Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Bakal Melangsungkan Pertunangan Awal Bulan Depan..

Assalamualaikum...

Seronoknyaaaa!!
Boleh imagine tak Ratu tengah melompat keseronokan sekarang?
Tak boleh kan?
Sebab korang mana kenal Ratu..
huhu..

Lompat...
Lompat..
Lompat si Ratu lompat...

Siapa 'LIKE' fanpage Ratu mesti akan terperasan bahawasanya lately Ratu selalu cakap pasal kahwin..
Sikit-sikit kahwin..sikit- sikit kahwin..
Macam dah sangap sangat..hoho
Sungguh tak senonoh dan bermoral.
Jauh sekali untuk menjadi beretika dan profesional.
Owh! even dekat FB peribadi pun macam tu..

Ratu tak adalah feymes sangat, tapi kalau dah 16 orang like, tu pencapaian yang memuaskan bagi Ratu. Terus rasa diri ini begitu berharga~


Aku terlalu excited sampai tersilap eja 'suami'.


Macam ni ceritanya.

Ratu: Abah...kalau kahwin muda kan, macam umur orang sekarang ni kan? Abah bagi tak?
Abah: Kenapa?
Ratu: Saja tanya..abah kan wali orang..
Abah: Terpulanglah..kalau dah cinta sangat, lelaki nya sesuai, abah on je ada orang nak ambil tempat abah tanggung dosa kamu..elok sangat lah..
Ratu: Amboi abah, cara cakap macam orang ni bergelumang dosa sangat aih..
Abah: Owh..tak eyh? *Baru ku yakin kesengalan ku diwarisi dari abah*
Ratu: Ermm..kalau lelaki tu dah ada, and ready nak jumpa abah macam mana?
Abah: Bawak mai tengok sekali..  Abah tak mau lah biaq tunggu lama-lama kalau dah tangkap cintan. Suka, jumpa kami, setuju tunang, masa cuti nanti nikah.
Ratu: Serius..??!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ready?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BE ready!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Abah: Blajaq dulu..toksah gatai sangat..
Ratu: Tapi abah....orang...orang..dia dengan orang...alaaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
THE END



Best tak tipu daya ini? haha..
bye!


p/s: Ratu just berangan if someday dapat buat entry tajuk macam ni kan best...
Sory lah terpaksa mencelakakan mereka yang terasa diperdaya..
Sesungguhnya inilah yang dinamakan August Fool
HAHA

Saturday, August 13, 2011

SabTUMBLR#7 Saya Tak Bermaksud Nak Prasangka Buruk Dengan Niat Baik Mak Cik

Assalamualaikum..

5 Minggu Lepas
Lamaran Pertama, risikan untuk menjadi menantu anak sulung nya yang serba bekerjaya.

4 Minggu Lepas
Ajak breakfast Nasi Ambang dekat Padang Jawa. Makcik belanja!

3 Minggu Lepas
Setiap hari bawak makanan dari rumah. And of all the people in the office I was the first to be invtied to come and eat walaupun meja pejabat aku dekat seberang nun jauh di sana. Siap buatkan air lah apa lah. Bungkus lah ape lah. Sampai aku sendiri limas.

Calling herself 'mak mertua' depan officemate lain...what were you thinking??
2 Minggu Lepas
Offer nak belanja kerongsang untuk raya. Tapi aku tolak dengan baik. Dekat orang lain jual sambal pecal, tapi dekat kita dia bagi free. Why makcik? why?

Minggu Lepas
Selepas ditolak pelawaan untuk diberi kerongsang, Makcik ni baik hati bagi hadiah keorngsang lip lap lip lap pulak! Siap masuk sampul, tulis KEPADA : *my name*, TQ
WHY MAKCIK? WHY!!?

Bukan niat saya nak salah faham dengan niat baik mak cik, tapi kalau nak buat baik, buat lah betul-betul. Ni main pilih-pilih orang pulak. Dengan orang ni nak buat baik, yang sana tak nak. Selalu orang macam ni adalah sebab dia mengharapkan something in return. Buat baik sebab nak biar orang terhutang budi. Tak ikhlas la tu maknanya kan?

I mean, are you really serious about making me ur daughter in law?? Makcik ni, sedang menduga saya ke apa? Mak cik sengaja buat saya rasa terhutang budi? Nak saya cair dengan sikap baik makcik? Saya tak mau la perasan sorang-sorang ke apa, tapi setiap yang mak cik buat memang seriously, buat orang keliling pun rasa pelik. Saya lagi lah bertambah-tambah darab kali pelik.

Sampai yang lain pun perasan bila saya buat muka serba salah, pelik, menyampah.

Kalau betul makcik nak saya jadi menantu makcik, saya cakap awal-awal, yang saya tak nak! *eceh, poyo nak mampus* Tapi kalau saya ni perasan terover sangat,padahal mak cik tak hingin pun buat saya jadi menantu, so please, be nice to all!

Aku jadi takut pulak dengan orang yang terlalu baik ni. Serba salah pun ada. Rasa terhutang budi pun ada. Tak selesa pun ada. Especially bila dia cuma baik dengan orang-orang tertentu. Macam ada hidden agenda. And...the thought of you becoming my mother in law is scaring me to death!

Bye

Wednesday, July 13, 2011

Apakah Ini Lamaran Pertama Bagi ku?

Assalamualaikum..

Macam biasa, sekitar jam 8.30-9.00 pagi aku akan mencekik di pantry. Dan pagi tu, makanan adalah dari ihsan lebihan hidangan makan pagi yang disediakan untuk peserta komander yang terlibat untuk training.

Kak N, staf baru menggantikan Kak R. Tak banyak perbezaan antara mereka. Mereka sama-sama baik. Sama-sama suka masak. Masak itu penting, kerana memakan tu kerja aku.

Aku pernah dengar Kak N bercerita tentang anak bujangnya yang masih belum ketemu jodoh dan mengharapkan dia untuk mencari calon yang sesuai. Pernah juga sekali dua aku berjumpa dengan anaknya yang bujang tu sewaktu dia datang masuk pejabat untuk mengahantar makanan untuk aku. Oh silap. Bukan makanan untuk aku, tapi makanan untuk kami semua. Hee

Kami duduk makan di pantry bersama-sama sekali dengan Kak M. Antara juadahnya termasuklah, masakan yang Kak N bawa dari rumah. Kerana jarak perbezaan umur yang terlalu ketara, Kak N selalu saja tersilap membahasakan dirinya sebagai 'Acik' as in Makcik. Tapi aku pula dah terlalu biasa memanggil semua staf perempuan di situ dengan panggilan 'Kak'. Lebih elok agaknya sebegitu. Maklumlah, 'Bahasa Pejabat'.

Selesai makan, aku basuh pinggan. Standard lah kan. Dah sedap-sedap makan makanan orang masakkan, takkan kita nak makan and blah je kan? Tunjuk adab sikit, jadi aku basuh pinggan sebagai ganti. Aku suruh saja Kak N tinggalkan semua bekas-bekas dan pinggan nya, biar aku basuh. Tapi Kak N pulak nak segan-segan. Aku insist jugak!

Ratu: Eyh kak. Takpelah. Tinggal je lah Biar Ratu yang basuh.
Kak N: Tak pe ke? Ish..ada jugak yang dibuat menantu nanti. Ratu nak? Jadi menantu Acik?

OH EM GEE.. Menggeletar lutut...pinggan yang dibasuh tu rasa macam nak terhempas je. Nasib baik pinggan plastik. Tapi aku cool. Maintain.

Ratu: Eyh kak...jangan kak...*tersenyum sipu sambil menggeleng-geleng kepala*
Macam aku cakap dalam entry cerpen aku tentang 'Tak lama lagi lelaki itu akan menikah (Bhg 4)', soal jodoh, kahwin dan seumpamanya adalah perkara yang sangat aku mahu ketepikan buat masa ini.

Kak N: Kenapa pulak? Acik ni teringin jugak nak berbesan dengan ustaz. Best jugak dak?

Ai makcik, sampai kesitu pulak dah. Dah la! Tak nak basuh pinggan lah macam ni! Nak balik meja sorok muka..

Tapi aku stay kat situ. Gedik pulak rasa kalau tinggal pinggan nak dibasuh macam tuh, poyo je bajet macam dia nak masuk meminang aku time tuh jugak kaaann~

Ratu: Muda lagi kak. Belajar pun tak habis lagi.. Belajar dulu baru pikir pasal kahwin. Hehe.
Aku masih tersenyum sipu.
Kak N: Yelah. Muda lagi, belajar bagi sambung master dulu.

Phewww...dah la. Habis takat situ. Please dont bring that up again. Akward I Kak N~ :p

Bye.

Image source: Google.

Monday, June 27, 2011

Kenapa Perempuan Tak Nak Bercerai Bila Dia Ada Peluang?

Assalamualaikum..
Ketekunan aku membuat analisa kaji selidik terhenti apabila ada 2 kepala lelaki tersembul dari sudut tepi pintu berdekatan meja pejabat ku. 

Ratu: Ya, ada apa? Tanya ku sambil tersenyum apabila wajah mereka berdua kelihatan 'lost'.
Lelaki 1: Kak, kami nak beli baju uniform tu. Ada jual kat sini kan?
Ratu: Owh tu.. ada-ada. Ikut saya. Tapi adik beli lambat sangat, tinggal saiz M dan L je.
Sambil berjalan ke arah meja Cik A dan dibuntuti oleh mereka. Selalunya aku takkan sebut saiz apa yang tinggal, tapi badan mereka berdua kelihatan besar. Barangkali XL. 

Lelaki 2: XL tak ada kak?
Ratu: Ermmm..tak ada, stok dah habis. heh..dah agak daa..
Lelaki 1: Berapa kak?
Ratu: RM25 sekali dengan topi.
Lelaki 2: Kau ada duit? 
Lelaki 1: Ada-ada. Aku pakai duit mak aku bagi dulu.
Ratu: Tulis nama and detail-detail macam kat buku ni.
Lelaki 1: Kak..resit ada tak?
Ratu: Resit??? *terkejut* Err...tak ada lah. Belum pernah lagi ada yang beli baju ni minta resit.
Lelaki 1: Tapi kak...saya kena ada resit. So nanti mak saya boleh claim dekat ayah saya. Ayah saya tuh susah sikit bab duit. Dia berkira.

Aku bertambah terkejut! halah...beli baju keperluan untuk kokurikulum pun kena ada resit untuk mak pegi claim kat ayah?? Oh My Allah..Kenapa tak ayah je yang datang belikan terus.

Ratu: Ermmm..sekejap ya adik. Akak tanya pegawai lain.
Menyedari diri bahawa aku cuma pekerja sementara dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan resit, aku berlari anak comel ke arah En R.

Ratu: En R! Ada student nak resit beli baju. Ada ke?
En R: hah??? Mana pernah kita keluarkan resit. Cakap kat dia tak ada. Dia lah orang pertama yang mintak.
Ratu: Tapi dia kata dia nak resit supaya mak dia boleh claim kat ayah dia.
En. R: HAH! untuk kedua kalinya. Kena claim jugak ke??
Ratu: En tolong tengokkan boleh?
En R: Adoy..yelah.
Aku dan En R menuju ke meja pejabat tadi di mana dua pelajar tadi masih menunggu. Aku duduk diam sambil mendengar perbualan mereka.

Lelaki 1: Saya nak kena ada resit supaya mak saya boleh claim kat ayah.
En R: Kitaorang mana pernah keluarkan resit untuk beli baju ni.
Lelaki 1: Kalau en tulis kat kertas dan tandangan atau cop pun jadilah. Saya cuma nak bukti sebab ayah mak saya tengah dalam proses penceraian..
 Source: Flickr
Oh My Allah!! Terkejut... tapi taklah terkejut sangat. Sebab dah agak. Mendengarkan hal tu, En R terus setuju untuk keluarkan resit. Mungkin kesian. Ya lah, sebab mak bapak, anak jadi mangsa. Lagipun tahun ni Tahun Kebajikan Pelajar. Jadi harus lah tolong sebab dah dia jadi mangsa keadaan. Lelaki 1 tadi bersalaman dengan sahabatnya lelaki 2 yang berbaju Melayu tadi yang mahu segera pulang. Hari ni hari Jumaat. Selesai saja, Lelaki 1 tadi menghampiri En R sambil memberikan butir-butir penting untuk dimasukkan ke dalam surat pengesahan (kot~)

Aku segera kembali ke meja aku. Main Angry Birds. Sambil memasang telinga mendengar perbualan lelaki tadi dan En R. Jauh. Susah nak dengar. Macam bunyi ular. Jadi aku tekad, biarkan je lah. Hal orang, buat apa nak ambil tahu.

Petang tu ada pula lagi pelajar lain yang mahu beli baju yang sama. Macam biasa, sementara Cik A ke umrah, tugas jual beli baju aku yang handle. Selesai akad jual beli En R menyapa aku.

En R: Budak tu tak mintak resit ke?
Berseloroh. Memerli. Mungkin teringat hal tadi jadi dia berjenaka. Bila dia bangkitkan isu tadi aku jadi ingin tahu.

Ratu: Tadi tu kenapa? Parent dia cerai?
En R: Ha'ah. Nak tuntut dekat mahkamah semua tanggungan.
Ratu: Ayah dia kerja apa?
Aku terdengar soalan ini diajukan En R kepada lelaki tadi. Tapi tak kedengaran pula jawapannya. 

En R: Dia kata dia tak tahu. Dah 3 tahun dia tak jumpa bapak dia.
Ratu: Dah 3 tahun?? Oh maii... Ni mesti kes gantung tak bertali.  Pastu dah 3 tahun, anak dah besar dah masuk U baru mak nak mintak cerai. Hmm..

Selesai takat situ perbualan ringkas aku dan En R. Aku kembali ke meja aku sambil otak ku penuh dengan persoalan. 
Kenapalah si siteri suka sangat tangguh-tangguh penceraian bila mana dorang dah ada peluang untuk lepas daripada suami yang tidak bertanggungjawab. Islam bukannya susah sangat. Cukup 4 bulan suami abaikan isteri tak bagi nafkah, pergilah mahkamah tuntut fasakh atau khuluk. Kenapa nak rumitkan keadaan?
 Contohi Abby Abadi
Terlalu sayang. Terlalu cinta. Terlalu berharap agaknya. Perempuan. Biasalah. Sampai kebahagian sendiri dan keluarga terabai. Mangsa nya? Anak-anak. Kasihan.

N: Ratu!!
Lamunan aku terhenti apabila pekerja baru yang sama-sama mendaftar sebagai pekerja sambilan memanggil ku.

Ratu: Ya! Gapo dio?
N: Ni, nak tanya teknik ni.
Ratu: Teknik ape? 
Takkan nak tanya pasal Excel kot. Memanglah aku dah awesome dalam Excel, tapi tak lah seawesome dia.

N: Ni..macam mana teknik nak bunuh babi hijau ni?

Ratu: (-_-") Cehhh...

Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...