Sunday, December 22, 2013
IJAZAH PROFESIONAL
Assalamualaikum..
fuuhh..fuuhh...tudia aihh...
habuk, sawang, labah-labah 100 generasi dah beranak pinak..
Maafkan saya semua..
Menjadi seorang graduan Ijazah Undang-undang dan seorang pelajar Profesional Ijazah Undang-undang bukan mudah..
Kursus yang saya ambil sekarang ni adalah "simulated office"
Harus pergi kelas seawal 8 pagi untuk punch in, dan punch out jam 5.. Walaupun kelas cuma ada jam 2-4..
Setiap hari berpakaian hitam dan putih..
Kelas kami adalah firma kami..
Masing-masing punya cop dan nama..
Bawahnya bertulis "Advocate & Solicitor"
Setiap benda perlukan signature
Dalam satu plastik penuh cop "date" "certified true copy" "received" "salinan" macam-macam lah.
Ada masalah dengan firma, dengan rakan sekelas..macam-macam drama.
Sungguh...hidup belajar saya mirip alam pekerjaan seorang pegumcara dan peguambela
But I enjoy every single seconds of it.
Setiap hari macam sitkom.
Sebab untung, berada di 'middle class' yang otak masing-masing tak terlalu advance, tapi average, mudah untuk kami menjadikan suasana intense tu suatu yang... menggembirakan.
Tapi sungguh, saya sungguh penat belajar.
Penat sangat-sangat sebab ada hari lepas pukul 12 tengah malam pun ada di firma..
Buka tutup file. Semuanya perlukan ketelitian. Salah sikit,potong markah, habis tipis peluang nak dapat A walaupun sebenarnya kalau dilihat, semuanya adalah perkara mudah. Tapi sebab sendiri yang salah..
Tapi penat-penat pun sumpah demi Allah saya sayang mereka yang ada di sekeliling saya yang menyokong sepanjang satu semester ni *eh dah macam nak grad lagi sekali je..padahal ada lagi satu semester*
Tapi sebenarnya, satu semester ni banyak mengajar saya erti kesabaran
Erti persahabatan
Mana satu prioriti, mana satu keutamaan
Mana satu kepentingan, mana kemahuan
banyak sangat-sangat..bersyukur ALLAH ilhamkan saya memilih jalan ni
Allah permudahkan saya untuk setiap kesulitan yang saya hadapi
Allah bantu saya dan kawan-kawan
dan Allah tepis syaitan dari membiarkan saya lupa kebergantungan saya kepada Allah..
InsyaAllah,lepas final exam bulan satu tahun depan nanti..saya cuba lah habiskan Soulmate
saya cuba saya cuba
Sunday, May 5, 2013
CERPEN#2 Soulmate [Ep.6]
Assalamualaikum
Sambungan Soulmate Episode 5
“Apa yang kau orang tengok-tengok tu?”
Khairul turun dari fixie merahnya, menuju ke arah rakan-rakan ‘sepermainan’
fixie di Amphitheater berdekatan kolam renang UiTM. Kadang-kadang pemilik fixie
sekitar UiTM memang akan berkumpul di kawasan ni. Yang naik basikal hak milik
UiTM pun ada juga. Ada yang berlumba basikal, ada yang buat trik. Pemain tegar
roller skate dan skateboarding pun kadang-kadang turut serta melepak di kawasan
ni. Terpencil, bising pun orang tak hirau.
“Ni haa.. Hai bawak Sugar Glider” Azman menjawab
apabila 3 rakan yang lain leka bermain dengan binatang tu.
Sugar Glider? Teringat aku dengan Mila Hello Kitty tempoh hari.
Bukan main frust hilang Sugar Glider. Mana pulak Hai dapat Sugar Glider
ni. Khairul merapati Hai, melihat binatang kecil yang jinak berkeliaran di
sekeliling badan Hai. Kemudian melompat pula ke arah Azman apabila Hai memetik-metik
jarinya. Kemudian melompat ke arah tangan.. aku! Dia berlari naik turun tangan aku dari hujung jari ke atas bahu kemudian ke belakang badan. Jinak sangat!
Mujur aku memang dah terbiasa dengan binatang eksotik sebegini.
Teman sebilik aku tu, Iman, siapa tak kenal. Dalam bilik kami tu mahu ada dekat
4 buah sangkar. Sugar glider, kala jengking, landak dan kura-kura. Untung Iman
tu pembersih, setiap hari dia bangun awal bersihkan tempat tinggal mereka.
Kalau tak ada binatang-binatang tu dalam bilik, orang takkan perasan pun bau
bilik tu ada bau binatang. Sebab memang tak berbau pun!
“Eh! Comel nya. Mana kau dapat ni Hai?”
Aku mengusap lembut Sugar Glider yang memaut
baju di bahagian dada ku. Comel.
“Aku jumpa dalam beg dia ni masa aku nak pergi Fac Business hari tu.
Nyaris-nyaris je terlanggar. Nama dia Charlie”
Khairul memandang ke arah beg yang ditunjukkan Hai. Ada button Hello
Kitty yang dipinkan di atas nya. Sah! Sah! Ni si Mila comel tu punya.
“Hai..Kau jumpa benda ni dekat jalan
antara Fac Business dengan Fac Law, dekat library?”
“Haa.. yelah. Iman tak bagitahu kau?”
“Tak..Aku tak sempat jumpa dia sebelum dia pergi Site visit minggu
lepas. Mungkin dia lupa bagitahu”
Melihatkan beg itu sahaja, aku cukup
yakin, ni milik Mila. Aku ingat gambar sugar glider dan travel beg Beyby yang
pernah Mila tunjuk sewaktu kami makan tengahari sama-sama. Memang sebiji
seketul serupa tak ada tolok bandingnya! Ini bukan kebetulan ni, ini takdir!
“Hai..Ni
Beyby ni. Bukan Charlie. Hari tu aku ada terlanggar sorang budak Hello Kitty ni.
Mungkin beg ni tercicir masa aku langgar. Dia cari aku balik kata dia hilangkan
sugar glider dia. Tengok beg tu je aku tahu sangat, ni memang dia punya.”
“Haa..?”
Terkedu Hai. Khairul kenal siapa tuannya?
Mereka semua saling berpandangan. Suasana jadi senyap sepi. Walaupun dengan
bunyi riuh rendah orang lain yang beriadah di situ, mereka sekumpulan
seolah-olah berada di satu dimensi yang berlainan. Baru sebentar tadi Hai berbangga
memiliki seekor sugar glider setelah seminggu menjaganya. Dah siap beli sangkar
baru dah.
“Kenapa semua diam ni? Say something.” Suara Ikhwan memecah sunyi.
“Kau kenal tuan dia? Aku kena pulangkan lah ni?”
Akhirnya Hai bersuara dengan nada berat. Aku dan Charlie..kena berpisah?
Akhirnya Hai bersuara dengan nada berat. Aku dan Charlie..kena berpisah?
“Dah bukan kau punya Hai. Tuan dia pun jenuh mencari.”
“Siapa tuannya. Kau kenal? Ada contact
number dia?”
“Yang aku tahu nama gurl tu Amelia
Nasaruddin pelajar Jurusan Undang-undang. Itu je”
“Mana kau kenal dia?”
“Kan tadi aku dah cakap, aku terlangggar.
Mulanya dia ingat aku ambil binatang ni. Aku cakap tak. Dia suruh aku tolong
carikan. Binatang kecik ni aku nak cari tang mana? Tak sangka pulak kau, yang
duduk level 2 atas aku je, yang ambil. Seronok la tuan dia kalau tahu kau jaga
Beyby dia ni baik-baik.
“Ada can ke aku nak jumpa dia pulangkan
balik? Kau rasa dia nak lagi ke Charlie ni?”
“Barang orang, kita kena pulangkan Hai. Hari
tu ceramah dekat masjid tentang Maqasid Syariah (matlamat syariah) kau lupa?
Kita kena jaga harta orang Islam. Harta saudara kita. Hadis Riwayat Ahmad,
tidak halal seseorang untuk mengambil harta orang lain kecuali dengan izinnya.
Kita jumpa barang yang bukan milik kita, dalam masa setahun kita kena
hebahkan,. Kalau kita tak kenal siapa pemiliknya atau barangnya tak dituntut
baru boleh simpan. Bergantung juga atas barangnya apa. Tapi dalam kes ni,
sekarang kita sama-sama tahu Charlie kau ni ada tuan yang mencarinya. Nanti
kita cari mana nak jumpa budak tu”
Ada benarnya apa yang Khairul cakap.
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur itu kalau nak ikutkan cakapnya selalu sahaja berhikmah. Jarang sekali
yang salah. Kalau tak tahu dia akan bilang tak tahu. Tapi dia memang seperti
resmi padi, semakin berisi semakin tunduk orangnya.
“Ye lah..Memang betul apa kau cakap tu..” Hai memuncung mulut dan mengambil Charlie a.k.a Beyby yang masih
melekat di dada baju Khairul. Dia membelainya dan kemudian memasukkannya ke
dalam poket sweaternya. Binatang tu, mata dia, comel betul. Patutlah Mila suka. Memang kena betul dnegan gaya dia.
“Sayang kau ye kat binatang tu?” Tanya Khairul sedikit mengusik.
“Haruslah. Gigih aku menuntut ilmu
dengan Iman roommate kau tu. Tak apalah,dah bukan rezeki aku nak bela dia.
So..bila boleh pulangkan ni?”
***************************************************
“Cantik tak si Mila ni. Kau kata dia suka
Hello Kitty. Dengan bela Sugar glider nya. Aku macam boleh bayangkan dia tu
comel.”
“Haha”
Khairul hanya ketawa kecil. Nak mengiyakan
rasa macam tak kena pula. Nak menafikan, tak boleh juga. tapi ‘Hello Kitty’ tu
memang comel.
“Orangnya macam mana? Tinggi? Kurus?
Chubby? Putih? Sawo matang? Ke gempal-gempal, rendah tara aku dengan kau? Pakai
spek tak? Mesti pakai tudung kan?”
“Biasa je Hai. Perempuan semua cantik.
Bergantung atas kau tengok pada mukanya, atau hatinya. Asal hati dia oke, luar
dia pun oke.”
“Ke dia taste kau? Pakai tudung labuh,
baju Muslimah, manis-manis ayu, malu-malu?”
“Haha. Tak jugak. Dia mana pakai tudung pun.
Tapi orangnya baik je. Kalau kau kahwin dengan dia, touch up sikit, oke lah tu”
“Bunyi macam oke je. Mak aku tu memang
sibuk nak cari calon untuk aku. Untung-untung kahwin tak payah la berpisah
dengan Charlie. Haha”
“Hish. Berangan je kau.”
“Aku saja je cakap.Kita tak tahu, jodoh
aku mungkin datangnya cara macam ni.Cinta pada Sugar Glider dulu, baru dengan
tuannya.”
Kening Hai membuat gaya double jerk. Khairul hanya mengalihkan pandangannya. Malas nak dilayan aktiviti ‘perah
santan’ si Hai ni.
Tak susah sangat nak cari Amelia yang
ini. Jenuh juga search facebook ‘Amelia Nasaruddin’ tapi tak jumpa pun yang
rupa atau berciri-cirikan dia ikut apa yang aku tahu. Untung duduk satu blok
dengan budak unit beruniform di Teratai. Semua fakulti dari semua jurusan bersepah
dalam satu blok. Minta saja carikan yang Fakulti Undang-Undang dan tanyakan
kenal tak Amelia? Yang Hello Kitty tu? Senang je! Memang ternyata budaknya famous
dengan imej Hello Kitty di fakulti.
Mereka duduk di tangga Amphitheater pada
petang Isnin tu. Sudah dimesej pada facebook Mila menggunakan akaun facebook
rakan sekolej mereka merangkap senior Law Student Mila tentang meeting mereka jam
5 petang ni. Tak terlintas pula mahu bertanya no telefon Mila sewaktu mesej
dihantar. Nak ‘add friend’ guna akaun sendiri tak boleh. Akaunnya private.
Leceh pula nak mencari mutual friends. Harap-harap dia baca dan dapat
datang.
“Tu ke orangnya?” Hai melihat kelibat seorang perempuan memakai
skirt,baju denim serta berselendang merah jambu lembut menuruni tangga antara
jalan di Kolej Perindu ke Amphitheater.
“Eh jap.. Bukan kot. Kau kata tadi perempuan tu tak pakai tudung kan?”
“Bukan la tu”
“Oh.. Ingatkan ye. Lama jugak dia ni.
Entah-entah dia tak jadi datang tak? Atau dia tak bukak pun mesej tu lagi.
Atau..dia dah tak nak kat Charlie?”
“Tunggu la sekejap. Berbaik sangka je.
Entah-entah kelas dia habis lewat. Kalau dah lama sangat even lepas kita tahu
dia dah ‘seen’ mesej tu, kau simpan la Charlie kau tu kalau nak sangat. Tapi
setahun taw. Ingat tu”
“Ye la abe”
Mata Khairul tertacap kepada kelibat
seorang perempuan yang tersenyum berjalan menuju ke arah beliau. Perempuan
serba merah jambu tadi. Eh takkan lah..
“Assalamualaikum Khairul”
Perempuan tadi tersenyum berseri-seri.
Hai disebelah Khairul pula hanya melihat
kebingungan. Dalam masa yang sama juga, terpegun. Manis,lemah lembut betul
pekerti gadis ni. Walau dengan satu kata salam, surprisingly, sungguh
mempesonakan.
“Waalaikumsalam..Mila..”
Nada Khairul macam terkilan. Mila hanya
tersenyum. Pandangannya beralih ke arah Hai.
“Hai”
Tangannya melambai. Mesti ni lelaki yang
terambil Beyby aku.
“Eh.. mana tahu nama saya?” Tanya Hai.
“Ha? Apa nama awak? Tak tahu pun”
“Hai.”
“Haha.. Hai”
Mila hanya tersenyum
melambai kali kedua. Kenapa dengan dia ni? Kan aku dah ‘hai’ tadi.
“Nama dia Haikal. Orang panggil Hai”
Celah Khairul memperkenalkan kedua mereka.
“Oooh..Hai. Haha. Saya Mila”
“Hai, nilah Amelia tu. Tuan Sugar glider
tu”
Mila menadah tangan ke arah Hai. Seperti
telephaty, dia menghulur beg Charlie. A.k.a Beyby.
“Nah. Minta maaf. Terjumpa, tak berniat
nak ambil”
Mila membuka zip beg dan dilihatnya Beyby
seolah-olah seperti bayi kecil yang menunggu di muka pintu menanti kepulangan
ibu minta disusu.
“Beyby!” Jerit Mila kecil. Diusap-usapnya
binatang yang terlalu amat super duper dirinduinya.
“Thank you Hai sebab jaga dia baik-baik.
And thank you Khairul sebab tolong sampaikan”
Hai menghulurkan sebuah plastik berisi
keperluan Sugar Glider yang telah dia dapatkan 2 minggu lalu.
“Nah. Barang Charlie. Eh silap. Beyby”
“Charlie? Haha. Cutenya nama. Apa ni?”
“Barang dia, hari tu beli. Ingatkan lama
dapat jaga terus. Hurm. Takpelah. Saya halalkan semua.”
“Aiyo!! Banyak ni. Mahu telan beratus
jugak ni. Saya bayar balik lah k. Nanti bagitahu saya berapa”
“Eh takpe. Saya halalkan.”
“Tak..Saya bayar. Please. It’s the least
that I could do”
Khairul hanya memerhati Hai dan Mila. Main
tarik tali pulak nak ke tak nak bayar. Haih. Mila..Mila..Manis awak ni. Manis
awak bertudung.
“Khairul, awak join la sekali.”
Hah! Tersedar ku dari lamunan.
“Hah? Apa?”
“Esok dekat Burger Bakar Abang Burn
Seksyen 7. My Treat”
“Eh.. Apa pulak Cik Mila. Belanja Hai je
lah. Saya bukan ada kena mengena pun”
“I owe you too for causing all the
trouble. And your injured knee.”
“Eh. Benda kecik je Mila. Tak payah la”
“Rezeki jangan ditolak bro” Celah Hai.
“Betul. Betul. Betul. Please, I insist.
Segan saya nak makan berdua dengan Hai.
Jom lah sekali”
“Hurm. Oke lah macam tu. Esok petang ye?
InsyaAllah.”
“Oke…Saya mintak izin dulu ye.”
“Eh..Mila jalan kaki je ke? Duduk mana?”
“Dekat je dengan sini. Kolej Teratai 2”
“Eh! Laa..Kami Teratai 4. Tapi bukan
student badan beruniform pun. Mila unit beruniform apa kat Teratai 2?”
“Laa ye ke. Ermm. Saya.. PBSM je”
“Oh.. Hebat-hebat. Kalau sakit boleh cari
Mila la ni? Haha. Tak adalah. Tak adalah main-main je. Macam tu jalan sekali lah balik
dengan kita rang. One way je pun”
Ajak Hai.
“Tapi korang kan naik basikal. Takpe ke?”
“Boleh je. Tak ada masalah. 3 Minit je
pun jalan” Pujuk Khairul.
“Oke lah macam tu”
Hai dan Khairul berjalan sambil menuntun basikal menemani Mila. Khairul perasan Mila yang ini lain sikit dari dia kenal sebelum ni. Dia lebih
banyak menundukkan pandangan. Lebih senyum dari ketawa. Lebih merendah diri.
Lebih lembut berospan santun. Aku tidak lah kenal dia sangat, tapi first impression
aku masa mula-mula kenal dia dulu lain sangat bila compare dengan dia sekarang.
Jalan dia pun langkah kecil. Tu, yang tutup rambut tu. Tu lagi lain sangat! Macam aku kenal the whole different Mila in not more than 2 weeks. Hai yang
periang je banyak bercakap. Mila hanya mendengar,angguk dan respon sekadar
perlu. Mesra. Khairul di situ seolah-olah hanya peneman, walhal sebenarnya bukan
dia tidak mahu turut serta, dia pun orang yang ramah. Lagi pula Mila ni bukan
dia tak pernah jumpa. Siap makan, bersembang. But I still wonder, what happen
to the Mila he first met? Ke teguran aku begitu terkesan kepada dia?
“Khairul cakap awak tak pakai tudung.
Tiba-tiba tengok awak pakai tudung. Baru lagi ke? Sebab baru seminggu lebih awak
hilang Beyby kan?”
“Oh. Hihi... Khairul mesti pelik. Dari tadi
dia macam terkilan. Kan Khairul? Pelik tengok tiba-tiba saya dah pakai tudung?”
Kening Mila diangkat sebelah merenung tajam ke arah Khairul buat sesaat dua. Kiraan saat yang cukup untuk menjentik hati Khairul.
“Ha? Err..Agak la. Still tak boleh
‘brain’ lagi. Macam too sudden. Bila start pakai?”
Pertanyaan Hai awal-awal tadi membuka
peluang untuk dia meminta pejelasan yang sepatutnya dia tak patut tanyakan. Dah
Mila dah pakai tudung, Alhamdulillah lah. Nak Tanya apa lagi. Doakan je lah
kan?
"I would love to tell you why. But let's save it for tomorrow shall we..? Dah sampai dah pun Kolej korang. Saya pun ada hal jap lagi ni."
"Oh..boleh-boleh. Yeay, esok ada orang belanja. Bye Charlie.. Jumpa esok taw. Esok Mila bawa la dia sekali."
Pesan Hai. Tangannya macam mahu mencapai beg galas sugar glider tu tapi tak mampu dia nak mengusap Beyby sebab dah selamat tidur dalam bekas yang tersangkut di leher Mila. Tersilap raba kang..kena tempat lain plak. Lebih baik jangan.
"Mila balik dulu ye. Thanks korang. See you tomorrow. InsyaAllah..Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam"
Serentak mereka menjawab. Mila berlalu pergi tanpa teragak-agak. Langkah nya pantas meninggalakn 2 jejaka dibelakangnya. Khairul hnaya melihat Mila yang itu pergi..sekali lagi..sebagai Mila yang baru.
"Hoi Kerol... Tercegat apa lagi. Jom ah naik!"
Tak perasan bila Hai dah memulakan langkah menaiki tangga blok. Atau aku yang dah lama mengelamun menghantar pandangan ke arah Mila?
Khairul, berhenti lah pandang aku. Aku tahu kau pelik aku dah pakai tudung. Tapi, pandangan kau buat hati aku terusik lah! Hish! Pandang depan saja Mila, buat-buat tak perasan je Khairul tu. Kau tak tahu apa dalam fikiran dia masa pandang kau. Haish.. Astaghfirullah. Mila menarik-narik pakaiannya. Membetulkan takut-takut ada yang tak kena. Tenang, dan jalan saja. Esok jumpa, lain cerita
..bersambung
*gambar sumber dari Weheartit.com dan Google
Monday, February 25, 2013
Qalbi Sedih
Assalamualaikum..
Mungkin aku terlalu banyak merasa
Membiarkan kelopak mata dibasahi air mata
Membiarkan jiwa merana
Mungkin aku belum dapat 'closure' yang patut aku dapat
Mungkin 'sorry' , mungkin 'get over it', mungkin 'you can do it'
Tak cukup bagi seorang aku
Aku mahukan titik noktah
Aku mahu Bab ini dalam cerita seorang aku adalah Bab terakhir
Aku mahukan 'Tamat'
Aku mahu tutup buku dan simpan.
Oh tak! Aku mahu buang dan lupakan
Aku penat lah menanggung rasa
Aku penat nak kata pada diri sendiri
'Sudahla..Sudah la..'
'Bahagian kau nanti Allah bagi'
Ya, aku memang optimis
Tapi aku juga perfectionist
Kalau ada mulanya, biarlah ada akhirnya
Samalah macam tahi hidung
Aku tak suka biar tergantung
Aku nak orang yang tinggal aku
Betul-betul tinggalkan aku
Jangan datang balik tunjuk muka
Jentik hati kita
Kemudian blah pergi hujung dunia
Next time around
Agak-agak aku baru nak redha
Dia datang lagi
Tunjuk muka
Sengih tunjuk gigi..
Macam cakap dengan aku
'Oi..oi..Padan muka..padan muka'
Enjoy kau ye hidup mainkan qalbi aku
Kau fikir senang jadi seorang Ratu?
Aku ni perempuan
Yang bermata kaca
Tetapi berhati permata
Kau kena ingat...
Perempuan yang macam aku ni
Yang claim dirinya Ratu ni
Masih..
Masih setia
Masih Berharap
Tetapi..
Masih berusaha
Masih berdoa
Untuk lupakan kau
Dan teruskan hidup dengan orang-orang yang dia sayang
Yang takkan berputus asa dengan dia
Yang takkan tinggalkan dia
Setia menanti jodoh yang Allah tentukan
Yang dia tersangat nanti-nantikan..
p/s: Aku je ke yang rasa macam ni sedangkan kau bahagia?
Mungkin aku terlalu banyak merasa
Membiarkan kelopak mata dibasahi air mata
Membiarkan jiwa merana
Mungkin aku belum dapat 'closure' yang patut aku dapat
Mungkin 'sorry' , mungkin 'get over it', mungkin 'you can do it'
Tak cukup bagi seorang aku
Aku mahukan titik noktah
Aku mahu Bab ini dalam cerita seorang aku adalah Bab terakhir
Aku mahukan 'Tamat'
Aku mahu tutup buku dan simpan.
Oh tak! Aku mahu buang dan lupakan
Aku penat lah menanggung rasa
Aku penat nak kata pada diri sendiri
'Sudahla..Sudah la..'
'Bahagian kau nanti Allah bagi'
Ya, aku memang optimis
Tapi aku juga perfectionist
Kalau ada mulanya, biarlah ada akhirnya
Samalah macam tahi hidung
Aku tak suka biar tergantung
Aku nak orang yang tinggal aku
Betul-betul tinggalkan aku
Jangan datang balik tunjuk muka
Jentik hati kita
Kemudian blah pergi hujung dunia
Next time around
Agak-agak aku baru nak redha
Dia datang lagi
Tunjuk muka
Sengih tunjuk gigi..
Macam cakap dengan aku
'Oi..oi..Padan muka..padan muka'
Enjoy kau ye hidup mainkan qalbi aku
Kau fikir senang jadi seorang Ratu?
Aku ni perempuan
Yang bermata kaca
Tetapi berhati permata
Kau kena ingat...
Perempuan yang macam aku ni
Yang claim dirinya Ratu ni
Masih..
Masih setia
Masih Berharap
Tetapi..
Masih berusaha
Masih berdoa
Untuk lupakan kau
Dan teruskan hidup dengan orang-orang yang dia sayang
Yang takkan berputus asa dengan dia
Yang takkan tinggalkan dia
Setia menanti jodoh yang Allah tentukan
Yang dia tersangat nanti-nantikan..
p/s: Aku je ke yang rasa macam ni sedangkan kau bahagia?
Tuesday, December 4, 2012
Saya Akan Sayang Awak Sampai Rasa Itu Hilang Atau Nyawa Saya Melayang
Assalamualaikum..
Ratu sedang dalam konflik hati ni...Rasa nak nangis..tapi tak boleh nangis. Rasa macam nak pergi balik kepada masa silam, tapi belum ada orang invent time machine lagi..Rasa macam nak pergi ke suatu tempat nun di selatan Malaysia..tapi nak buat apa ye dak? Mencari damai yang hilang mungkin. Sebab kat sana kan ada Hello Kitty Town. ahaks. Tapi sana tu Johor...dan Johor tu... hurmm..Johor tu istimewa sampai saya tak sanggup nak jejak sana.
Oke whatever...bagaimana saya mahu cerita?
Hati saya sedang terluka ni...macam-macam betul lah! Penat ai yu tahu tak. Ai sampai da tak mampu nak jadi puitis menceritakan rasa.Kalau lah boleh cungkil hati ni macam cungkil isi rambutan hijau yang tersekat celah gigi, Ratu sanggup! Tapi hati dan isi rambutan tu jauh berbeza. Mana boleh sama!
Hurm...tengoklah. Ratu tulis sekarang... Belum sampai poin pun lagi..sebab tak tahu dah macam mana nak cakap. Kalau lah boleh hati saja yang cerita dan taip kan di blog ni. Mungkin saya boleh tidur lagi sekarang dan biar hati tu masuk dalam badan dengan sendiri... Aduhai.. Ratu Ratu...
Kenapa Ratu cakap lepas je Ratu? Kenapa Ratu tipu perasaan Ratu haa Ratu? Kenapa Ratu lepaskan sedangkan Ratu lebih dari mampu dan kuat untuk setia berpegang? Kenapa baru sekarang Ratu nak rasa kehilangan? Kenapa sekarang Ratu bersedih...?
Sebab Ratu tak tahu nak buat apa..Ratu tinggalkan semua dan pilih jalan mudah. Ratu dah bagi option dulu, tapi option tu tak available sehinggalah sekarang. Sehingga kau bersedia tetapi bersama si dia dan sehingga aku terhegeh-hegeh mencari kau. Ughh! Confusing kan?
Nak dijadikan cerita...urmmm..ceritanya...panjang ceirtanya! Kalau pendek, nanti jadi tak best... Perlu ke saya cerita? Tak perlukan? Nanti jadi seperti pengemis sang kasih pula. Tapi I just need some space to let it all out...
oke oke...Ratu cerita sikit..
Ratu masih sayang
Ratu nak pohon lagi 2 tahun..
Tapi Ratu terlambat beberapa bulan
Micheal Learns To Rock, ubah tajuk lagu.. "Few Months Too Late"
Semua salah Ratu
Kemudian Ratu tengok dia bahagia dengan orang lain
Dan Ratu jeles... Ratu sedih.. Tapi Ratu sedar, tu semua tak boleh
Orang yang mungkin bakal dia pinang
Sebab dia dah bersedia dan diterima kedatangannya
Dan saya...saya gagal.
Gagal menyatakan hasrat
Tak mampu berbuat apa-apa..
Saya hilang harapan..
Semuanya jadi tak kesampaian..
Jadi..saya mohon.. Hai Jodoh! Cepatlah sampai!! Dia ke, bukan dia ke, kawan ke, pilihan mak bapak ke..tak kesahlah pun kau siapa.. Mai la kaih! Sebab Ratu nak orang sayang and cintakan Ratu and Ratu nak bagi cinta and sayang ni kepada suami je...Ratu tak nak dibelenggu rasa yang bukan-bukan... Ratu nak rasa yang pasti mendapat redha dan berkat setiap kali saya katakan, setiap kali saya zahirkan, setiap kali saya simpan, setiap kali saya perlakukan.. Rasa tu sentiasa dihujani dengan pahala...Ratu nak dipimpin dan dibimbing..Ratu nak selamat dalam baitul muslim.. Ratu nak pelihara kehormatan diri.. Ratu nak kahwin~ (T_T)
Macam desperate kan...Tak desperate.. sebab tu... Ratu selalu tanya satu soalan cepu cemas kepada diri sendiri sebelum Ratu ambil keputusan menerima pinangan (sekiranya ada)..
"Bersediakah Ratu?"
Maka Ratu, persiapakan lah dirimu..Berdoalah diri yang lemah dan serba kekurangan ni menjadi pelengkap seorang lelaki muslim yang beriman dan beramal soleh supaya tidak pincang baitul muslim ku nanti. Yakinlah Ratu...Yakinlah dengan jodoh yang Allah tetapkan..
apa aku merepek pun tak tahu la... melalut je..entah mana poin, mana support, mana contoh aku tak tahulah...kan dah cakap tadi, tak reti nak tulis soal hati...!
Bye!
p/s: 1) Adik saya akan ke Mesir nanti :'(
2) Ketua organisasi saya benci saya sebab saya benci dia..
3) Dia dah tak ada dengan saya. Cinta saja tak cukup. Haluan masing-maisng dah berbeza
4) Saya nak kahwin
4)
Ratu sedang dalam konflik hati ni...Rasa nak nangis..tapi tak boleh nangis. Rasa macam nak pergi balik kepada masa silam, tapi belum ada orang invent time machine lagi..Rasa macam nak pergi ke suatu tempat nun di selatan Malaysia..tapi nak buat apa ye dak? Mencari damai yang hilang mungkin. Sebab kat sana kan ada Hello Kitty Town. ahaks. Tapi sana tu Johor...dan Johor tu... hurmm..Johor tu istimewa sampai saya tak sanggup nak jejak sana.
Oke whatever...bagaimana saya mahu cerita?
Hati saya sedang terluka ni...macam-macam betul lah! Penat ai yu tahu tak. Ai sampai da tak mampu nak jadi puitis menceritakan rasa.Kalau lah boleh cungkil hati ni macam cungkil isi rambutan hijau yang tersekat celah gigi, Ratu sanggup! Tapi hati dan isi rambutan tu jauh berbeza. Mana boleh sama!
Hurm...tengoklah. Ratu tulis sekarang... Belum sampai poin pun lagi..sebab tak tahu dah macam mana nak cakap. Kalau lah boleh hati saja yang cerita dan taip kan di blog ni. Mungkin saya boleh tidur lagi sekarang dan biar hati tu masuk dalam badan dengan sendiri... Aduhai.. Ratu Ratu...
Kenapa Ratu cakap lepas je Ratu? Kenapa Ratu tipu perasaan Ratu haa Ratu? Kenapa Ratu lepaskan sedangkan Ratu lebih dari mampu dan kuat untuk setia berpegang? Kenapa baru sekarang Ratu nak rasa kehilangan? Kenapa sekarang Ratu bersedih...?
Sebab Ratu tak tahu nak buat apa..Ratu tinggalkan semua dan pilih jalan mudah. Ratu dah bagi option dulu, tapi option tu tak available sehinggalah sekarang. Sehingga kau bersedia tetapi bersama si dia dan sehingga aku terhegeh-hegeh mencari kau. Ughh! Confusing kan?
Nak dijadikan cerita...urmmm..ceritanya...panjang ceirtanya! Kalau pendek, nanti jadi tak best... Perlu ke saya cerita? Tak perlukan? Nanti jadi seperti pengemis sang kasih pula. Tapi I just need some space to let it all out...
oke oke...Ratu cerita sikit..
Ratu masih sayang
Ratu nak pohon lagi 2 tahun..
Tapi Ratu terlambat beberapa bulan
Micheal Learns To Rock, ubah tajuk lagu.. "Few Months Too Late"
Semua salah Ratu
Kemudian Ratu tengok dia bahagia dengan orang lain
Dan Ratu jeles... Ratu sedih.. Tapi Ratu sedar, tu semua tak boleh
Orang yang mungkin bakal dia pinang
Sebab dia dah bersedia dan diterima kedatangannya
Dan saya...saya gagal.
Gagal menyatakan hasrat
Tak mampu berbuat apa-apa..
Saya hilang harapan..
Semuanya jadi tak kesampaian..
Jadi..saya mohon.. Hai Jodoh! Cepatlah sampai!! Dia ke, bukan dia ke, kawan ke, pilihan mak bapak ke..tak kesahlah pun kau siapa.. Mai la kaih! Sebab Ratu nak orang sayang and cintakan Ratu and Ratu nak bagi cinta and sayang ni kepada suami je...Ratu tak nak dibelenggu rasa yang bukan-bukan... Ratu nak rasa yang pasti mendapat redha dan berkat setiap kali saya katakan, setiap kali saya zahirkan, setiap kali saya simpan, setiap kali saya perlakukan.. Rasa tu sentiasa dihujani dengan pahala...Ratu nak dipimpin dan dibimbing..Ratu nak selamat dalam baitul muslim.. Ratu nak pelihara kehormatan diri.. Ratu nak kahwin~ (T_T)
Macam desperate kan...Tak desperate.. sebab tu... Ratu selalu tanya satu soalan cepu cemas kepada diri sendiri sebelum Ratu ambil keputusan menerima pinangan (sekiranya ada)..
"Bersediakah Ratu?"
Maka Ratu, persiapakan lah dirimu..Berdoalah diri yang lemah dan serba kekurangan ni menjadi pelengkap seorang lelaki muslim yang beriman dan beramal soleh supaya tidak pincang baitul muslim ku nanti. Yakinlah Ratu...Yakinlah dengan jodoh yang Allah tetapkan..
apa aku merepek pun tak tahu la... melalut je..entah mana poin, mana support, mana contoh aku tak tahulah...kan dah cakap tadi, tak reti nak tulis soal hati...!
Bye!
p/s: 1) Adik saya akan ke Mesir nanti :'(
2) Ketua organisasi saya benci saya sebab saya benci dia..
3) Dia dah tak ada dengan saya. Cinta saja tak cukup. Haluan masing-maisng dah berbeza
4) Saya nak kahwin
4)
Subscribe to:
Posts (Atom)