengAn dia aku anggap dia macam darah daging aku sendiri.  Biar dia salah aku bela juga dia. Apa yang dia susah aku cuba jugak tolong biar aku pun sama susah. Padahal aku tahu ramai benci aku kerana bencikan dia. Tapi aku tak peduli. Aku tetap jadi kawan dia. Bukan aku tak tahu, aku rasa semua da tahu, tukar lakinya macam tukar baju. Sudah lali aku mendengar masalahnya dengan lelaki. Tapi yang ini sungguh tak tersangka. Aku mangsanya yang entah ke berapa. Menganiaya aku. Menikam belakang aku. Dan yang paling perit adalah mengkhianati persahabatan.


Pengkhianat! Bodoh! Kau ingat aku tak ada perasaan kasih sayang dan rindu? Aku kawan kau dah bertahun. Da banyak yang kita lalui. Tu pun kalau kau masih ingat lah. Tapi aku rasa kau dah lupa, sebab masa kau curang ngan kekasih aku kau tak ingat pulak kan semua benda tu. Bukan aku tak nak maafkan, Tapi persoalannya, layak ke kau terima maaf aku?
Dan kau..cinta tu sekadar nama ja bila hati dah disakiti. Kau tahu tahu tak yang sebenarnya sakit boleh mengatasi cinta? Well, sekarang kau tahu. Cerita kau dan dia takkan berpanjangan kalau kau tak menambah jalan cerita.
Menambah aksi bergayut di telefon pada waktu yang sepatutnya  kau bergayut dengan aku setelah 11 hari kita berjauhan.Menambah adegan berpegang tanagn di Sunway Pyramid? Menambah aksi dating dua kali dalam satu hari. Waktu pagi dia, dan petang aku pula tanpa pengetahuan aku?? Ketika ulangtahun kita yang pertama!?

Lelaki. Buta nya kau. Celik. Tapi buta hati. Intan dan kaca memang sukar ya untuk kau beza. 

Ya..memang lah. Memang aku tak perlu serius sangat. Itu boyfren je kot. Bukan suami aku pun nak marah –marah dia bercinta dengan perempuan lain. Kawan lagi penting dari boyfren. Better pilih kawan dari boyfren. Kumbang bukan seekor. Malah pada aku, kawan sentiasa di atas sebelum cinta. Cinta, tak pernah aku agungkan lebih dari-Nya, keluarga dan kawan. Cinta sentiasa di bawah…selagi ianya belum sah.
Tapi tak, kau silap kalau kau rasa aku pilih kawan. Aku tak buat pilihan clichĂ© macam tu. Sebab aku tahu keputusan aku. Aku tinggalkan kawan. Dan memilih cinta untuk diberi peluang kedua. Kenapa? Sebab aku punya 1001 alasan kenapa aku perlu pilih yang itu. Dan yang paling jelas adalah kawan tidak akan buat sebagaiman ‘si kawan’ tu da buat. Dan aku kenal si kawan. Dia takkan berubah. Aku dah penat nasihat bila dia buat perangai yang sama. Tapi kali ni, dia silap memilih aku sebagai mangsanya.

Kekasih curang adalah normal. Aku tak pernah kisah dia bercinta lain. Sebab kami cuma kekasih bukan suami isteri. Malah aku tak kisah jika di mahu berpoligami jika sudah berkahiwn nanti. Aku sendiri rasa lebih baik berpoligami daripada punya kekasih ramai. Sebab lelaki perlukan perempuan yang betul untuk dibuat isteri. Tapi silap kalau dah ada yang lebih baik tapi mencari yang lebih teruk. Ya lah, umpama sudah dapat perempuan solehah, tapi masih mencari pelacur di jalanan. Aku tak kata aku ni terbaik sangat. Tapi aku boleh jamin yang aku lebih baik dari yang itu. Dan kalau kau rasa yang baik itu adalah dia, sorry tapi aku terpaksa menafikannya. Sebab dia kawan aku. Dah kenal lama dah. Buruk dan buruknya aku dah taw. Baiknya yang banyak itu pun aku tahu. Dan sebab dia kawan aku, sangat salah untuk kau memilih dia dan aku pada waktu yang sama. SALAH BESAR!

Kau lelaki yang aku impikan untuk dinikahi. Suami yang akan membimbing aku ke syurgawi. Walid kepada anak-anak aku nanti. Tapi aku rasa kau lupa benda ni masa kau curang dengan dia walau dah banyak kali aku ungkapkan hasrat hati. Menyatakan niat kau untuk menikahi aku dan diterima menjadikan kita tunang yang sah secara syarak.. Apa kau lupa? Sama macam dia lupa nilai persahabtan yang wujud antara aku dan dia?

Sebenarnya aku tak pernh peduli kalau benar akhirnya kau dan aku adalah pada waktu bila aku dapat tahu kebenaran tu. Sungguh. Sebab kau sama seperti dia tak layak untuk terima maaf aku. Dan perginya kau mungkin menjadi satu kelegaan kepada aku.
 Tapi, apa boleh buat. Cinta tu tetap ada. Masih mahu disiram dan mekar. Dan dia, insan bergelar kawan yang seronok bermain pisau di belakang aku sampai tertikam telah aku tinggalkan untuk kau, insan yang bergelar cinta. Peluang kedua. DAN TERAKHIR. Ingatlah. Aku tak bodoh untuk sentiasa dipermainkan. Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Doa aku sentiasa dijauhkan daripada mereka yang sentiasa cuba hendak menjatuhkan aku, mempermainkan, memperbodohkan aku. Dan tipulah sebanyak mana, lambat laun Allah akan tunjukkan kebenarannya untuk aku.
                                                                            
Why do I make such a big fuss about this? Because I cant get it off my head!! Walau benda ni dah berbulan. Malah bertahun sekalipun aku rasa aku takkan boleh lupa! Sampai sekarang, kadang-kadang cerita kau dan dia seolah-oleh bermain wayang di depan mata aku. Kadang-kadang cerita kau dan dia menjadi bahan lawak kami berdua, kadang-kadang bahan perlian, tak kurang juga punca pertelingkahan kami. Sehingga kini.

Sebab kita kawan. Tipu kalau aku cakap aku tak rindu. Tapi kau yang nak semua ni kan?

Mungkin kau terlupa fikir 'efek' menikam aku. Kau terlupa yang aku kebal. Tikam belakang aku macam membiarkan bilah itu terpantul menikam di dada kau. Sebab kau tak tahu, mencari pasal dengan aku adalah SILAP BESAR yang kau pernah buat. Tak, aku tak nak jadi mimpi ngeri kau. Aku nak jadi REALITI TRAGIS kau!

Kau malu ke kalau aku tulis semua benda ni. Tak payah malu, sebab kalau aku tak cerita mereka tetap akan tahu. Yelah, dah kau pun sama, tanpa dipinta pun kau sedia membuka pekung di dada kan? Lagipun aku tak mention pun nama kau. Tu dah cukup baik. Sebab kat sini aku Ratu, orang selain yang bukan kenal aku dan kau tak tahu..

Aku ingatkan bila tulis ni aku akan lega, dan luka itu akan at least sembuh, tapi tak..
Bye

Images sources: Google

11 comments:

aYiE said...

kesimpulannye..berhati-hatilah pilih kawan =)

Ayie Abas said...

RATU...SEDIHNYA...UTK PENGETAHUAN RATU INI RAKAN BLOGGERS AYIE YG KE-2 KECEWA KERANA CINTA & LELAKI...TAK SANGKA...RATU PUN 'TERKENA' PERASAAN KECEWA MACAM nie JUGAK.
APA PUN RATU TETAP ADA AYIE SBG RAKAN BLOGGERS...JGN LUPAKAN AYIE.

Anonymous said...

suke la care Ratu tulis..mcm novel jer...

Ratu Tak Cantik said...

ayie: i know..i learnt my lesson..

ayie: :)

anon: tq..n please wrote ur name..i would love to know who my readers are..

Anonymous said...

aik...dgr citer dlu2 xnak kapel..pelik ni..

so..which one u choose to forgive ..frend or love?

Ratu Tak Cantik said...

ano: not really kapel pun..it was never official..masing2 express kan je rasa hati..dats all...
oh!maybe ure not reading..i wrote who i chose to forgive..

Anonymous said...

sori la..woot2..not really a kapel is still a kapel kn... o_0

maafkn kekasih sbb kekasih hati..dgr2 citer smpai ke rmhnya?

Ratu Tak Cantik said...

nope..dats not how i see it..tak kapel maka tak kapel laa...ape kapel bolah bagi anyway..bukannye mengikat masing2 mcm kahwin..kahwin pun boleh ramai bagi pihak lelaki..so?
bukan je sebab kekasih hati...i have many strong reasons why i should chose him.n of that so many reason most of it are better left untold.. yg taw taw, xtaw suke hati laa
dgr cite? :) haha..mau taw cite tanye in person la..ape anon2 ni..takut ape?

Anonymous said...

tny in person la sbb tu tny kt cini..bkn de no phone hang pom..fb hang pom aku tak ada..anoy sbb gmail tak de..blog pom tak de.. tak gitu?

at least xda la aku terus tuduh hang kn..aku tanya..nk dpt confirmation..bru la takde niat di hati yang xbaik..

Ratu Tak Cantik said...

yelaa..tapi takkan tak terfikir nak tulis name kot..xde mknanye nak bukak cite personal kat org kite x kenal~

owh ya.. lupa nak bagitau..i would like to correct that i forgave both of them, but I only chose 1 to accept :)

Anonymous said...

backstabber ade dua jenis, pasif dan aktif...kot laa...
hehehe

to my blog - Acapsuur (>,<)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...