Friday, August 26, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Tulus Ikhlas Dari Ratu

Assalamualaikum..

Buat semua followers, silent reader, friends and readers..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Andai kata ada kata-kata Ratu yang menyinggung, membuat ada yang terasa hati atau sakit hati,
Maafkanlah...dari hujung rmabut sampai hujung kaki, maafkan lah Ratu..

Buat yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung,
Tak kira pengangkutan apa yang kalian ambil,berhati-hatilah
Kepulangan untuk dirai,bukan ditangisi.. :)

Jangan lupa baca doa naik kenderaan..
Dan sekirnaya ada kesesakan, bersabarlah..

Jangan lupa saling berkunjung-kunjungan dengan saudara mara
Yang masih hidup ataupun yang sudah tiada jika berkesempatan
Saling lah bermaaf-maafan sesama kita semoga tiada sisa baki dosa yang tinggal

Hayati dan pergunakan sebaiknya hari-hari terakhir Ramadhan ini
Semoga segala dosa kita yang lalu diampunkan dan segala amalan baik kita diterima Allah.
Semoga juga segala amal ibadat yang dilakukan dapat diteruskan
Amin.. :)

Ratu bakal pulang ke kampung, Alor Star Kedah esok, doakanlah Ratu selamat pergi dan balik.
Semoga kalian juga begitu hendaknya.
Berseronoklah di Hari Raya, dan jangan lupa gembirakan ornag lain terutamanya yang sudah tiada :)


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sekian,
Ratu Tak Cantik

p/s: Dapat Kad Raya daripada iqbalhakimi.com Terharu :')

Image Source: Tumblr

Thursday, August 25, 2011

Semua Orang Sibuk Nak Doodle, Ratu Pun Boleh Ape...

Assalamualaikum..

Sana sini Doodle, sekrang dah maju semua pakat nak doodle siap dengan GIF. Kalau yang lagi power, pakai adobe flash. Pergh! Tercabar Ratu..

Maka, dengan ini, ratu juga mahu menunjukkan bakat Ratu yang tak seberapa ni..Kalau tak cantik, jangan marah. Yang penting mesej Ratu ni untuk semua..wee~ :)

Sebelum tu, silakan menjamu telinga dengan lagu pilihan ni. Best wa cakap sama luu~


Sebelum tu juga, Ratu nak cakap.. Kuih Raya Ratu semua dah habis. Kuih tat nenas, biskut choc chip, termasuklah macarons hari tu. Baru 3 hari semua dah licin. So, kami namakannya kuih puasa. :)

Maka, haruslah kuih raya buat di kedai je. Magik gila bila kita bayar duit je, kuih tuh da siap! Pergh! Jimat masa dan tenaga, tapi duit melayang. Janji perut kenyang. Kann..? Tak sabar nak raya, nak try semua kuih yang ada. Especially cornflakes!! Yum yum!

And..and..Baju raya Ratu dah siap. Sebab memang beli dah siap, malas nak pikir tempah-tempah :) Combination warna kelabu tahi itik dan biru langit. Lawa! Tambah-tambah bila Ratu pakai. Daripada tak cantik terus transform kepada cantik. Gila magik arh baju tuu..Memang raya nanti Ratu jadi Ratu cantik :)
weee~

Owh..Raya raya juga, Ramadhan dah nak pergi :'(
Semoga segala amalan ku, dan juga kamu diterima.
Semoga dosaku yang lalu diampunkan semuanya..
Amin..

bye!

Owh! Doodle. Lupa.
Doodle ini. Untuk semua yang membaca! :)
Pergh! Tak tertahan bab sign..sekali buat je..zzzuupp! Terus cantik macam tu :)
Ada bakat ni. Jangan heranlah kalau nanti banyak entry nak taruk gambar doodle je, walaupun cuma stok pakai Paint. Hamzah Ian and Peep buat cool je, takkan Ratu tak boleh. ye dak? :)

Tapi apa-apa pun, buat semua pembaca blog Ratu, I am now focusing to write my next cerpen. But I guess it wont be a cerpen. Its either a novel or just another series entries :)
Teaser: Love, action and Henry Gurney. Boleh bayang? 
Jangan bayangkan! Let it be a suprise :)

Selamat Hari Raya! Bye

p/s: Hari ni berhenti kerja. My mate made a suprise turning up on our last day. Sengal~


Tuesday, August 23, 2011

WW#12 Wordless Wednesday

Assalamualaikum

 HAHA!

Sila Komen Link Blog untuk Difollow dan DiBloglist-kan

Assalamualaikum

Ni bukan segmen, sebab Ratu tak suka segmen..Jadi ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan syarat:

1) Link blog yang diberi adalah blog yang BUKAN berada di dalam kataegori :-
  • Blog gosip
  • Blog lucah
  • Blog Giveaway/Contest
  • Blog Politik
Blog yang berunsur ilmiah dan keagamaan adalah digalakkan. Blog personal dialu-alukan :)

2) Hanya terbuka kepada 20 orang terawal yang komen. Tapi sekiranya syarat (1) tidak dipenuhi, maka terbuka kepada pengomen yang seterusnya. Jika anda terlewat turut serta sekalipun, dialu-alukan meninggalkan link di ruang komen, manalah tahu mood baik nak blogwalking, boleh le nak singgah. Kalau jatuh cinta Ratu follow la :) Tapi ingat, orang seperti Ratu ni sukar untuk meng-follow blog orang. Kalau kena follow tu makananya korang memang awesome habis lah!

3) Tiada syarat yang memerlukan anda untuk buat entry "RATU NAK LINK BLOG" atau seumpamanya. Sebab Ratu tak suka. Simply because Ratu tak suka nak meminta-minta dari orang untuk promote blog Ratu walaupun dengan cara halus dan tak berapa nampak direct sangat ni... Ratu rasa segmen-segmen ni one-way benefits je sebab 80% benefit tu hanya kepada penganjur segmen. The rest 20% belum tentu korang akan dapat. Tak tahulah kalau korang tak perasan en~

4) Mahupun begitu di (3), Ratu sentiasa menerima dengan hati terbuka sekiranya ada orang yang Review blog Ratu. I said REVIEW ye, BUKAN PRMOTE. Sebab Review adalah lebih kepada kritikan membina dan komen jujur pembaca, nak kata blog ni kurang dari segi apa, terlebih ke mahupun kutukan sekalipun. Sebab review adalah 2 perkara yang berbeza daripada PROMOTE. Dan kutukan adalah lebih bermakna daripada pujian. Tapi keduanya sama-sama mendapat penghargaan :)

5) Bagaimanapun, mana-mana blog yang mahu dilistkan, tapi mempunyai banner sendiri yang sesuai dan menarik hanya akan diletakkan bannernya sahaja. Tapi untuk banner,hanya terbuka untuk 5 terbaik sahaja. Jadi Ratu akan membuat pilihan. Ratu tak nak beratkan blog. Sorry.. Jadi yang lainnya.masuk bloglist oke? :)

6) Tak, anda tak dipaksa untuk follow blog Ratu, tapi diharuskan ada banner atau blog Ratu di bloglist korang :) Harus ye, bukan wajib.

Bergantung atas 'kesedapan' blog anda, kemungkinan besar Ratu bakal rajin mempromote atau membuat review. Itu tertakluk kepada sekiranya memang wujud blog yang pada Ratu layak direview :)

Sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...