Showing posts with label angry bird. Show all posts
Showing posts with label angry bird. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Cakap Rawak#5 Musim Orang Clash Ye Sekarang?

Assalamualaikum..

Awwwhh...bosannya Ratu update pasal cinta lagi..cuba lah update cerpen penuh imaginasi miang, dan romantis kan? Ni asyik nak bagi komentar tak berasas melainkan berbekalkan emosi bersifat personal untuk bagi views on love. Boorrriinngg Ratu..

Oh tapi! Kalau yang cerpen itu on the way. Jangan risau. Bagi Ratu habis akad nikah dulu.
No. I mean bagi Ratu habis final dulu.

Anyway...Ratu tak tahulah kan kalau korang semua perasan ke tak. Tapi Ratu perasan lah kan.. mesti ada suatu masa tu yang kita rasa macam musim ni ramai orang couple. Musim ni ramai orang kahwin (ni biasa), musim ni pulak ramai orang break.To the extent Ratu perasan ada musim orang cerai!!  Perasan tak? Perasan tak? Ratu perasan!

Asal eyh? Adakah clash-menge'clash' dan dumped menge'dump' ni satu badi yang contagious? Hari ni aku break, esok lusa tengok, mesti kawan aku pulak break.. Selalu sangat terjadi...

Kadang-kadang aku boleh main bet dengan diri sendiri teka-teka lepas ni siapa pulak break. Haha. Loser gila bet dengan diri sendiri. Tak de life betul!

Mungkinkah ianya satu kitaran hidup di mana suatu konsep keadilan wujud apabila seseorang itu telah melaui fasa di'dumped atau menge'dumped' justeru kembali memegang status single, seseorang itu takkan menjadi the only one yang forever alone, sebab akan ada lagi yang telah atau bakal mengalami nasib yang sama. Mungkinkah?

Based on my observations and understanding, normally yang break sampai bermusim-musim ni happens to couple yang dah lama SIKIT. Cukup setahun ke, 9-10 bulan ke., bertahun-tahun tapi still tak ada ikatan lagi..haaa..mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada kadar ke'PUTUS'an pasangan haram ni. Wah! Haram uollss..Mulut jahat Ratu ni. I mean, pasangan yang tak ada ikatan yang sah. Lawan sah adalah? Yes..Pasangan Batal...tulah maksud Ratu..kwakwakwa

Tapi kan..tapi kan.. Sebenarnya ini semua adalah keseimbangan alam. I mean, maybe yang Ratu nampak people around Ratu mostly nye break up. Dah bertahun-tahun bercinta break-up, tunang putus, kahwin cerai. Anyway, this is an advice that may be helpful. I highly recommend that you guys yang mengalami proses seperti yang dinyatakan di atas menggunakan kaedah ni.

hehe


Tapi on the other side of the world where I didnt know, maybe ramai yang sedang berada di awang-awangan terbang dibawa bangau kerana angau, atau mungkin ada yang sedang dilamar di bawah sinar rembulan, mungkin juga sedang melangsungkan perkahwinan di Siam, atau tak lupa juga pasangan yang sedang bermadu asrama secara sah di bilik mereka (kihkihkih), tak kurang juga suami yang sedang menemani isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat atau menyambut kelahiran baru datang ke dunia ni. Siapa tahu?

Sebenarnya tak ada point pun update blog ni. Just nak buang masa korang 3-4 minit. Tu je. Tiba-tiba terfikir pulak nak update sembang gebang cakap rawak pasal benda ni sebab entah la. Ramai sangat agaknya kawan sekeliling yang sedang melaui proses dumped mengedumped ni. hurmm..entahlaa...

We shouldn't even bother with this whole in thing in the first place pun kan sebenarnya? Kenapa sibuk snagat nak pikio pasal love eww eww ni sekarang? We should focused on study and making preparation for ourselves. Cukup lengkap semua benda ,diri, harta dan peribadi yang layak menempuh gerbang perkahwinan then barulah pikir pasal nak menikah kan? Ouch. Terkena muka sendiri.

If we are not yet ready to get married, then why challenged yourself to fall in love with something that is unsure. Don't start what you can't finish.

Bye!





Wednesday, June 8, 2011

STATEMENT MINTAK PELEMPANG #2

Assalamualaikum..

Ratu ni bila marah comel macam Angry Bird kan?

Image source: Here

Enjoy this video..Permepuan ni cute..macam Ratu jugak.

Untuk tahu kenapa Statement Mintak pelempang :SINI


bye!
*muka innocent*

Tuesday, June 7, 2011

WW#1 Wordless Wednesday: Ahhhh! Its Angry Boids!


Assalamualaikum..
Its Wordless Wednesday Baby!!
And this is Ratu's first WW post evah! :)

Saturday, May 28, 2011

ANGRY BIRDS: Idea daripada fenomena selsema babi dan pepatah lama.

Assalamualaikum..
Hello people? Dah makan? Dah minum? Dah solat? haaa..kalau belum pegi solat dulu, nanti datang balik baca..oke?
Ready?
Angry Birds ni adalah satu game yang dibangunkan oleh Rovio, sebuah studio permainan milik Finland. Company ni sampai sanggup ambil risiko tolak projek dan kontrak semata-mata nak kurangkan beban pekerja diorang untuk hasilkan satu game yang hit. Dan dalam banyak-banyak usul yang ada, salah satunya adalah gambar beberapa burung tidak bersayap yang sedang marah oleh Jaakko lisalo.
Suprisingly, they all liked the characters and decided to moved on with the idea of this bunch of angry birds walaupun pada mulanya mereka tak ada idea untuk konsep jenis apa yang mereka akan guna.  Menurut sumber yang tidak sah iaitu Wikipedia, pada asalnya angry birds ni tak ada musuh. Tapi bila konsep permainan mula dikenal pasti, mereka sampai kepada konklusi untuk jadikan babi sebagai musuh burung-burung ni bersempena dengan Selesema Babi yang menjadi ancaman di seluruh negara pada waktu (Tahun 2009). So kiranya membunuh babi adalah matlamat burung-burung yang marah ni. Dengan menggunakan lastik, pemain mesti bijak untuk lastik mengikut sudut yang sesuai untuk bunuh babi-babi ni.
Baby Babi, Babi Rempit pakai helmet, Babi Tua berhingus dan Babi Raja. 

Nampak tak muka sengih senyum malu-malu Babi dorang? ahhh!! Geram betul! Tapi memang lah, Ratu paling tak tahan bila dorang senyum. Lagi-lagi bila dah kena hentam, da lebam-lebam tapi tak mati-mati!! Lagi rasa tercabar nak bunuh, terus jadi addicted nak main sampai babi-babi ni mati!!! ugghhh~

Anyway, berbalik kepada cerita asal usul Angry Birds ni tadi. Mereka telah mengaplikasikan pepatah lama iaitu:
It has to be EASY TO pick up and PLAY but HARD TO MASTER 
Sebab tu lah kita nampak je macam senang nak lastik, tapi sebenarnya susah. Jadi no wonder lah ada macam-macam halangan. Binaan kayu, batu dan kaca yang pelbagai. Sangat sakit hati bila kita tengok binaan yang melindungi Babi tuh sebenarnya tak kukuh pun tapi susah gila nak roboh untuk bunuh babi tu kan??

Jadi bermula daripada situlah permainan ni tercipta. Asalnya game ni dijual di App Store dengan cuma $0.99 je. Murah gila! Tapi dalam masa 2 minggu, terus jadi hit No.1 di Finland. Dan semakin lama, semakin berkembang sampai lah ada version untuk Ipad, android bagai-bagai, nak cerita pun tak reti. Hee.
I totally agree with this chart. Hee

Dan ada pula special edition Angry Birds Rio, Angry Birds Seasons and Angry Birds Magic. So, untung gila lah depa kan? Strategi yang bijak, menjual dengan harga murah, untung yang banyak dan membuka peluang lebih besar.. Sekarang dah ada anak patung lah, baju tshirt lah macam-macam!

Oleh itu, sekian sahaja, karutan Ratu untuk kali ini. Main-main juga, kita kena tahu juga sikit-sikit asal usul dia walaupun tak penting. erkk.. :p

p/s: Angry Birds masih tak dapat lawan kegilaan Ratu terhadap Hello Kitty.weee~


source:
http://www.pcworld.com/article/206831/the_origins_of_angry_birds.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Angry_Birds
All images are taken from Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...