Sunday, December 22, 2013

IJAZAH PROFESIONAL


Assalamualaikum..

fuuhh..fuuhh...tudia aihh...
habuk, sawang, labah-labah 100 generasi dah beranak pinak..

Maafkan saya semua..
Menjadi seorang graduan Ijazah Undang-undang dan seorang pelajar Profesional Ijazah Undang-undang bukan mudah..
Kursus yang saya ambil sekarang ni adalah "simulated office"

Harus pergi kelas seawal 8 pagi untuk punch in, dan punch out jam 5.. Walaupun kelas cuma ada jam 2-4..
Setiap hari berpakaian hitam dan putih..
Kelas kami adalah firma kami..
Masing-masing punya cop dan nama..
Bawahnya bertulis "Advocate & Solicitor"
Setiap benda perlukan signature
Dalam satu plastik penuh cop "date" "certified true copy" "received" "salinan" macam-macam lah.
Ada masalah dengan firma, dengan rakan sekelas..macam-macam drama.

Sungguh...hidup belajar saya mirip alam pekerjaan seorang pegumcara dan peguambela
But I enjoy every single seconds of it.
Setiap hari macam sitkom.
Sebab untung, berada di 'middle class' yang otak masing-masing tak terlalu advance, tapi average, mudah untuk kami menjadikan suasana intense tu suatu yang... menggembirakan.

Tapi sungguh, saya sungguh penat belajar.
Penat sangat-sangat sebab ada hari lepas pukul 12 tengah malam pun ada di firma..
Buka tutup file. Semuanya perlukan ketelitian. Salah sikit,potong markah, habis tipis peluang nak dapat A walaupun sebenarnya kalau dilihat, semuanya adalah perkara mudah. Tapi sebab sendiri yang salah..

Tapi penat-penat pun sumpah demi Allah saya sayang mereka yang ada di sekeliling saya yang menyokong sepanjang satu semester ni *eh dah macam nak grad lagi sekali je..padahal ada lagi satu semester*

Tapi sebenarnya, satu semester ni banyak mengajar saya erti kesabaran
Erti persahabatan
Mana satu prioriti, mana satu keutamaan
Mana satu kepentingan, mana kemahuan
banyak sangat-sangat..bersyukur ALLAH ilhamkan saya memilih jalan ni
Allah permudahkan saya untuk setiap kesulitan yang saya hadapi
Allah bantu saya dan kawan-kawan
dan Allah tepis syaitan dari membiarkan saya lupa kebergantungan saya kepada Allah..

InsyaAllah,lepas final exam bulan satu tahun depan nanti..saya cuba lah habiskan Soulmate
saya cuba saya cuba


Sunday, May 5, 2013

CERPEN#2 Soulmate [Ep.6]


Assalamualaikum





“Apa yang kau orang tengok-tengok tu?”

Khairul turun dari fixie merahnya, menuju ke arah rakan-rakan ‘sepermainan’ fixie di Amphitheater berdekatan kolam renang UiTM. Kadang-kadang pemilik fixie sekitar UiTM memang akan berkumpul di kawasan ni. Yang naik basikal hak milik UiTM pun ada juga. Ada yang berlumba basikal, ada yang buat trik. Pemain tegar roller skate dan skateboarding pun kadang-kadang turut serta melepak di kawasan ni. Terpencil, bising pun orang tak hirau.

“Ni haa.. Hai bawak Sugar Glider” Azman menjawab apabila 3 rakan yang lain leka bermain dengan binatang tu.

Sugar Glider? Teringat aku dengan Mila Hello Kitty tempoh hari. Bukan main frust hilang Sugar Glider. Mana pulak Hai dapat Sugar Glider ni. Khairul merapati Hai, melihat binatang kecil yang jinak berkeliaran di sekeliling badan Hai. Kemudian melompat pula ke arah Azman apabila Hai memetik-metik jarinya. Kemudian melompat ke arah tangan.. aku! Dia berlari naik turun tangan aku dari hujung jari ke atas bahu kemudian ke belakang badan. Jinak sangat!




Mujur aku memang dah terbiasa dengan binatang eksotik sebegini. Teman sebilik aku tu, Iman, siapa tak kenal. Dalam bilik kami tu mahu ada dekat 4 buah sangkar. Sugar glider, kala jengking, landak dan kura-kura. Untung Iman tu pembersih, setiap hari dia bangun awal bersihkan tempat tinggal mereka. Kalau tak ada binatang-binatang tu dalam bilik, orang takkan perasan pun bau bilik tu ada bau binatang. Sebab memang tak berbau pun!

“Eh! Comel nya. Mana kau dapat ni Hai?”
Aku mengusap lembut Sugar Glider yang memaut baju di bahagian dada ku. Comel.

“Aku jumpa dalam beg dia ni masa aku nak pergi Fac Business hari tu. Nyaris-nyaris je terlanggar. Nama dia Charlie”
Khairul memandang ke arah beg yang ditunjukkan Hai. Ada button Hello Kitty yang dipinkan di atas nya. Sah! Sah! Ni si Mila comel tu punya.

“Hai..Kau jumpa benda ni dekat jalan antara Fac Business dengan Fac Law, dekat library?”
“Haa.. yelah. Iman tak bagitahu kau?”
“Tak..Aku tak sempat jumpa dia sebelum dia pergi Site visit minggu lepas. Mungkin dia lupa bagitahu”

Melihatkan beg itu sahaja, aku cukup yakin, ni milik Mila. Aku ingat gambar sugar glider dan travel beg Beyby yang pernah Mila tunjuk sewaktu kami makan tengahari sama-sama. Memang sebiji seketul serupa tak ada tolok bandingnya! Ini bukan kebetulan ni, ini takdir!

“Hai..Ni Beyby ni. Bukan Charlie. Hari tu aku ada terlanggar sorang budak Hello Kitty ni. Mungkin beg ni tercicir masa aku langgar. Dia cari aku balik kata dia hilangkan sugar glider dia. Tengok beg tu je aku tahu sangat, ni memang dia punya.”
“Haa..?”

Terkedu Hai. Khairul kenal siapa tuannya? Mereka semua saling berpandangan. Suasana jadi senyap sepi. Walaupun dengan bunyi riuh rendah orang lain yang beriadah di situ, mereka sekumpulan seolah-olah berada di satu dimensi yang berlainan. Baru sebentar tadi Hai berbangga memiliki seekor sugar glider setelah seminggu menjaganya. Dah siap beli sangkar baru dah.

“Kenapa semua diam ni? Say something.” Suara Ikhwan memecah sunyi.
“Kau kenal tuan dia? Aku kena pulangkan lah ni?”
Akhirnya Hai bersuara dengan nada berat. Aku dan Charlie..kena berpisah?

“Dah bukan kau punya Hai. Tuan dia pun jenuh mencari.”
“Siapa tuannya. Kau kenal? Ada contact number dia?”
O oh! Kenal tu tidak la. Tahu tu mungkin ya.





“Yang aku tahu nama gurl tu Amelia Nasaruddin pelajar Jurusan Undang-undang. Itu je”
“Mana kau kenal dia?”
“Kan tadi aku dah cakap, aku terlangggar. Mulanya dia ingat aku ambil binatang ni. Aku cakap tak. Dia suruh aku tolong carikan. Binatang kecik ni aku nak cari tang mana? Tak sangka pulak kau, yang duduk level 2 atas aku je, yang ambil. Seronok la tuan dia kalau tahu kau jaga Beyby dia ni baik-baik.
“Ada can ke aku nak jumpa dia pulangkan balik? Kau rasa dia nak lagi ke Charlie ni?”
“Barang orang, kita kena pulangkan Hai. Hari tu ceramah dekat masjid tentang Maqasid Syariah (matlamat syariah) kau lupa? Kita kena jaga harta orang Islam. Harta saudara kita. Hadis Riwayat Ahmad, tidak halal seseorang untuk mengambil harta orang lain kecuali dengan izinnya. Kita jumpa barang yang bukan milik kita, dalam masa setahun kita kena hebahkan,. Kalau kita tak kenal siapa pemiliknya atau barangnya tak dituntut baru boleh simpan. Bergantung juga atas barangnya apa. Tapi dalam kes ni, sekarang kita sama-sama tahu Charlie kau ni ada tuan yang mencarinya. Nanti kita cari mana nak jumpa budak tu”

Ada benarnya apa yang Khairul cakap. Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur itu kalau nak ikutkan cakapnya selalu sahaja berhikmah. Jarang sekali yang salah. Kalau tak tahu dia akan bilang tak tahu. Tapi dia memang seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk orangnya.

“Ye lah..Memang betul apa kau cakap tu..” Hai memuncung mulut dan mengambil Charlie a.k.a Beyby yang masih melekat di dada baju Khairul. Dia membelainya dan kemudian memasukkannya ke dalam poket sweaternya. Binatang tu, mata dia, comel betul. Patutlah Mila suka. Memang kena betul dnegan gaya dia.





“Sayang kau ye kat binatang tu?” Tanya Khairul sedikit mengusik.
Haruslah. Gigih aku menuntut ilmu dengan Iman roommate kau tu. Tak apalah,dah bukan rezeki aku nak bela dia. So..bila boleh pulangkan ni?”


 ***************************************************

“Cantik tak si Mila ni. Kau kata dia suka Hello Kitty. Dengan bela Sugar glider nya. Aku macam boleh bayangkan dia tu comel.”
“Haha”
Khairul hanya ketawa kecil. Nak mengiyakan rasa macam tak kena pula. Nak menafikan, tak boleh juga. tapi ‘Hello Kitty’ tu memang comel.




“Orangnya macam mana? Tinggi? Kurus? Chubby? Putih? Sawo matang? Ke gempal-gempal, rendah tara aku dengan kau? Pakai spek tak? Mesti pakai tudung kan?”
“Biasa je Hai. Perempuan semua cantik. Bergantung atas kau tengok pada mukanya, atau hatinya. Asal hati dia oke, luar dia pun oke.”
“Ke dia taste kau? Pakai tudung labuh, baju Muslimah, manis-manis ayu, malu-malu?”
“Haha. Tak jugak. Dia mana pakai tudung pun. Tapi orangnya baik je. Kalau kau kahwin dengan dia, touch up sikit, oke lah tu”
“Bunyi macam oke je. Mak aku tu memang sibuk nak cari calon untuk aku. Untung-untung kahwin tak payah la berpisah dengan Charlie. Haha”
“Hish. Berangan je kau.”
“Aku saja je cakap.Kita tak tahu, jodoh aku mungkin datangnya cara macam ni.Cinta pada Sugar Glider dulu, baru dengan tuannya.”
Kening Hai membuat gaya double jerk. Khairul hanya mengalihkan pandangannya. Malas nak dilayan aktiviti ‘perah santan’ si Hai ni.

Tak susah sangat nak cari Amelia yang ini. Jenuh juga search facebook ‘Amelia Nasaruddin’ tapi tak jumpa pun yang rupa atau berciri-cirikan dia ikut apa yang aku tahu. Untung duduk satu blok dengan budak unit beruniform di Teratai. Semua fakulti dari semua jurusan bersepah dalam satu blok. Minta saja carikan yang Fakulti Undang-Undang dan tanyakan kenal tak Amelia? Yang Hello Kitty tu? Senang je! Memang ternyata budaknya famous dengan imej Hello Kitty di fakulti.

Mereka duduk di tangga Amphitheater pada petang Isnin tu. Sudah dimesej pada facebook Mila menggunakan akaun facebook rakan sekolej mereka merangkap senior Law Student Mila tentang meeting mereka jam 5 petang ni. Tak terlintas pula mahu bertanya no telefon Mila sewaktu mesej dihantar. Nak ‘add friend’ guna akaun sendiri tak boleh. Akaunnya private. Leceh pula nak mencari mutual friends. Harap-harap dia baca dan dapat datang.

“Tu ke orangnya?” Hai melihat kelibat seorang perempuan memakai skirt,baju denim serta berselendang merah jambu lembut menuruni tangga antara jalan di Kolej Perindu ke Amphitheater.

“Eh jap.. Bukan kot. Kau kata tadi perempuan tu tak pakai tudung kan?”
“Bukan la tu”
“Oh.. Ingatkan ye. Lama jugak dia ni. Entah-entah dia tak jadi datang tak? Atau dia tak bukak pun mesej tu lagi. Atau..dia dah tak nak kat Charlie?”
“Tunggu la sekejap. Berbaik sangka je. Entah-entah kelas dia habis lewat. Kalau dah lama sangat even lepas kita tahu dia dah ‘seen’ mesej tu, kau simpan la Charlie kau tu kalau nak sangat. Tapi setahun taw. Ingat tu”
“Ye la abe”

Mata Khairul tertacap kepada kelibat seorang perempuan yang tersenyum berjalan menuju ke arah beliau. Perempuan serba merah jambu tadi. Eh takkan lah..

Assalamualaikum Khairul
Perempuan tadi tersenyum berseri-seri.
Hai disebelah Khairul pula hanya melihat kebingungan. Dalam masa yang sama juga, terpegun. Manis,lemah lembut betul pekerti gadis ni. Walau dengan satu kata salam, surprisingly, sungguh mempesonakan.


“Waalaikumsalam..Mila..”
Nada Khairul macam terkilan. Mila hanya tersenyum. Pandangannya beralih ke arah Hai.

“Hai”
Tangannya melambai. Mesti ni lelaki yang terambil Beyby aku.

“Eh.. mana tahu nama saya?”  Tanya Hai.

“Ha? Apa nama awak? Tak tahu pun”
“Hai.”
“Haha.. Hai”
Mila hanya tersenyum melambai kali kedua. Kenapa dengan dia ni? Kan aku dah ‘hai’ tadi.

“Nama dia Haikal. Orang panggil Hai” 
Celah Khairul memperkenalkan kedua mereka.

“Oooh..Hai. Haha. Saya Mila”
“Hai, nilah Amelia tu. Tuan Sugar glider tu”

Mila menadah tangan ke arah Hai. Seperti telephaty, dia menghulur beg Charlie. A.k.a Beyby.

“Nah. Minta maaf. Terjumpa, tak berniat nak ambil”
Mila membuka zip beg dan dilihatnya Beyby seolah-olah seperti bayi kecil yang menunggu di muka pintu menanti kepulangan ibu minta disusu.

“Beyby!” Jerit Mila kecil. Diusap-usapnya binatang yang terlalu amat super duper dirinduinya.

“Thank you Hai sebab jaga dia baik-baik. And thank you Khairul sebab tolong sampaikan”
Hai menghulurkan sebuah plastik berisi keperluan Sugar Glider yang telah dia dapatkan 2 minggu lalu.

“Nah. Barang Charlie. Eh silap. Beyby”
“Charlie? Haha. Cutenya nama. Apa ni?”
“Barang dia, hari tu beli. Ingatkan lama dapat jaga terus. Hurm. Takpelah. Saya halalkan semua.”
“Aiyo!! Banyak ni. Mahu telan beratus jugak ni. Saya bayar balik lah k. Nanti bagitahu saya berapa”
“Eh takpe. Saya halalkan.”
“Tak..Saya bayar. Please. It’s the least that I could do”

Khairul hanya memerhati Hai dan Mila. Main tarik tali pulak nak ke tak nak bayar. Haih. Mila..Mila..Manis awak ni. Manis awak bertudung.

“Khairul, awak join la sekali.”
Hah! Tersedar ku dari lamunan.

“Hah? Apa?”
“Esok dekat Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7. My Treat”
“Eh.. Apa pulak Cik Mila. Belanja Hai je lah. Saya bukan ada kena mengena pun”
“I owe you too for causing all the trouble. And your injured knee.”
“Eh. Benda kecik je Mila. Tak payah la”
“Rezeki jangan ditolak bro” Celah Hai.
“Betul. Betul. Betul. Please, I insist. Segan saya nak makan berdua dengan Hai.  Jom lah sekali”
“Hurm. Oke lah macam tu. Esok petang ye? InsyaAllah.”
“Oke…Saya mintak izin dulu ye.”
“Eh..Mila jalan kaki je ke? Duduk mana?”
“Dekat je dengan sini. Kolej Teratai 2”
“Eh! Laa..Kami Teratai 4. Tapi bukan student badan beruniform pun. Mila unit beruniform apa kat Teratai 2?”
“Laa ye ke. Ermm. Saya.. PBSM je”
“Oh.. Hebat-hebat. Kalau sakit boleh cari Mila la ni? Haha. Tak adalah. Tak adalah main-main je. Macam tu jalan sekali lah balik dengan kita rang. One way je pun” 
Ajak Hai.

“Tapi korang kan naik basikal. Takpe ke?”
“Boleh je. Tak ada masalah. 3 Minit je pun jalan” Pujuk Khairul.
“Oke lah macam tu”

Hai dan Khairul berjalan sambil menuntun basikal menemani Mila. Khairul perasan Mila yang ini lain sikit dari dia kenal sebelum ni. Dia lebih banyak menundukkan pandangan. Lebih senyum dari ketawa. Lebih merendah diri. Lebih lembut berospan santun. Aku tidak lah kenal dia sangat, tapi first impression aku masa mula-mula kenal dia dulu lain sangat bila compare dengan dia sekarang. Jalan dia pun langkah kecil. Tu, yang tutup rambut tu. Tu lagi lain sangat! Macam aku kenal the whole different Mila in not more than 2 weeks. Hai yang periang je banyak bercakap. Mila hanya mendengar,angguk dan respon sekadar perlu. Mesra. Khairul di situ seolah-olah hanya peneman, walhal sebenarnya bukan dia tidak mahu turut serta, dia pun orang yang ramah. Lagi pula Mila ni bukan dia tak pernah jumpa. Siap makan, bersembang. But I still wonder, what happen to the Mila he first met? Ke teguran aku begitu terkesan kepada dia?

“Khairul cakap awak tak pakai tudung. Tiba-tiba tengok awak pakai tudung. Baru lagi ke? Sebab baru seminggu lebih awak hilang Beyby kan?”
“Oh. Hihi... Khairul mesti pelik. Dari tadi dia macam terkilan. Kan Khairul? Pelik tengok tiba-tiba saya dah pakai tudung?” 
Kening Mila diangkat sebelah merenung tajam ke arah Khairul buat sesaat dua. Kiraan saat yang cukup untuk menjentik hati Khairul.

“Ha? Err..Agak la. Still tak boleh ‘brain’ lagi. Macam too sudden. Bila start pakai?”
Pertanyaan Hai awal-awal tadi membuka peluang untuk dia meminta pejelasan yang sepatutnya dia tak patut tanyakan. Dah Mila dah pakai tudung, Alhamdulillah lah. Nak Tanya apa lagi. Doakan je lah kan?

"I would love to tell you why. But let's save it for tomorrow shall we..? Dah sampai dah pun Kolej korang. Saya pun ada hal jap lagi ni."
"Oh..boleh-boleh. Yeay, esok ada orang belanja. Bye Charlie.. Jumpa esok taw. Esok Mila bawa la dia sekali."

Pesan Hai. Tangannya macam mahu mencapai beg galas sugar glider tu tapi tak mampu dia nak mengusap Beyby sebab dah selamat tidur dalam bekas yang tersangkut di leher Mila. Tersilap raba kang..kena tempat lain plak. Lebih baik jangan.

"Mila balik dulu ye. Thanks korang. See you tomorrow. InsyaAllah..Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam"
Serentak mereka menjawab. Mila berlalu pergi tanpa teragak-agak. Langkah nya pantas meninggalakn 2 jejaka dibelakangnya. Khairul hnaya melihat Mila yang itu pergi..sekali lagi..sebagai Mila yang baru.



"Hoi Kerol... Tercegat apa lagi. Jom ah naik!"

Tak perasan bila Hai dah memulakan langkah menaiki tangga blok. Atau aku yang dah lama mengelamun menghantar pandangan ke arah Mila?

Khairul, berhenti lah pandang aku. Aku tahu kau pelik aku dah pakai tudung. Tapi, pandangan kau buat hati aku terusik lah! Hish! Pandang depan saja Mila, buat-buat tak perasan je Khairul tu. Kau tak tahu apa dalam fikiran dia masa pandang kau. Haish.. Astaghfirullah. Mila menarik-narik pakaiannya. Membetulkan takut-takut ada yang tak kena. Tenang, dan jalan saja. Esok jumpa, lain cerita

..bersambung


*gambar sumber dari Weheartit.com dan Google

Monday, February 25, 2013

Qalbi Sedih

Assalamualaikum..


Mungkin aku terlalu banyak merasa
Membiarkan kelopak mata dibasahi air mata
Membiarkan jiwa merana

Mungkin aku belum dapat 'closure' yang patut aku dapat
Mungkin 'sorry' , mungkin 'get over it', mungkin 'you can do it'
Tak cukup bagi seorang aku

Aku mahukan titik noktah
Aku mahu Bab ini dalam cerita seorang aku adalah Bab terakhir
Aku mahukan 'Tamat'
Aku mahu tutup buku dan simpan.
Oh tak! Aku mahu buang dan lupakan

Aku penat lah menanggung rasa
Aku penat nak kata pada diri sendiri
'Sudahla..Sudah la..'
'Bahagian kau nanti Allah bagi'

Ya, aku memang optimis
Tapi aku juga perfectionist
Kalau ada mulanya, biarlah ada akhirnya
Samalah macam tahi hidung
Aku tak suka biar tergantung

Aku nak orang yang tinggal aku
Betul-betul tinggalkan aku
Jangan datang balik tunjuk muka
Jentik hati kita
Kemudian blah pergi hujung dunia

Next time around
Agak-agak aku baru nak redha
Dia datang lagi
Tunjuk muka
Sengih tunjuk gigi..
Macam cakap dengan aku
'Oi..oi..Padan muka..padan muka'

Enjoy kau ye hidup mainkan qalbi aku
Kau fikir senang jadi seorang Ratu?
Aku ni perempuan
Yang bermata kaca
Tetapi berhati permata

Kau kena ingat...
Perempuan yang macam aku ni
Yang claim dirinya Ratu ni
Masih..
Masih setia
Masih Berharap

Tetapi..
Masih berusaha
Masih berdoa
Untuk lupakan kau
Dan teruskan hidup dengan orang-orang yang dia sayang
Yang takkan berputus asa dengan dia
Yang takkan tinggalkan dia
Setia menanti jodoh yang Allah tentukan
Yang dia tersangat nanti-nantikan..


p/s: Aku je ke yang rasa macam ni sedangkan kau bahagia?









Tuesday, December 4, 2012

Saya Akan Sayang Awak Sampai Rasa Itu Hilang Atau Nyawa Saya Melayang

Assalamualaikum..

Ratu sedang dalam konflik hati ni...Rasa nak nangis..tapi tak boleh nangis. Rasa macam nak pergi balik kepada masa silam, tapi belum ada orang invent time machine lagi..Rasa macam nak pergi ke suatu tempat nun di selatan Malaysia..tapi nak buat apa ye dak? Mencari damai yang hilang mungkin. Sebab kat sana kan ada Hello Kitty Town. ahaks. Tapi sana tu Johor...dan Johor tu... hurmm..Johor tu istimewa sampai saya tak sanggup nak jejak sana.

Oke whatever...bagaimana saya mahu cerita?

Hati saya sedang terluka ni...macam-macam betul lah! Penat ai yu tahu tak. Ai sampai da tak mampu nak jadi puitis menceritakan rasa.Kalau lah boleh cungkil hati ni macam cungkil isi rambutan hijau yang tersekat celah gigi, Ratu sanggup! Tapi hati dan isi rambutan tu jauh berbeza. Mana boleh sama!

Hurm...tengoklah. Ratu tulis sekarang... Belum sampai poin pun lagi..sebab tak tahu dah macam mana nak cakap. Kalau lah boleh hati saja yang cerita dan taip kan di blog ni. Mungkin saya boleh tidur lagi sekarang dan biar hati tu masuk dalam badan dengan sendiri... Aduhai.. Ratu Ratu...

Kenapa Ratu cakap lepas je Ratu? Kenapa Ratu tipu perasaan Ratu haa Ratu? Kenapa Ratu lepaskan sedangkan Ratu lebih dari mampu dan kuat untuk setia berpegang? Kenapa baru sekarang Ratu nak rasa kehilangan? Kenapa sekarang Ratu bersedih...?

Sebab Ratu tak tahu nak buat apa..Ratu tinggalkan semua dan pilih jalan mudah. Ratu dah bagi option dulu, tapi option tu tak available sehinggalah sekarang. Sehingga kau bersedia tetapi bersama si dia dan sehingga aku terhegeh-hegeh mencari kau. Ughh! Confusing kan?

Nak dijadikan cerita...urmmm..ceritanya...panjang ceirtanya! Kalau pendek, nanti jadi tak best... Perlu ke saya cerita? Tak perlukan? Nanti jadi seperti pengemis sang kasih pula. Tapi I just need some space to let it all out...

oke oke...Ratu cerita sikit..

Ratu masih sayang
Ratu nak pohon lagi 2 tahun..
Tapi Ratu terlambat beberapa bulan
Micheal Learns To Rock, ubah tajuk lagu.. "Few Months Too Late"
Semua salah Ratu
Kemudian Ratu tengok dia bahagia dengan orang lain
Dan Ratu jeles... Ratu sedih.. Tapi Ratu sedar, tu semua tak boleh
Orang yang mungkin bakal dia pinang
Sebab dia dah bersedia dan diterima kedatangannya
Dan saya...saya gagal.
Gagal menyatakan hasrat
Tak mampu berbuat apa-apa..
Saya hilang harapan..
Semuanya jadi tak kesampaian..

Jadi..saya mohon.. Hai Jodoh! Cepatlah sampai!! Dia ke, bukan dia ke, kawan ke, pilihan mak bapak ke..tak kesahlah pun kau siapa.. Mai la kaih! Sebab Ratu nak orang sayang and cintakan Ratu and Ratu nak bagi cinta and sayang ni kepada suami je...Ratu tak nak dibelenggu rasa yang bukan-bukan... Ratu nak rasa yang pasti mendapat redha dan berkat setiap kali saya katakan, setiap kali saya zahirkan, setiap kali saya simpan, setiap kali saya perlakukan.. Rasa tu sentiasa dihujani dengan pahala...Ratu nak dipimpin dan dibimbing..Ratu nak selamat dalam baitul muslim.. Ratu nak pelihara kehormatan diri.. Ratu nak kahwin~ (T_T)

Macam desperate kan...Tak desperate.. sebab tu... Ratu selalu tanya satu soalan cepu cemas kepada diri sendiri sebelum Ratu ambil keputusan menerima pinangan (sekiranya ada)..
"Bersediakah Ratu?"

Maka Ratu, persiapakan lah dirimu..Berdoalah diri yang lemah dan serba kekurangan ni menjadi pelengkap seorang lelaki muslim yang beriman dan beramal soleh supaya tidak pincang baitul muslim ku nanti. Yakinlah Ratu...Yakinlah dengan jodoh yang Allah tetapkan..

apa aku merepek pun tak tahu la... melalut je..entah mana poin, mana support, mana contoh aku tak tahulah...kan dah cakap tadi, tak reti nak tulis soal hati...!

Bye!

p/s: 1) Adik saya akan ke Mesir nanti :'(
      2) Ketua organisasi saya benci saya sebab saya benci dia..
      3) Dia dah tak ada dengan saya. Cinta saja tak cukup. Haluan masing-maisng dah berbeza
      4) Saya nak kahwin
      4)



Thursday, November 1, 2012

Apa Yang Awak Pandang Sehingga Awak Mahu Menikahi Saya? (#2)


Assalamualaikum..

sambungan Apa Yang Awak Pandang Sehingga Awak Mahu Menikahi Saya? (#2)

******************************


"...macam ni...kita mula dari bawah lah k.."
Nak mula dari bawah, tapi nak mula cakap macam mana ye..?
"Ermm.."

"Rileks Nisa...Keep calm and tell me"
Wah speaking keep calm ustaz ni! Dah la gaya macam memujuk je. Tapi, oke lah, saya makin bertenang lepas dia cakap macam tu. Hee

"Baiklah..Tentang RUPA.. Kat luar sana tu masih ramai yang cantik lagi jelita. Dan saya tak pasti saya di gred yang ke berapa..Kalau awak rasa saya cantik, Alhamdulillah, tapi lambat laun kulit mulus akan menjadi kerut dan kulit lembut akan berkedut..Tapi.. InsyaAllah..dari muka tak seberapa ini juga yang akan menghadiahkan senyuman manis buat suami di setiap hari..menenangkan hati dan menjadi qurratu aini....hurmm"

Nafas dihembus keluar sehingga bunyinya jelas terdengar. Masa untuk mengumpul kekuatan untuk menghela nafas untuk poin yang kedua pula.

"Tentang HARTA. Segala harta dan kesenangan yang saya ada ni, bukan saya punya pun. Semuanya hasil titik peluh mama abah. Mama abah yang bagi duit. Cukup-cukup je untuk perut saya makan. Sikit-sikit sahaja datangnya dari usaha saya. Tu pun duit scholar. Tu pun, cepat je habis, macam air mengalir. Nak compare dengan awak, family awak orang-orang berada, terlanjur kaya mungkin,walaupun kalian hidup serba sederhana. Awak dah habis belajar, dah ada kerja tetap jadi pensyarah, kerja sambilan selaku ustaz bahasa dan mengaji pun ada. Saya ni, masa depan saya masih samar-samar lagi. Nama je belajar law, macam lah gah sangat, tapi belum tentu jadi peguam. Tak tahu lah apa pangkat dan darjat yang bakal saya ada. Entah-entah, tak ada langsung.."

Mazlan cuma tersenyum mendengar percakapan aku. Aku memang langsung tidak mengharapkan respon dari dia. Biarlah aku habis bercakap dulu. Tak mahu dia interfere.

"Ketiga, KETURUNAN. Kalau melihat dari segi keturunan pulak, keluarga saya biasa-biasa saja. Walaupun serba mampu, kadang-kadang mama abah sengaja biar kami kenal erti susah dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tak ada genetik anak kembar dalam keluarga, muka pun biasa-biasa je. Besar kemungkinan kalau kita kahwin, ada kemungkin anak takkan ada lesung pipit, kulit gelap, dan mewarisi masalah rabun."

Mazlan tergelak kecil. Aku tak hirau pun. Aku teruskan juga.

"Tapi Alhamdulillah, tak ada lagi penyakit-penyakit kronik yang runs in the family. Wallahualam, minta dijauhkan. Harap-harap semua sihat walafiat. Tapi tu tak bermakna tak perlu buat check up sebelum kahwin taw? Dan Alhamdulillah, keturunan kami kesleuruhannya semua baik-baik InsyaAllah. Keluarga kami bahagia walaupun banyak liku dan noda. InsyaAllah kami semua berusaha menggapai jannah.."

Mazlan masih lagi menongkat dagu, setia mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut saya walaupun matanya hanya menuju ke arah straw air di depan ku. Fokus sangat ustaz ni. Aku mengumpul lagi tenaga untuk poin terakhir. Poin paling utama!

"Dan yang terakhir? Agama awak?"
Tiba-tiba dia bersuara! Terkejut aku. Seolah-olah nilah poin yang ditunggu-tunggu. Macam sia-sia saja poin lain sebelum ni. Hati aku berdebar. Tiba-tiba aku teringat akan jawapan Al-Khawarizmi, ilmuwan Islam yang juga pakar Matematik apabila ditanya tentang nilai wanita terbaik. Jawapannya:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia dari keturunan yang baik-baik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia berharta, tambah lagi 0 = 100
Jika dia cantik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi
Jika tiada yang "1". Maka tiada yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

Aku jadi kaget. Aku tidak pasti berapa nilai aku. Aku khuatir apakah aku sama dengan sekelompok kosong? Kalau dapat 1 kira alhamdulillah la daripada tak ada langsung. Tapi satu itu adalah agama! Perkara yang paling aku rasa major problem kalau aku kahwin dengan Mazlan. Sebab aku sedar aku siapa.hurm..

"Tentang AGAMA pulak Mazlan.. Kalau awak melihat kepada agama saya,saya ni sejujur dan sebetul-betulnya, sumpah tak tipu lillahitaala, saya masih baaaaaanyak yang perlu belajar,masih baaaanyak yang belum tahu..Tapi saya cuba. Mungkin awak tak nampak. Tapi saya cuba untuk berubah. Saya dah mula pakai tudung tutup dada. Saya dah tak pakai baju singkat, baju kecik, baju ketat,semua saya bagi adik. Saya tengah biasakan pakai sarung tangan dan kaki. Saya janji takkan pergi kaeroke lagi dah. Takkan tengok wayang kecuali dengan adik beradik dan dengan izin mama abah. Mengaji selalu, tahajjud selalu,puasa sunat bila mampu. Saya nak orang kenal saya sebagai Annisa yang baik. Bila dah jadi isteri pun, saya akan jaga aib saya, sebab aib saya dah jadi aib suami saya, jaga nama baik suami saya. Jadi yang solehah, yang taat sebab suami lah tiket saya ke syurga. Dan tak lain tak bukan, saya mengharapkan didikan awak..err..maksud saya, suami saya. Sebab belum tentu lagi awak kan... Kerana kita sama-sama tahu, destinasi kita bukan duniawi tapi ukhrawi.."

Suasana diam seketika. Iman masih menunduk mendengar lagu. Konon tengah hayati la tu. Tapi Mazlan pandangan dia yang fokus tadi seperti diganggu, mata dia mengekori sesuatu yang dari belakang saya. Ada 2 pelayan wanita yang datang membawa dulang. Oh! Makanan sampai rupanya. Mazlan menolong pelayan menyambut dan meletakkan sajian di atas meja. Aku hanya menolak-nolak pinggan dan segala hiasan yang ada untuk memberi ruang di atas meja. Aku mencuri mengintai muka Mazlan di sebalik tangan-tangan mereka yang bergerak-gerak. Takkan tak ada respon pun? Penat aku cakap,dengan huraian dan contoh yang lengkap, tak ada respon? Eee...sedihnya!

Selesai hidangan elok tersaji. Mata aku masih tertacap kepada wajah Mazlan. Bukan nak zina mata, tapi memandang dengan penuh harapan.

“Jemputlah makan..Iman, tinggal dulu mp3 tu, kita makan meh”

Tu je? Nampak makanan je terus buat dunno? Ustaz Mazlan…salah ke respon sikit…? Kecewa betul rasa. Ke dia dah tak sudi? Aku dah agak dah.  Aku dah agak dah. Aku ni sekelompok kosong saja! Aku hanya menunduk. Tiba-tiba rasa diri ni kecil kerdil dan useless.

“Akak…apa lagi, isi la nasi kat Bang Lan”
Terkejut aku dari lamunan. Tak perasan langsung bakul nasi dan pinggan semua ada dekat dengan aku.

“Oh..sorry sorry..sekejap” 
Cepat-cepat aku menyenduk nasi ke dalam pinggan.Hati masih lagi rasa terkilan. Tak ada respon?

"InsyaAllah saya suami awak Nisa..isilah nasi tu..kena biasakan selalu nanti"
Terbeliak mata aku. Tangan pun jadi terhenti. Aku nak mengangkat muka tengok muka Mazlan waktu dia ucapkan kata-kata tu. Tapi, betul ke dia ada cakap? Ke halusinasi je?

“Ecece..Tergamam letew..”
Iman mencelah. Aku kembali tersedar. Jadi betullah lah Mazlan ada cakap! Aku hanya tersenyum menyambung menyenduk nasi.

"Cukup?" 
Soal ku, sambil menunjukkan nasi di pinggan Mazlan.Pandangan ku masih lagi tunduk. Aku tak mampu nak mengangkat muka, takut hati berbunga-bunga sangat! Betul lah kan? Kata-kata dia tadi menunjukkan reaksi positif yang dia still terima saya? Betul lah kan? Kan?

"Nisa.."

"Ye.."
Panggilan tu seolah-olah memaksa aku melemparkan pandangan. Secara tak sedar, automatik kepala aku mendongak ke arah Mazlan.

"Cukup InsyaAllah. Kalau tak nanti tambah lagi"
Jawabnya sambil tersenyum.Sekejap sahaja senyumnya lantas pandangannya dialihkan kepada lauk-lauk di atas meja. Ai ustaz, pandai betul main jentik-jentik hati saya..

Aku membetulkan kedudukan selepas selesai menyenduk nasi ke dalam pinggan sendiri.Fikiran aku tak tahu sudah ke mana. Jasad je ni yang ada kat sini!

"Aii akak..Iman tak tolong sendukkan? Dah invisible dah Iman..?"

Ya Allah adik aku!

"Astaghfirullah! Sorry Iman..macam mana lah akak boleh terlupa..sorry sorry"
"hmph..Mengelamun.. Ni baru Iman je yang ada kat sini..Nanti dah kahwin habis la lupa keluarga"

Mazlan hanya tergelak. Aku jadi malu. Nampak sangat Nisa.. Nampak sangat awak dah di awang-awangan.

"InsyaAllah dia akan ingat keluarga selalu. Kalau dia lupa, Bang Lan akan ingatkan"
Mazlan tersenyum. Kata-kata dia walaupun ringkas, tapi cukup. Cukup sangat. Cukup untuk buat aku tahu dan yakin, 2 minggu dan seterusnya masih ada lagi buat Annisa dan Mazlan!
Tapi..tak..tak cukup. Aku nak dengar yang izhar halqi. Yang nyata dan jelas.
Kali ni biar lah Iman dengar. Biar dia jadi saksi.

"Ermm..Awak..tentang 4 perkara tadi..ermm..Awak tak nak respon apa-apa ke?"

Mazlan hanya tersenyum. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Eh eh. Tak ada respon apa-apa? Sekali lagi saya ulang, panjang lebar aku cakap lengkap dengan huraian dan contoh, tak ada respon apa-apa?

"Nisa, saya kenal awak dari ummi walid saya, dari ibu bapa dan keluarga awak, dari kawan-kawan awak. Saya tak tengok awak, tak bercakap dengan awak, tapi saya perlu tahu bagaimana bakal isteri saya. Dulu saya ragu-ragu, tapi yang pasti saya bertambah yakin dengan keputusan ni. Saya makin tenang dan redha dengan pilihan ummi walid lepas dengar apa yang awak cakap."


Pandangannya sungguh menyenangkan. Keikhlasan terpancar  jelas dari matanya. He meant everything he said. Leganya MasyaAllah

"Saya tak mencari yang sempurna Nisa, cukuplah seorang yang mahu berubah, mahu mennyempurnakan imannya, mahu setia dengan saya menjadi isteri solehah dan mithali. InsyaAllah. Saya akan bimbing sebaik saya. Kelebihan awak sudah lebih dari cukup untuk saya, kekurangan awak, menjadi tugas buat saya untuk perbaiki. InsyaAllah kita akan sama-sama cuba bina keluarga bahagia."


Mata Iman tadi terkebil-kebil..Mungkin tak sangka dia dibiarkan bebas mendengar perbualan orang nak kahwin ni.

"Dah..jom makan..Kita ada banyak lagi masa nak sembang lepas ni. Lagi seminggu kan?"
"Eh..2 minggu la!"
Seminggu ke? Jangan la kata seminggu~ Betul lah kan,tarikhnya 16 November..?

"Apa la ustaz Mazlan ni, tak sabar-sabar"
Iman pula yang menjawab.

"Haha...tak adalah saya main-main je..Saja nak test..Hehe.. Dah, jom. Makan. Saya baca doa..Bismillah.."

Aku hanya tersenyum melirik. Tangan ditadah memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang sedia terhidang. Allah Maha Mengetahui,rasa syukur ku ini ku panjatkan sekali atas insan yang bakal menjadi suami ku ini. InsyaAllah.

Rasulullah bersabda maksudnya: 
“Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah bersabda lagi maksudnya: 
“Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Mudah-mudahan Mazlan yang ini terimalah diri ini sebagai zawjahnya seadanya..Tiada apa yang istimewa pada diri ini melainkan dia yang melihatnya sebagai istimewa..dan didiklah diri ni menjadi seperti mana yang dia mahu anak-anaknya di didik oleh ku..InsyaAllah 'Usrati Jannati' selayaknya yang kita bakal bina..

Oke dah! Makan..Selera sangat-sangat dah ni. Hehe..


*****************************
Sekian, TAMAT :)


Bye! Assalamualaikum :)

Sunday, October 28, 2012

Apa Yang Awak Pandang Sehingga Awak Mahu Menikahi Saya? (#1)

Assalamualaikum..



Cahaya suram yang menyirami meja makan yang sepatutnya menimbulkan susana romantik menjadikan gaya bahasa paradoks lebih sesuai diadaptasikan pada permulaan cerita ini. Suasana agak janggal pada 'candle-light' dinner pertama aku dan tunang ku di Restoran Putera Ayu, Padang Jawa. Dating kami buat pertama kalinya setelah 3 bulan mengikat tali pertunangan. Lagi 2 minggu dah nak nikah. Macam bullet hidup aku. Laju aje. Atas dasar menjaga batas, pertemuaan pertama kali ini ditemani adik lelaki ku yang berusia 17 tahun. Cukup gagah untuk melindungiku sekiranya ada perkara buruk yang berlaku antara kami berdua. Manalah tahu kot-kot emosi melepasi takat didih akibat perkahwinan yang dirancang sehingga menggelegak, melimpah di meja makan. Tapi aku yakin, mana mungkin ustaz al-tahfiz lulusan Universiti Al-Azhar depan aku ni boleh sampai ke tahap macam tu. Apa orang kata? Assobru Minal Iman? Yeah. Sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau marah orang berilmu dan beramal ini pasti ada caranya. Bukan di hadapan makanan.

"Oke ke dengan lauk saya pilih?"
Tomyam ayam, sayur kailan masak ikan masin, buttermilk chicken, sotong celup tepung dan telur dadar. Cukup menyelerakan. Tapi sayang, tekak ni terasa masin sangat. Bagilah Haagen Dasz pun, mana mungkin terasa nikmatnya, kalau macam nilah situasi gabranya.

"Oke. Saya makan je semua."
Jawabku ringkas sambil menelan air liur. Pergh! Masin.

"Abah awak kata awak allergic dengan seafood, nanti kalau nak makan sotong jangan lupa ambil ubat sekali."
Wah! Prihatinnya.

"Takpe, akak nama je allergic, tapi semua dia makan. Dia simpan ubat dalam handbag dia."
Celah adikku Iman. Aku hanya tersenyum. Sedikit rasa macam dia ni kacau line pulak. Kalau semua dia nak tolong jawabkan, alamatnya lepas nikah ajelah kami bercakap!

"Baguslah macam tu."

"Bang Lan, Kak Nisa, Iman nak pergi supermarket sebelah kejap, nak beli topup. Nanti kalau makanan sampai Iman tak ada, call taw!"

Aaaahh sudah! Iman!! Janganlah tinggal akak!

"Bang Lan tengok-tengokkan akak tau. Jangan buat bukan-bukan.."
Adik ku berlalu sambil menjeling. Habislah, 'orang ketiga' dah tak ada! 'Orang ketiga' yang lain pulak yang datang!

"Ye lah. Abang jaga."
Sambil ketawa kecil jawab beliau. Aku hanya mampu tersenyum kelat menyembunyikan hati yang gundah gelana.

Aku hanya tunduk membelek beg tangan yang sebenarnya tak ada apa-apa pun! Tapi aku belek juga pura-pura sibuk. Aku tak tahu nak mulakan bicara. Aku tak tahu nak pandang macam mana? Senyum macam mana? Ketawa macam mana? Tunang aku ni bukan calang-calang orang. Ustaz! Aku ni? Anak ustaz! Tapi..aku tak adalah mewarisi ciri-ciri tu sangat. Ye lah, iman kan tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa~

"Annisa. Sedap nama awak."

Gulp! Seketul garam laut menuruni tekak aku. Tersekat-sekat.
Aku hanya mempu memberi rekasi senyum segaris 0.5 saat dan kembali menunduk, kali ni aku letakkan handbag ke belakang badan ku.

Oke lah, mari bersembang Mohd Noor Mazlan.

"Terima kasih. Annisa tu maksudnya perempuan,lemah lembut, mesra."

Errqq...Annisa! Apa awak buat ni? Apa yang awak cuba katakan ni? Adakah aku sedang berlagak dengan nama aku sendiri? Berlagak pandai mentafsir nama sendiri? Tapi memang Google kata tu maksud nama aku pun! Tapi Annisa..tak perlu pun. Mazlan tu ustaz, dia tahu lah Annisa tu maksudnya apa. Nama surah no 4 dalam Al-Quran pulak tu! Kan lulusan Universiti Al-Azhar~

"Memang sesuailah dengan awak."
"Ermm...Alhamdulillah kalau awak cakap macam tu. "

Pheww.. Stressnya tak tahu nak react macam mana. Suasana sunyi seketika. Lama pulak Si Iman ni beli topup. Beli ke buat?

"Nisa..Saya ke tandas sekejap ye. Awak, duduk sini..Jagakan meja ya? Haha"

Itu lawak ke apa? Aku sepatutnya gelak? Oke fine, so itu lawak seorang ustaz.

"Haha. Oke pergilah."
Tak sure ikhlas atau tak, tapi itu memang reaksi spontan aku. Cuma bila sekarang aku taip, aku rasa pelik kenapa aku boleh react untuk lawak macam tu.

Oke sambung.

Apa yang ada pada aku gadis biasa ni sehinggakan ustaz seperti dia langsung tak menolak apabila dipadankan dengan aku? Memang aku mahu berkahwin muda. Aku sangat suka berangan kahwin, ada anak, ada suami handsome, mengandung, grocery shopping dengan suami, main-main dengan anak-anak dan suami kat taman, iulah inilah. Cumanya aku rasa mencari seorang suami itu payah bagi aku! Aku tak nak kapel! Nak terus ada suami. Nak suami pulak yang baik-baik, warak,beragama.

Aku tak mintak banyak pun. Yang tak tinggal solat, tahu mengaji boleh bimbing aku dan anak-anak dan tak merokok. Itu je. Tapi aku langsung tak expect abah akan carikan sehebat ni! Dan yang peliknya, mahu pulak si Ustaz ni dipadankan dengan aku.

Ye lah, aku ni siapa? Takkan kerana aku ni anak ustaz, dia boleh terus terima. Aku bukannya pakai tudung bidang 60 pun, sarung kaki dan sarung tangan pun baru berjinak-jinak nak pakai. Al-Quran pun masih Oh My Tajwid lagi. Dia ustaz, sepatutnya dia deserve better dari aku ni. Kalau tak berniqab pun paling-paling bertudung labuh at least. Sopan santun, tak pakai jeans, tak pernah kapel macam aku ni haa..suci! Tapi...dah dia tak bantah...dia sendiri yang terima. Aku apa lagi. Ustaz kot. Macam-macam dia boleh ajar aku, cerah masa depan keturunan aku!


"Ishhh!! Stress!"
Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal sampai habis rosak muncung tegak tudung aku..

"Nisa..Kenapa tu?"

Aku tak perasan bila Mazlan sampai dari belakang. Yang pasti, dia nampak aku mengetuk meja akibat terlalu runsing fikirkan dirinya.

"Err..tak ada apa-apa.."

Mazlan duduk di kerusinya yang menghadap betul-betul depan aku. Seolah-oleh kerusi tu memang sudah melekat betul-betul depan muka aku tidak kurang 0.01mm pun.

Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja dan menggenggam kedua-dua belah tangannya diantara jari jemari dan menongkat dagu.

Pergh! Handsome! Habis bercahaya mukanya. Silau!

Segera aku menundukkan pandangan. Istighfar istighfar. Belum suami isteri lagi..Bimbang nanti jadi dosa. Tak lama, 2 minggu je lagi. Haha..nakal nakal

"Nisa.. Saya tak paksa awak terima saya. Dan saya pun tak terpaksa menerima awak. Saya ikhlas sekiranya ummi dan walid saya mahu menantukan awak. Saya utamakan kebahagian mereka sebab saya yakin kebahagian saya akan menyusul kemudiannya. Kalau awak tak rela dijodohkan macam ni, beritahu saja. Jangan pendam. Soal munakahat ni bukan boleh buat main. Kita masih baru lagi. Masih sempat nak 'U-turn'. Awak yakin dengan keputusan awak ni?"

"Eyh tak! Bukan macam tu!"
Wah laju je menafikan. Nampak sangat nak kahwin dengan ustaz.

Suara Nisa yang tadi tinggi dikecilkan sedikit. Nisa menghela nafas panjang. Apa-apa pun, perkara ni perlu dibincangkan sebelum ijab qabul.

"Bukan apa awak.. Saya ni nama je anak ustaz, tapi awak tengok saya, tak macam anak ustaz pun kan. Saya hidup dalam persekitaran serba moden sejak jauh dari rumah, awak yang lebih mampu pun hidup serba sederhana dari saya. Saya tak mendalami agama macam awak. Saya berkawan dengan macam-macam jenis orang. Saya pernah pakai pakaian yang kurang manis pada pandangan lelaki. Saya pernah bercinta. Saya banyak buat silap di usia remaja. Apa yang awak tengok sekarang ni..inilah hasil usaha saya yang sedikit untuk berubah. Saya masih belajar. Banyak lagi kena belajar! Masih belum layak untuk awak. Sekufu ke kita? Layak ke saya dipadankan dengan awak? Awak tu, yakin ke dengan keputusan awak ni?"

"Nisa tahu tentang empat perkara yang menjadi sebab perempuan itu dinikahi?"

"Tahu..Agama,keturunan, harta dan rupa. Kan?"

"Betul.."

Since you brought it up Mazlan. Mungkin lebih elok kalau saya terangkan satu persatu status saya..Bisik aku dalam hati.

"Ermm..awak..saya ni.."

"Tak sampai lagi makanan?"
Belum sempat nak sesi luahan...Adik Iman dah sampai. Kacau! Kalau mintak tolong dia belikan topup lagi agak-agak boleh tak? Dia duduk sambil mukanya monyok tiada makana yang terhidang di meja. Muka aku monyok dia nampak tak agak-agak?

"Lambatnya..lapar dah. Hurmm..Akak, Iman nak pinjam MP3."
Bagus! Dia faham signal mata aku! Boleh dik..boleh...

"Nah..sabar la..kejap lagi sampai la tu."
Pura-pura cool sedangkan ini adalah taktik untuk aku dan Mazlan terus berbicara. Lepas sahaja punat di mp3 itu bercahaya dan aku yakin telinga Iman sudah tersumbat dengan bunyi lain..Aku menghela nafas panjang..ditariknya dalam-dalam, sambil mengumpul kekuatan dan menyusun ayat.

"Apa Nisa nak cakap tadi..?"

"Ermm..Macam ni Mazlan.."






***************************

...bersambung..
jangan risau, yang ni ada 2 episode je :)

Bye!


Saturday, October 27, 2012

Buat Dia Yang Memberi Harapan, Semoga Bahagia Bersama Yang Lain

Assalamualaikum..




Aku fikir jarak lah yang akan mematangkan kita..menguji kesetiaan dan kesabaran kita.. Ternyata jarak juga lah yang akan menentukan titik akhir harapan yang ada... 
Yakin dengan ketentuanNya...insyaAllah semuanya baik baik saja...

Saya ada satu kisah cinta. Sebelum saya mula, saya nak kata, saya bukanlah perempuan suci sangat tak pernah bercinta. Saya pernah buat silap sepanjang hidup saya. Kita semua pernah, sebab kita bukannya maksum. Ye dak? I will have to admit that bercinta adalah salah satu dari silap dan dosa saya.

Jadi kisah cinta ini, satu daripada 3 yang saya akan kenang sampai bila-bila. Sebab sepanjang hidup saya, cuma ada 3 lelaki ajnabi yang pernah saya jatuh cinta. pergh ayat.

Saya nak cerita tentang nombor 2. Cinta yang ini saya tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi ya, ianya cinta. Cinta ini mungkin tersasar dari syarak dan jalanNya..Tapi InsyaAllah, cinta ini ada hikmahnya kenapa bermula, dan kenapa berakhir. Sebab cerita ini tak dapat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Sebab orang takkan faham. Tapi sebab saya nak cerita, dan cuma tempat ini saja yang ada..jadi...izinkan saya bercerita.

Cinta yang ini steady je. Cinta matang I must say. Tak perlu contact 24/7. Tak perlu cakap I love you selalu, sebab masing-masing tahu. Tak perlu nak jumpa sangat. Tak kongkong. Matang la jugak..Cuma orangnya je tak matang. Saya lah orangnya. Merajuk tak tentu hala, nak attention lah, panas baran lah. Entah lah, sekarang since dah tak ada apa-apa saya mulai lupa, apa sebenarnya yang berlaku antara kita? Kenapa kita tak teruskan? Kalau sukar teruskan, kenapa tidak ijab qabul saja?

And than I remembered...sebenarnya bukan tak sayang, bukan tak mahu teruskan...Tapi...ada halangan yang mendatang...hurmm..sayang..

Mama abah saya selalu saja kata...
"Anak-anak jangan sembunyi benda dari ibu bapa, sebab macam mana-mana pun, Allah akan tunjukkan juga"
And so memang lah. Kalau dah mama yang cakap tu, ibarat kunfayakun jugak lah. Saya ibarat kan saja ye...Ibarat..Sebab apa orang kata, doa mak ni tiada hijab dengan Allah? Haa..gitu lah..

Maka, pada suatu hari tu, hari jantung saya berdegup  kencang semacam, rasa lain semacam, hari tu jugalah Allah tunjukkan apa yang saya sembunyikan dari mama abah saya... apa dia? jeng jeng jeng..Allah tunjukkan yang saya ada boyfriend..

Zaman sekarang ni saya terpaksa mengaku memang ada keluarga yang ambil remeh soal boypren girlpren..mereka terlalu sporting dengan budaya-budaya ini. Tapi tidak dalam family saya. Kalau sebut CINTA sahaja mereka akan jadi kaget semacam, macam cuak lebih anak dia ni mengandung luar nikah ke apa kan.. 

Selalu mereka katakan, cinta di usia saya ini bukan untuk dilayan, ianya untuk dibendung dan dikawal. Begitulah kata-kata hikmat mak bapak ni..

Cuma...mungkin anaknya ini tidak reti mengawal...Maka kerana jahil dalam mengawal itulah saya silap menyerahkan hati saya kepada lelaki dengan cara yang salah iaitu bercinta. Langsung tak bangga dengan keadaan ini. Sebab apa? Menyesal lah. Saya bercinta sebab saya ada cita-cita untuk bersama dia suatu hari nanti. Menjadi yang sah dan halal...tapi tup tup..tak jadi apa pun.. Kesian suami saya nanti dia bukan first love..Maafkan saya ye future husband, walau di mana pun awak berada. By the way, bila awak nak datang...saya penat tunggu..hurmm..

Jadi berbalik kepada cerita tadi..lepas parents saye tahu, macam biasalah, kena lecture. Rasa diri ni derhaka gila, rasa macam tak guna, rasa berdosa, rasa macam kena boikot dari ahli keluarga. Sakit. Sakit sangat sampai dah rasa nak putus asa. Dan masa tu kita cuma ada dua pilihan. Tinggalkan apa yang parents kita tak redha, atau teruskan dan jauh dari redhaNya. Obviously, kita akan pilih family dan redha Allah.

Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha ibubapa...Aku tinggalkan cinta demi menggapai redhaNya.. Sayang...tapi cinta Illahi itu lebih bermakna..

Jadi begitulah..semuanya tak mudah..Bukan mudah jatuh cinta, susah lagi menyingkirkan rasa tu. Semuanya makan masa. Dan masa tu lah sengaja kita lahirkan rasa benci yang pada mulanya tak ada pun supaya mudah masa menelan rasa..

Sebab saya sendiri terikat, antara redha dan sayang. Bodoh ke saya untuk pilih sayang yang belum tentu boleh membawa saya ke syurga sedangkan redha itu pasti?

Maka...sekuel demi sekuel kronologi hidup saya dan dia hingga membawa kepada satu titik pengakhiran segalanya. Mesej tak berbalas, telefon yang tak berjawab, chat yang tak dilayan. Stalk demi stalk. Facebook friends yang di delete...password yang ditukar. Stalk berhenti dan putus asa barangkali?

Susah untuk saya bercerita panjang. Tapi saya akan terus bawa kalian ke kemuncak cerita ini. Iaitu 2 hari lepas. 

2 hari lepas saat hati saya hancur berkecai. Perasaan pernah dikhianati itu datang lagi dengan cara berbeza. Tiba-tiba luka lama kembali berdarah dengan luka yang lebih panjang sentimeternya, lebih dalam milimeter nya. Sakit lain macam. Sakitnya..sangat sakit.

Tak tahu bagaimana nak mula. Tapi masa waktu semuanya terpampang di depan mata saya.. Saya sedar..yang jauh dari sudut hati saya...Harapan itu masih ada. Tapi..mungkin sudah tiada bila hakikatnya dia sudah putus asa. 

Masa itulah semua kenangan bermain wayang di depan mata. Semua kata-kata yang pernah diucap seakan-akan berbisik di telinga. Semua impian runtuh seruntuh-runtuhnya. Tinggal debu yang kian menyesakkan dada.

"Awak lah muka perempuan pertama yang saya akan snap guna kamera ni"
"Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Saya teringin sangat nak pergi dengan awak"
"Pelan rumah kita dah siap, kalau awak nak tengok nanti saya tunjuk"

Macam mana saya nak cakap ye? Rasa ni..kecewa...tapi tak boleh. Sebab silap sendiri...Saya yang berhenti berusaha pada awalnya. Saya yang memohon dia putus asa. Saya yang buat die berhenti mencuba. Semuanya sedar atau tak sedar,saya yang minta. 

Dan waktu itu...saya lihat..dia bahagia. Saya lihat impian kami, tapi bukan saya yang bersamanya.. Masa itu lah..empangan pecah. Air mata berguguran bak air terjun..Tak mampu dan tak sanggup..Dan saya cuma boleh menangis..menangis..dan menangis sampai penat. Menyesalkah aku? Menyesalkah aku dengan keputusan untuk membiarkan dia terdedah kepada pilihan selain aku? Bodohkah aku?

Tak boleh tak boleh. Aku sama sekali tak boleh rasa macam ni. Seolah-olah menyalahkan ibu bapa aku. Menyalahkan keputusan yang aku ambil sedangkan redha itu jauh lebih penting.

Tapi sebenarnya...tidak jujurkah dia masa dia katakan dia akan berubah dan mencuba tahun depan? Tahun depan yang tinggal lagi beberapa bulan. Dia tak tahu ke dalam diri ni ada terselit harapan tu? Mungkin dia tak tahu, sebab sikap aku mengenepikan dia wajar buat dia berputus asa. Dia tak salah. Langsung tak salah! Yang salahnya aku!

Allah..jangan sampai aku menyesal, aku tak mahu jadikan matlamat aku untuk mendapat redhaMu ini suatu bebanan..aku mahu melihat perpisahan ini jalan yang terbaik untukku...Oleh itu bukakanlah jalan seluas-luasnya, untuk aku mendapatkan hikmah sebaik-baiknya.. 
Memang cukup lama aku tinggalkan dia. Mungkin dia sudah berputus asa. Terang lagi bersuluh aku langsung tak tunjuk yang aku mahu, yang aku sedang persiapkan diri, tidak bertanya tentang persiapan dia, membiarkan dia bergerak sendiri dengan hidupnya..Mengharap dia akan kembali bila dah ready..

Mungkin kerana aku berharap..tapi terlupa untuk meminta dan berdoa...Aku mahu tapi terlupa untuk redha dan tawakal..Mungkin kerana itu maka wajarlah ini yang aku terima..

Sebelum ini aku meminta-minta aku dilupa..sekarang...giliran aku pula yang harus lupakan dia.. Biarlah..mungkin memang ini caranya.. 

Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya harapkan yang terbaik dari Allah.. itu sahaja..Awak..awak berhak untuk buat apa sahaja yang awak buat sekarang. Saya adalah masa silam awak. Dan masa silam itu perkara paling jauh dengan kita. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak dan kawan-kawan yang lain.

Kalau bercinta lagi, cintalah sejujurnya. Jangan buat kat dia macam awak buat kat saya. Jangan biar dia rasa apa saya rasa. Hargai dia walau sekecil mana usaha dia. Dan yang paling penting, haram bercinta tanpa niat mahu menikah. Kalau tak nak, tinggalkan calon isteri orang lain, jangan diganggu perempuan hanya untuk main-main.

Pada mulanya saya fikir, mungkin saya boleh bersaing dengan dia untuk mendapatkan awak. Tapi saya rasa itu tidak adil. Kenapa saya nak bersaing untuk rasa cinta yang Allah sendiri akan bagi kepada sesiapa yang Dia pilih? 

Saya kat sini, biar pun sedih, InsyaAllah dengan mensyukuri setiap yang Allah bagi, bahagia. Saya dah pilih untuk menggapai redha ibubapa dan Allah. Takkan lah boleh jadi teruk akibatnya..kan?

Saya tak rasa pun awak akan baca ni dalam masa terdekat, ataupun awak mungkin tak akan baca langsung..Saya ingatkan saya akan still menangsi meratapi nasib putus harapan..tapi yeah. sampai di sini saya tulis, Saya lega. Semoga awak pun mendapat redhaNya sentiasa. Tak mahu ada dengki dan benci antara kita, saya cuma harap jodoh saya cepat sampai sebab saya tak sabar nak bahagia dengan dia. Mohon didoakan :)


"Hasbunallah wa ni' mal wakil- Cukuplah Allah bagiku dan Dia lah sebaik-baik wakil (untuk kita bertawakal)"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...