Sunday, May 15, 2011

Cara-cara Ice Skating yang mudah. Ice Rink at Sunway Pyramid Ice

Assalamualaikum..
Meluncur ais atau ice skating merupakan suatu sukan atau rekreasi yang boleh dilakukan indoor atau outdoor menggunakan ice skates yang rupa fizikal nya hampir serupa seperti roller skates cuma ianya bukanlah roda, tetapi bilah besi. Sukan ini merupakan perkara biasa di negara beriklim sejuk yang mempunyai sungai atau tasik beku. Untuk aktiviti indoor, biasanya dilakukan di kawasan bertutup yang mempunyai ais tebal yang beku. Misalnya, di Malaysia, Sunway Pyramid Ice merupakan satu-satunya arena ais, atau Ice Rink yang digunakan untuk sukan meluncur ais.
Pergh! Ini bukan wikipedia oke. Ini berdasarkan reserach 10 minit dengan Google! 

Aaanywaay, nak dijadikan cerita semalam 14 Mei 2011, 5 orang Komander Rendah Muda, dari Platun 1, Latihan Intensif Bakal Komander Siri 3 Zon Selatan,telah melepaskan hajat untuk berjumpa. Ya, ratu ni komander sebenarnya. Sebab tu tak cantik. Gelap, banyak berkawad. Heh

Jadi perjumpaan itu eloklah kiranya jika kami serikan dengan aktiviti yang menyeronokkan. Dan pergilah kami ke Sunway Pyramid Ice. Slek betul pegi hari sabtu, kena bayar lebih. hais
source: www.sunway.com.my/pyramidice
*Harga tidak termasuk bayaran untuk stokin dan sarung tangan. Sarung tangan , RM8, stokin, saya lupa. :)

Pengalaman pertama sebelum ini mengajar Ratu untuk tidak terus malu dihadapan 4 komander ni untuk join mereka ice skating kerana pantang dicabar. Oleh yang demikian, terhasil lah:

CARA-CARA ICE SKATING YANG MUDAH berdasarkan sumber tidak sah kerana ianya datang dari Ratu sendiri.

 Step 1: Proper attire. Ice skates and Gloves
Dekat sana, mereka selamba je pakai skirt tunjuk betis. Tapi kalau ingat dosa pahala pakai lah tutup aurat. *sinis* . Pakaian hendaklah berwarna yang agak gelap, sebab walaupun kita berada di atas ais,kita masih di Malaysia dan atas tu SUMPAH PANAS, BERPELUH SEGELEN oke! Percayalah...! Dah macam berlari rasanya.
Tali ice skates hendaklah diikat ketat dan selesa. kalo longgar nanti akan terasa nak tertanggal, jalan pun macam zirafah minum air. Dan gloves adalah penting, kalau tak pakai nanti ICE POLICE tahan. Kalau sejuk entah-entah, melekat macam cerita Frozen. Haa..camne?

Step 2: Confidence atau Yakin Diri.
Percaya dengan kebolehan sendiri. Jangan cuak. Pedulikan bahawa anda sedang berdiri di atas bilah besi. Teruskan berfikir positif.

Step 3: Anda sedang memakai kasut tinggi
Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! ya! Teruskan berfikir macam tu. Bila Step 2, dam step 3 bergabung, maka bila anda berjalan memakai ice skates tuh, tidaklah terkangkang2, tapi cun je macam cat walk. :) nice!~

Step 4: Berpaut kepada dinding
Sentiasa berpegang kepada dinding tu kalau takut. Cuba lepaskan sekerap boleh untuk berdikari skates. Jangan pergi jauh dari tiang tu kalau masih belum boleh skating.

Step 5: HELP!!
Yes. Jangan malu dan jangan segan minta pertolongan orang yang tahu skate.
Dapatkan pertolongan kawan atau ICE POLICE, abang-abang guard yang pakai kemeja oren yang jaga ice rink tu. Dorang semua hot-hot oke! grrrrrr!~ Kalau perlukan perhatian dorang, jerit je! dorang akan datang..dan time tu boleh la awak hulurkan tangan minta dibangunkan. Tak apa, jangan risau, kat sana kita pakai GLOVE, jadi kulit tak bersentuh.
Walaupun orang tu cuma reti skate cikai-cikai je, agak-agak dia friendly, tanyalah dia. Contoh: macam ratu, baru 2 kali pergi tapi dah pandai-pandai buat 'how to ice skates' dalam blog. Tahniah!

Step 6: Jatuh
Kalau jatuh, cool je. Senyum dan bangun. Sebab you're not alone. Ramai je kat situ yang jatuh. Lainlah kalau awak tetibe masuk lesson kan, memang ramailah orang tengok dari atas kat Sunway tu. Tapi chill, teruskan bangun setiap kali terjatuh. Jangan putus asa. Dan kalau boleh jatuh lah kat spot lawa sikit, dekat dengan ICE POLICE. Cuba minta pertolongan mana-mana orang terdekat untuk bangun. Kalau tak ada, berdiri atas lutut, dan cuba bangun guna salah satu kaki dulu.

Oleh disebabkan ini adalah rekaan saya semata-mata dan tidak menggunakan mana-mana pakar, boleh lah ke jika masih kurnag yakin:
http://hubpages.com/hub/Basic-of-Ice-Skating-and-How-to-Learn-It
atau Google sahaja! yeay! :D

Sekian,entri yang sengaja dibuat-buat untuk memenatkan diri TETAPI TETAP BERINFORMASI :)
Bye! :)

Kali ni pergi TAK JATUH LANGSUNG! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...