Thursday, August 18, 2011

Culik Diri Sendiri, Lari Dengan Boyfren Untuk Dapatkan Duit

Assalamualaikum

Pagi tadi Ratu buka surat khabar Kosmo! Maka, muka depan haruslah berita howt kan? :)

Dan tahu tak berita apa?


Dan bila tengok gambar, owh, ayah dia ni, mak die ni, pakai purdah. Dan tengok pula lagi, remaja perempuan 17 tahun. Ikut boypren 19 tahun berkomplot ugut parent si perempuan RM50,000. APA KESSS?


Aduuiii..apa nak jadi ni... Maka, mengetepikan isu si anak, Ratu fokus kepada ibu bapa.

  • 6 hari parents dia bersusah payah risau kan anak dia.
  • Mungkin tak tidur malam memikirkan keadaan anak perempuannya. Duk tenung je baju raya yang baru dibeli.
  • Risau takut-takut anaknya diapa-apakan.
  • Si adik rindukan kakaknya.
  • Gerun memikirkan kalau-kalau bila dah jumpa, si anak dah tak bernyawa.
  • Dah dapat call untuk duit tebusan, risau pula macam mana nak dapatkan anak dengan selamat. Pikir pulak kena cari duit 50,000.

ANAK DIA LANGSUNG TAK FIKIR BENDA NI KAN?

"Ni..namanya anak derhaka nisa..."
En. Min di sebelah kerusi sofa berkata-kata saat melihat aku tak habis-habis mengeluh.
"hmm..Kesian mak bapak dia risaukan dia...Last-last tahu je anak bukan kena culik, tapi lari ikut boyfren.."
"Cuba pikir, 6 hari hilang tu dia pergi mana? Baru umur 17 tu. Boyfren tu pun 19. Darah muda lagi, tak matang nak berfikir. Dia pergi mana..cuba fikir"
"Hmm..nak pergi mana kalau 1 Malaysia sibuk cari dia. Ikut boyfriend dia la"
"Haa..dah ikut boyfriend kalau berdua jadi apa...? Tak tahu lah remaja sekarang ni.."
En. Min terus menggeleng. Kuat putarannya. Aku tak berniat mahu berprasangka. Boleh jadi antara mereka tak pernah terlanjur pun, tapi memang 6 hari dia dengan boyfren, bulan puasa pun, bukan perkara tak baik boleh tak jadi kan?

Ish...sungguh lah Ratu tak faham. Apa motif dia nak ugut parents dia sendiri? Duit 50,000 tu dia nak buat apa dengan boyfren dia? Ingat boyfren dia boleh kekal dengan dia ke, bila dah dapat duit? Silap-silap habis madu, sepah dibuang. Dia tak kesian parents dia ke? Dia tak tahu ke malu yang terpaksa family dia tanggung. Mak dia yang berimej purdah.
APA YANG DIA PIKIR SEBENARNYA??

Hm..parents dia...kesian. Ish Ratu tak tahulah. Kelu lidah.

Been there done that. Trust me, its not worth it. Buat family sendiri risau, susahkan diorang. Bahayakan diri sendiri. Semua tu silap yang Ratu pernah buat. Menyesal tak sudah sampai sekrang sebab kecewakan family sendiri. Tapi alhamdulillah, kesilapan tu masih diberi ruang untuk diperbaiki.

Someday bila perempuan tu dah besar maybe dia akan menggeleng benci mengingatkan dia pernah buat perkara-perkara ni dalam usia remaja dia. Tapi...tapi..tapi.. Semoga pengalaman mengajarnya.

Tak semua orang belajar dengan cara mudah. Mungkin adik Ameerah Asha pun sama macam Ratu. Kami belajar daripada kesilapan. We learn the hard way. We learn through mistakes and experience that we've made in the past for our goods in the future.

Jadi, dalam kekecewaan atas tindak tanduk adik Ameerah Asha, masih ada sekalung doa dan harapan agar imannya dipertingkat semoga perkara ini boleh diselesaikan dan dijauhkan sejauh-jauhnya. Ratu sendiri berharap perkara yang sama dengan diri sendiri dan kalian. Semoa kita dijauhkan daripada kesilapan ni. InsyaAllah.

Sekian, bye!

p/s: Mari Memburu Malam LailatulQadar! :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...