Thursday, June 30, 2011

Temukanlah Aku Dalam Istikarahmu, See You In The Future Jodohku

Assalamualaikum..

Rindu..
Semuanya rasa macam semalam.
Aku hampir lupa rasa masam dan pahit perkenalan kami
Aku cuma ingat rasa yang di hujung depan lidahku.
Ya. Rasa Manis.

Haa..! Aku ingat..
Acap kali kita bertengkar kan?
Tapi....aku lupa tentang apa
Yang aku ingat gambaran aku dan dia
Senyum ketawa, gembira, bahagia.

Sakit rupanya menahan hati.
Menahan daripada menzahirkannya.
Sakit lagi cuba menyimpannya.
Nak dibuang sayang pula.
Lalu disimpan perasaan ini
Sedalam hati ni boleh pergi.

Semua rasa ini datang dari-Nya juga
Yang Maha Pencipta.
Semoga takkan pernah aku lupa.

Perasaan ini ibarat pokok dalam kotak gelap
Cukup air, cukup baja, cukup udara.
Cahaya nya sahaja belum ada..
Tunggu masa saja.
Entah bila. Mungkin berbulan, mungkin bertahun lamanya.
Pokok, bertahanlah, aku mahu kau berbunga!

Apa yang kita lakukan ini adalah jihad.
Jihad terbesar. Jihad menentang musuh.
Si Nafsu.
Kau dan aku sama-sama tentera.
Tanpa senjata dan perisai.
Cuma akal dan iman.
Memendam rasa mahu bercinta
Menentang rasa mahu berjumpa
Menahan rindu yang menikam jiwa
Dan sabar menunggu masa
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” 
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”
Aku harap ketika kau membaca ini
Kau sama seperti ku sedang tersenyum
Mendengar berita gembira
Mengetahui janji Allah Yang Maha Esa

Semoga kita sama-sama berjaya
Menempuhi hari-hari terpisah bersama.
Sesungguhnya tiada apa yang Allah berikan melampaui kemampuan kita.

Ada jodoh, ada.
InsyaAllah dua hati ini akan bersama.
Menjalani bahtera bahagia
Di bawah satu ikatan sah dan suci di sisi-Nya

Sementara waktu itu
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu dan iman seperti ku
Doa harus diiringi dengan usaha :)


Aku harap jodohku di sana
Setia menanti jodohnya disini
Sabar menanti pertemuan kita yang ke berapa.
Atau mungkin juga yang pertama kali.
Kerana aku tak tahu kau siapa.
Aku harap kau lelaki terbaik untuk ku. Aku yakin tu.
Kerana Allah sentiasa mempersiapkan segala yang terbaik untuk ku dan kau.


Temukanlah aku dalam istikharah mu 
See you in the future, cinta!


Bye~

Ratu Mengaku, Gambar ni Gambar Ratu.. TOLONGLAH VOTE DI FB!

Assalamualaikum..

Ni entry yang lebih kurang sama macam entry kontroversi ni. Dan ye, Ratu mengaku ni gambar Ratu. Puas hati? Apa lagi? Pergilah undi! Ingat senang ke nak bocor rahsia ni...

Cara-caranya:



Sebab Ratu Tak Cantik, semua orang tak nak vote Ratu!.

Orang lain baru je masuk contest ni dah berpuluh-puluh like. Ratu? Sedih nak cakap. Ya. Memang. Memang Ratu tengah meraih simpati. Sebab apa? Sebab ni kan Shawl styling contest..Bukan Beauty contest pun. wuuuu.. Tolonglah vote.. Nak baucar nak beli tudung raya~ Pleaseeee


Bye. PLEASE I'm begging you and Thank You :) You;re awesome kalau vote!

Tuesday, June 28, 2011

WW#5 Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Image Source: Tumblr

Kerana Sayang Kau Menguji Aku Begini?













Assalamualaikum.. Satu minggu yang berlalu merupakan antara hari-hari yang susah untuk aku. Di dalam rumah sendiri rasa tidak tenteram. Di tempat kerja pun rasa risau. Di dalam kulit badan sendiri pun rasa tak selesa. Kusut. Lemah. Pening. Takut dan sedih. 'Fusion' perasaan ini tidaklah sesedap Fusion Steambot di Plaza Alam Sentral. Malah boleh diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak. Sudahnya, simpan bawah lidah (?)  Tak sedap. Terasa nak muntah.



Tapi bila tidur mulut ternganga, akhirnya kering juga yang dimasukkan ke dalam mulut tu tadi. Ya. Masalah selesai. Hilang dan lenyap. Agaknya lah~

Masalah dan ujian Allah. Dua benda yang sama, tapi bila sebut masalah, kita sering lupa ianya adalah dugaan, ujian dan cubaan dari Allah. Tapi kalau ingat Allah, semuanya dihadapi dengan tenang. InsyaAllah. Allah takkan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka. Kita je yang kadang-kadang terlalu sibuk, takut, macam orang gila nak handle masalah. Nak bunuh diri, nak give up bagai. Jarang nak meminta kepada-Nya. Kita lupa yang Allah bagi sign "I LOVE YOU" sebenarnya dengan mengurniakan ujian tu.
Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya maka dia akan tenggelamkan hamba itu dlm cubaan.Barangsiapa yg xpernah menghadapi musibah maka ia jauh dari kasih sayangNya.
Ringan-ringankan lah lidah menyebut istirja's iaitu Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun setiap kali ditimpa musibah. Semoga Allah permudahkan segala apa yang susah bagi kita sesungguhnya tiada apa yang susah bagi-Nya. Dia lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdullilah, ribut taufan yang melanda sikit-sikit makin renyai. Pelangi pula kian menonjolkan diri walau masih sembunyi-sembunyi malu. Tapi tak apa, akan ku capai hikmahMu ini Ya Allah. 
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Aku masih bernafas, dan masih punya kewarasan untuk sedar, bahawa Kau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, yang tempat mereka di syurga kelak. InsyaAllah aku pun akan bersama mereka. Kami semua. Aku, ibu bapa ku, keluarga ku. Dan jodohku yang cuma masih belum ketemu. :)


Alhamdullilah, aku dan mereka dibukakan mata untuk kembali beringat bahawa Kau tidak pernah jauh dari kami, kecuali kami yang semakin jauh menghindari Mu.
Setiap kali tangan ligat menguis-nguis tasbih mengingatiMu, setiap kali lidah yang keras mencuba sehabis daya untuk lembut membaca ayat-ayat suci kitab-Mu dan setiap kali menghadap Mu. Aku tenteram dan aman. 


Kepada-Mu aku berserah. Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Rabbi..Ya Habibi :)

Recommended Article:
ILuvIslam: Mencari Ketenangan Hati
ILuvIslam: Bersabar Atas Kehilangan
All Image are from Google.

Monday, June 27, 2011

Kenapa Perempuan Tak Nak Bercerai Bila Dia Ada Peluang?

Assalamualaikum..
Ketekunan aku membuat analisa kaji selidik terhenti apabila ada 2 kepala lelaki tersembul dari sudut tepi pintu berdekatan meja pejabat ku. 

Ratu: Ya, ada apa? Tanya ku sambil tersenyum apabila wajah mereka berdua kelihatan 'lost'.
Lelaki 1: Kak, kami nak beli baju uniform tu. Ada jual kat sini kan?
Ratu: Owh tu.. ada-ada. Ikut saya. Tapi adik beli lambat sangat, tinggal saiz M dan L je.
Sambil berjalan ke arah meja Cik A dan dibuntuti oleh mereka. Selalunya aku takkan sebut saiz apa yang tinggal, tapi badan mereka berdua kelihatan besar. Barangkali XL. 

Lelaki 2: XL tak ada kak?
Ratu: Ermmm..tak ada, stok dah habis. heh..dah agak daa..
Lelaki 1: Berapa kak?
Ratu: RM25 sekali dengan topi.
Lelaki 2: Kau ada duit? 
Lelaki 1: Ada-ada. Aku pakai duit mak aku bagi dulu.
Ratu: Tulis nama and detail-detail macam kat buku ni.
Lelaki 1: Kak..resit ada tak?
Ratu: Resit??? *terkejut* Err...tak ada lah. Belum pernah lagi ada yang beli baju ni minta resit.
Lelaki 1: Tapi kak...saya kena ada resit. So nanti mak saya boleh claim dekat ayah saya. Ayah saya tuh susah sikit bab duit. Dia berkira.

Aku bertambah terkejut! halah...beli baju keperluan untuk kokurikulum pun kena ada resit untuk mak pegi claim kat ayah?? Oh My Allah..Kenapa tak ayah je yang datang belikan terus.

Ratu: Ermmm..sekejap ya adik. Akak tanya pegawai lain.
Menyedari diri bahawa aku cuma pekerja sementara dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan resit, aku berlari anak comel ke arah En R.

Ratu: En R! Ada student nak resit beli baju. Ada ke?
En R: hah??? Mana pernah kita keluarkan resit. Cakap kat dia tak ada. Dia lah orang pertama yang mintak.
Ratu: Tapi dia kata dia nak resit supaya mak dia boleh claim kat ayah dia.
En. R: HAH! untuk kedua kalinya. Kena claim jugak ke??
Ratu: En tolong tengokkan boleh?
En R: Adoy..yelah.
Aku dan En R menuju ke meja pejabat tadi di mana dua pelajar tadi masih menunggu. Aku duduk diam sambil mendengar perbualan mereka.

Lelaki 1: Saya nak kena ada resit supaya mak saya boleh claim kat ayah.
En R: Kitaorang mana pernah keluarkan resit untuk beli baju ni.
Lelaki 1: Kalau en tulis kat kertas dan tandangan atau cop pun jadilah. Saya cuma nak bukti sebab ayah mak saya tengah dalam proses penceraian..
 Source: Flickr
Oh My Allah!! Terkejut... tapi taklah terkejut sangat. Sebab dah agak. Mendengarkan hal tu, En R terus setuju untuk keluarkan resit. Mungkin kesian. Ya lah, sebab mak bapak, anak jadi mangsa. Lagipun tahun ni Tahun Kebajikan Pelajar. Jadi harus lah tolong sebab dah dia jadi mangsa keadaan. Lelaki 1 tadi bersalaman dengan sahabatnya lelaki 2 yang berbaju Melayu tadi yang mahu segera pulang. Hari ni hari Jumaat. Selesai saja, Lelaki 1 tadi menghampiri En R sambil memberikan butir-butir penting untuk dimasukkan ke dalam surat pengesahan (kot~)

Aku segera kembali ke meja aku. Main Angry Birds. Sambil memasang telinga mendengar perbualan lelaki tadi dan En R. Jauh. Susah nak dengar. Macam bunyi ular. Jadi aku tekad, biarkan je lah. Hal orang, buat apa nak ambil tahu.

Petang tu ada pula lagi pelajar lain yang mahu beli baju yang sama. Macam biasa, sementara Cik A ke umrah, tugas jual beli baju aku yang handle. Selesai akad jual beli En R menyapa aku.

En R: Budak tu tak mintak resit ke?
Berseloroh. Memerli. Mungkin teringat hal tadi jadi dia berjenaka. Bila dia bangkitkan isu tadi aku jadi ingin tahu.

Ratu: Tadi tu kenapa? Parent dia cerai?
En R: Ha'ah. Nak tuntut dekat mahkamah semua tanggungan.
Ratu: Ayah dia kerja apa?
Aku terdengar soalan ini diajukan En R kepada lelaki tadi. Tapi tak kedengaran pula jawapannya. 

En R: Dia kata dia tak tahu. Dah 3 tahun dia tak jumpa bapak dia.
Ratu: Dah 3 tahun?? Oh maii... Ni mesti kes gantung tak bertali.  Pastu dah 3 tahun, anak dah besar dah masuk U baru mak nak mintak cerai. Hmm..

Selesai takat situ perbualan ringkas aku dan En R. Aku kembali ke meja aku sambil otak ku penuh dengan persoalan. 
Kenapalah si siteri suka sangat tangguh-tangguh penceraian bila mana dorang dah ada peluang untuk lepas daripada suami yang tidak bertanggungjawab. Islam bukannya susah sangat. Cukup 4 bulan suami abaikan isteri tak bagi nafkah, pergilah mahkamah tuntut fasakh atau khuluk. Kenapa nak rumitkan keadaan?
 Contohi Abby Abadi
Terlalu sayang. Terlalu cinta. Terlalu berharap agaknya. Perempuan. Biasalah. Sampai kebahagian sendiri dan keluarga terabai. Mangsa nya? Anak-anak. Kasihan.

N: Ratu!!
Lamunan aku terhenti apabila pekerja baru yang sama-sama mendaftar sebagai pekerja sambilan memanggil ku.

Ratu: Ya! Gapo dio?
N: Ni, nak tanya teknik ni.
Ratu: Teknik ape? 
Takkan nak tanya pasal Excel kot. Memanglah aku dah awesome dalam Excel, tapi tak lah seawesome dia.

N: Ni..macam mana teknik nak bunuh babi hijau ni?

Ratu: (-_-") Cehhh...

Bye!

Sunday, June 26, 2011

Harrazdani Ajak Masuk Bloglist

Assalamualaikum
Jemput join DI SINI

Yep, kalo ni blog Harrazdani jemput blogger-blogger sekalin join bloglist dia. Katanya 20 blog je, Ratu rasa Ratu dah terlambat, tapi tak pelah. Sambil-sambil ni boleh promote Blog Harrazdani yang serba matang dan berinformasi.

Jadi, untuk complete kan task nya, ini lah dia 3 kepentingan bloglist
  • Bantu blogger lain promote blog dia.Mana tahu rezeki nampak blog di bloglist, tak pernah-pernah nampak, rasa tertarik pula nak jenguk kan?
  •  Kerana bloglist merupakan salah satu sumber blogger blogwalking. Jadi sama-sama dapat menaikkan trafik blog kawan kita.
  • Tambah seri kat blog kita, so xdelah nampak kosong macam tak ada blogsphere..kan..
Done! Bye!




Saturday, June 25, 2011

VOTE FOR HER: Contestant Shawl Styling Pertama Memakai Purdah

Assalamualaikum...

:) If you wish to see who's this contestant is?

Please like Prettyfabshoppe on Facebook..

and like THIS PICTURE over there..
to vote for her

Cool huh? She refuse to show her face and wear the mask instead. Just exercising her rights to privacy I guess. Lagipun ini kan Shawl Contest, bukan Beauty Contest pun :) So focus on the style, not the face.

Those who are interested to join this contest pun boleh la usha-usha fanpage tu. Owrait?

Perlu diingatkan bahawa anda kena berhati-hati dalam meletakkan gambar di dalam internet. There are perveted guys out there, anasir-anasir jahat yang suka cilok-cilok gambar perempuan yang omey omey regardless dia pkai tudung ke tak. Dah cilok tuh, dorang akan post gambar kita kat mana-mana dia suka and wrote nasty things about them. Tak kurang juga yang akan menimbulkan fitnah, mengaku 'ni awek aku, dia ni itu lah ini lah' and what so ever. Be careful oke? :)
Dari Google: Gambar hiasan semata-mata

Well, sekarangkan evolusi membuat pertandingan, Giveaway,"Mencari bakat baru" "Calling all pretty girls" "Shawl Styling Contest" and macam-macam lagi yang memerlukan peserta post gambar merata-rata. Terlalu public pun payah jugak. Kurang supervision. Bahaya. Denjeros! Hee..

Tu je! Bye.


p/s: She is not trying to potray herself as a muslim women wearing purdah. She is just ordinary girl wearing hijab who is exercising her rights to privacy.

Friday, June 24, 2011

Jangan Ingat Saya, Ingatlah Dia..Awak Kan Lebih Cintakan Dia~

Assalamualaikum..

:) Hari ni Ratu nak kongsi gelap sepotong 2 potong ayat. Ready?

"Andai kata kau teringat aku tentang perkara yang tidak munasabah, maka ucapkanlah Astaghfirullah untuk segera kembali mengingatiNYA. Dan andai kata kau teringatkan aku atas segala pesan dan nasihat yg baik dan berguna, maka ucapkanlah Alhamdullilah kerana sesungguhnya itulah hikmah di sebalik pertemuan kita :)"

Ayat yang menerjah kepala masa sedang menonton Wolverine di tempat kerja. Mata tengok movie tapi hati dan fikiran menerawang sampai ke India.  Tidak boleh tidak menyingkirkan 'hal' itu dari kepala otak. Alhamdullilah, zikrullah ternyata lebih baik :)

Image Source: Google

:) bye!



p/s: Kalau hari Jumaat, zikir hariannya 'Ya Allah' Amalkan lah ye!

Thursday, June 23, 2011

VIDEO: Cara Nak Dressing Yang Selesa, Fashionable dan Paling Penting, Mengikut ISLAM

Assalamualaikum...

Hye handsome, and gorgeous.. :) Guess what..You're so cantik dan kacak and you're so like fashionistas...!!

But you might wanna check what you wear. Does it follow the Dress Code according to Islam? Is it comfortable and following the dress code. And is it fashionable, comfortable AND following the dress code?

Well, I would love to explain it further to you guys. But yet, our brother right here had done a very good job explaining it to us. So I leave this to you brother Aiman! YOU BETTER BE CLICKING ON THE PLAY BUTTON! Coz this video right here is worth to be watch.!

Thank You Brother Aiman!
So have you make up your mind? Whether to please The People OR Allah?

Bye!

Wednesday, June 22, 2011

Today's Facebook Status to Share

Its Thursday Baby! Lets Zikir Khamis! :) 
SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, ALLAH 
ampunkan dosa sebanyak buih di laut, dan satu kali sebut 
tumbuh satu pohon syurga untuk kita di taman syurga..


So people, Let's grow tree!! :) wee~


Subhanallah

Bye!

Tahu Future Anda Daripada Sebuah VIDEO

Assalamualaikum..

Oh my Allah... benda best oke! Best sangat!! Korang kena cuba!! Sumpah tak tipu..TAK TIPU! Korang tak nampak ke nada tulisan ni sangat excited! Korang.. KENA... CUBA!!

Sebab apa? Sebab Ratu dah tahu dah future Ratu macam mana.  Sekarang Ratu semakin semangat! Semangat nak hidup jadi orang yang berjaya. Berjaya dunia akhirat InsyaAllah. Yep. I want MY STORY to be like this!
I was on the news..!


People cheering for me!

 I was known in the whole wide world

I was featured on TV!

 Again, people cheered for me, hoping for me, appreciating me.

I was on the frontpage of Today's newspaper!

I tell you, this is not some kind of edited pictures. Its a video. Yep..A VIDEO! I wish I could tell you how mine was, but I kind of having problems posting it here. So, why don't you figure out your own future yourself! Tell, me will you get this kind of future like me?

yep..click there to see how your future will be? And remember, upload your real image to experience maximum enjoyment and turn up the volume!


Will you make a good story of yourself starting today? Will you work hard to achieve what you want? Will you succeed in life and afterlife? Make your own story NOW HERE!

p/s: Don't forget to like them on facebook! :)

Tuesday, June 21, 2011

WW#4 Wordless Wednesday

Assalamualaiku.
Hari ni tamak. Nak buat 2 post WW.. :p bweekk

Source: My Friend's Tumblr hye ecawh!! :) weee

WW#3 Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Monday, June 20, 2011

CINTA DUNIA #1 :Cinta Punca Sakit Pelupa yang Parah

Assalamualaikum..

Panahan Cinta. Uish. Bahaya. Sekali kena teruk padahnya. Boleh jadi sakit rindu, boleh jadi sakit hati. Lebih parah kalau sakit tu sampai jadi buta hati. Buta hati lupa asal usul. Buta hati kerana cuma nampak indah. Yang ngeri nampak. Tapi buat-buat tak nampak. Lagi teruk kalau buta hati lupa agama.
Cinta buat kita berangan. Berimpian yang macam-macam. Punya suami isteri anak-anak, rumah besar dan bagai. Tapi kenyataanya? Realti tak seindah mimpi. Mimpi indah. Tapi mimpi pun ada yang ngeri. Tapi siapa yang berkehendak kan mimpi yang ngeri? Dengan kuasa Tuhan aku, Tuhan kau, Tuhan sekalian alam, mimpi boleh jadi realiti. Yang indah..mahupun yang ngeri. Ya. Kuasa Allah. Yang Maha Berkuasa (Al-Aziz)

Aku sedar. Cinta di usia muda tidak menjamin apa-apa. Walaupun keinginan itu kuat untuk membawa cinta sehingga ke alam pernikahan, tapi masa depan aku tak tahu! Kau tahu? Tiada siapa yang tahu!! Kecuali Allah yang Maha Mengetahui (Al-Alim)

Alpa. Lalai. Lupa. Memang betul pun. Jangankan kata Melayu mudah lupa. Kita manusia memang mudah lupa.  Pelupa! Tak perlu tunggu tua. Muda-muda remaja ramai yang dah kecundang dek lupa asal-usul. Bukan asal tempat tinggal,lahir, membesar dan semuanya. Kita lupa yang kita datang dari Allah dan kita juga kembali kepada Allah.  Lupa bahawasanya kejadian kita sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam Surah Al-Hajj ayat 5:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu....

Sedangkan perkataan manusia sendiri datangnya daripada perkataan Arab yang bermaksud 'nasia' iaitu pelupa. Kenapa? Sebab dari sebelum kita lahir kita telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita. Tapi bila kita hidup, kita lupa. Kita bukannya hidup untuk mati. Tapi kita mati untuk hidup. Surah Al'araf Ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Astaghfirullahalazim. Selama ini aku sangka aku sihat walafiat. Ternyata sakit pelupa aku sangat parah. Sungguh. Islam ni agama yang syumul(lengkap) dan waqiyyah(praktikal). Tapi kita sering lupa untuk balik kepada jalan-Nya.

Dan bila cinta? Kita nak bersama dia, tapi kita lupa batas pergaulan. Kita lupa adab dan tatasusila. Kita nak dijodohkan dengannya, tapi kita lupa meminta kepada-Nya. Kita lupa DIA. Istighfar. Astaghfirullahalazim.
Cinta kalau tidak disemai dengan benih yang sesuai, tidak disiram dengan air penuh rahmat dan berkat dan tidak dibawa ke jalan yang bercahaya, layu juga jadinya nanti. Tidak membawa apa-apa. Tidak berbunga Tiada hasil. Cuma tinggal dahan berduri yang tidak mahu berpucuk. Rugi buang masa, duit dan tenaga mencari benih, mencari air, mencari cahaya. Kerana DIA yang ada, tidak mahu pula kita pergi kepada-Nya.

Astaghfirullahalzim. Teima kasih Ya Allah. Syukur. Kau berikan lagi aku peluang untuk bangkit mengejar-Mu. Mudah-mudahan bingkisan tulisan cincai ini ada ertinya buat sesiapa yang membaca. Peringatan. Semoga dijadikan amalan untuk kau dan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Recommended Articles:
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/
http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
Sumber rujukan:
http://fathullah91.blogspot.com/2010/09/petua-mengelakkan-jadi-pelupa.html
http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm
http://namaislam.tripod.com/id1.html
Tafsiran Surah Al-Hajj
Tafsiran Surah Al-A'araf
Ciri-ciri Islam-Khasais Al-Islam
Ciri-ciri keistimewaan Islam

Mama Abah. Kita minta maaf..

Mama, Abah.. Kita mintak maaf kita buat silap tu. Mama betul..kita lemah. Iman kita lemah. Iman kita kering. Sengaja mencari bala. Abah betul.. Kita terlalu terbawa-bawa. Kita tahu benda tu salah, kita tahu benda tu dosa. Tapi kita sengaja mencari bala. Mama Abah betul, kita salah. Salah kerana menurut yang tidak-tidak. Ikut hati MATI! Maruah tak tercalar tapi ibaratnya sama seperti tiada maruah. Malu. Mama Abah MALU. Sebab kita. Kita minta maaf.. Kita dah kecewakan Mama Abah buat entah keberapa kali. Bukan sekali mama abah cakap, Allah akan tunjuk kat Mama Abah siapa anak kami. Silap anak-anak, Allah akan tunjuk supaya kami tahu dan perbetulkan. Ternyata betul. Jangan main-main dengan kata ibu bapa. Memang kita silap. Kita minta maaf. :'(

Sunday, June 19, 2011

OPERATION MALAYSIA 2!: Your Government Has Failed You

Assalamualaikum..

Tak reda-reda lagi rupanya hacked menge-hacked ni..Ni memang tak puas hati tahap dewa ni..Baru minggu lepas ada Operation Malaysia, sekarang dah ada yang second! Wuhoo..Cepat-cepat!Pergi search Youtube untuk #2 Anonymous - Operation Malaysia. Sori Ratu tak dapat provide link video tu sebab UiTM block youtube during office hour to prevent students from getting distracted in class when surfing online.. But nevermind, it can be access after 5!



Message form the Anonymous:

Good evening, Malaysia.
Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration, whereby those important events of the past usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle are celebrated with a nice holiday. I thought we could mark this day sixteenth of june, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, think, and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who’s to blame? Well, certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now Prime Minister. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.
We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
We shall bring down the entire countries national infrastructure. We shall make this a day to be remembered.
This is your second warning.
We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.

wuuuuu~ Creepyyy... I'm 50-50 with this whole blocking sites thing. It does infringed our right to get access with movies, songs and whatever.. But on the other hand, Its in our law! So? I don't know..no blocking lah~ Amend the law instead? How's that? :) haha




Recommended Pages of the same issue:
http://www.wirespot.net/2011/06/20/video-operation-malaysia-2/
http://kerangs.net/news/gengblogger-com-dan-beberapa-web-kerajaan-digodam/

VIDEO and GAMBAR: Kucing Berkenalan pada Hari Kucing Peringkat Lorong

Assalamualaikum

Selalu Ratu dengar orang cakap kalau kucing baru first time jumpa mesti diaorang nak cari gaduh sebab dorang tak kenal bau. Betul ke?  Sebab tu bila dorang jumpa je, mesti kucing akan cium. Ye ke?

Jadi hari tu, mama Ratu biar pintu belakang rumah terbuka. Jadi petang-petang kucing gangster lorong rumah Ratu mesti akan berkeliaran kat belakang tu. Kebetulan pula si Gentel @ Abi Hurairah ada kat dalam rumah,dia nampak je pintu buka, dia keluar. FIRST TIME dia dapat keluar ke belakang rumah. Sebelum ni kami takut kalau dia cari pasal dengan kucing lain. Sebab Abi ni mesra alam sangat!

Tapi sangkaan kami meleset..ada abang kucing ni baik sangat. Maybe kucing Abang Long Kawasan. Haha. Dia biar je Abi main misai dia. Dia layan jee budak kecik Abi ni kacau-kacau dia. Hehe..comel! First time dia duduk sedekat tu dengan kucing lain tanpa mengiau marah-marah.
video
Sila abaikan suara manusia-manusia lain.. :)

Jadi hari tu Ratu mengekor je kucing-kucing gangster belakang rumah sekitar lorong rumah Ratu. Sebab kebetulan adik Ratu and kawan-kawan dia kenal dengan kucing-kucing kawasan ni. Semua kucing dorang ada bagi nama. Aduuii..layan je lah dorang..ni haa koleksi gambar kucing lorong rumah Ratu..sebab tuh namanya Hari Kucing peringkat lorong..hehe


Kecik kecik da pandai mengorat kucing janda eyh..Mestilah janda kan? Takkan lah besar ni tak pernah mengawan lagi..huhu
Kucing ni sumpah lawa! Kucing mata sepet. Mengingatkan Ratu kat cerita Sagwa The Chinese Siamese Cat. Comel! ee..geram!

There are like sisters!

And this is my favourite! Not sure what kind. Tapi dia gemuk. Bulu panjang! Fluffy gila.Gila Fluffy! Geram! and TAK ADA YANG BELA! ugghhh..! Rasa macam nak culik. Tapi I guess semua orang kat lorong rumah Ratu layan dia. So Si Ball is officially our lorong's cat! haha
Kucing Sombong! Tengoklah muka dia. Mentang-mentang mata mahal~ Menyampah gila!
This is the last on my list. Sebab dia tak comel and tua. Hehe But I still love cats :)  This cat reminds me of Haniff's cat(s). Kontot and the doll I bought for his little sister.

Slightly the same with the cat up there. But much cuter :)

I love cats more and more since I have Gentel. setiap hari rasa macam nak gomol-gomol dia. huhu..
Thta's all entri tak berapa nak best kali ni.
Bye!

Saturday, June 18, 2011

sabTUMBLR#4: Who Cares If You're Sick?

Assalamualaikum..
I know..I know..Its Sunday..and I already missed 2 Sabtumblr post including last week... (-_-")

Apa Nak Buat Kalau Result Exam Teruk?

Assalamualaikum...
Hello Dean's List Students, Students Who manage to get Good Results, Students Who get Not-So-Good Results and Students Who Failed...Hye! I would like to congratulate you for whatever you had achieved, because behind every cloud's there's a silver lining.. :)

So  Apa nak buat kalau Result Exam Teruk? That's easy..pfftt

1) Manipulasi Keadaan
Maybe you should try updating your status at facebook saying "Result Exam Aku Teruk" or something to express that you're unhappy with your result.Nanti InsyaAllah akan ada makhluk Allah yang ambil berat akan bagi komen-komen yang memotivasikan, berupa kata-kata semangat dan nasihat. Dan that moment you'll know who care about you. Tapi kalau ada orang yang tak berhati perut,riak dan takbur komen
"Kesian you kan? Nasib baik I dapat 4 flat..takpa lah, nanti kau cuba lagi ye?"
Nak marah?? No! Nak Sedih?? NO! Jangan biar keadaan menguasai kita, kita yang kena pandai memanipulasi keadaan. Ambil kata-kata orang tak guna tu sebagai pembakar semangat. Jangan jadikan tuh punca korang nak down dan putus asa.  So next time, bila you dapat 4 flat , boleh lah you geng dengan budak 4 flat tadi tu! (?)
Be Creative and MANIPULATIVE

2) Muhasabah Diri
Cukup ke usaha yang korang dah curahkan untuk dapat Result yang lebih baik dari apa yang korang da dapat. Cukup ke tak tidur malam. Tiap-tiap hari pergi library. Buku tak pernah lepas. Doa siang malam. Solat tak pernah tinggal. I tell you what, kalau korang rasa usaha korang dah cukup, USAHA TAK PERNAH CUKUP. Dan jangan salahkan takdir, sebab kalau korang tak dapat apa yang korang nak, baca ni..
Just Never Say Never and Work Harder. USAHA!

3) Tengok orang yang lebih teruk dari korang.
Yup. Bila kita kat atas, kita jangan lupa untuk melihat ke bawah. And when I say melihat/tengok, maka tengok je lah! Jangan kau dapat 3.00 kau pegi cakap dekat orang yang 2.5
"Eyh..kau 2.5 eyh? Aku lagi pandai dari kau. Sekurang-kurangnya aku tak ada fail, cukup-cukup makan macam ni pun dah cukup baik daripada dapat 2.5 macam kau"
Itu kejam oke. Jangan lah buat macam tu. Kesian kawan. Comfortkan lah dia. Be humble. Tell them to work harder with you. So nanti sama-sama berjaya. Jadi bila korang kat bawah sekalipun, jangan lupa untuk tengok ke atas dan aim untuk berada di atas. Teruk ke failed paper? I think not. You just got a second chance untuk improve subject tu. Belajar kali kedua bila orang lain mungkin dah lupa semua benda tu. Ilmu, jangan tolak dia bila dia nak datang. Rugi! Tapi kalau tak ada yang lebih teruk dari korang?
..and you think your life suck?
Well, don't be. Bacause we're about to move on to the next step..Which is;

4) Bersyukur.
Ada orang yang lahir-lahir je terus mak dia tak nak kat dia, buang dia kat tong sampah. Ada yang tak dapat makan pun. Ini kan pula nak ke sekolah. Tapi kita? Dapat peluang belajar tapi kita main-main, Habiskan duit mak ayah kita. Buat dorang sedih dengan pencapaian kita. Ada kelas je ponteng pegi shopping dekat MidValley..

Hmm...terasa pulak dengan kata-kata sendiri. :'( Waaaa...Mama Abah, kita mintak maaf result kita jatuh...!!

Tapi my point is, bersyukur je lah. Sebab dari rasa berysukur tu kita akan rasa cukup dan berterima kasih dan berusaha untuk lebih.  Bukan dapat 2.5 terus bersyukur and redha. Sem depan tak nak usaha lebih and buat benda sama. Result turun pun bersyukur tapi tak berusaha pun. Itu silap.

Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka..(Surah Ar-Ra'd,11)

5)Usaha!
Macam mana nak ubah nasib? USAHA! yep..Usaha. Perlu ke Ratu explain apa itu usaha? Rasanya tak perlu. Korang tahu apa tu usaha. Yang korang tak tahu cuma banyak mana. Kan? Well, Im sorry, I have no answer to that. You have to figure it out yourself. Usaha lah banyak-banyak sampai korang tahu bila nak stop. Dan bila stop, jangan lupa untuk tawakal dan berdoa- which will be the last on "Ratu's Guide to Handle Bad Exam Results"

6) Doa dan Tawakal
Yep. Hanya pada-Nya kita MEMINTA. Dan hanya kepada-Nya kita BERSERAH. Tapi kalau hajat tak dimakbulkan? Sila lihat point kedua tadi :)

Akhir kata, Ingatlah
TIADA ORANG YANG BERJAYA TANPA MASA SILAM,
DAN TIADA ORANG YANG GAGAL TANPA MASA DEPAN.
Bye awesome people! God luck! and I love you.. <3


p/s: I finish make up-ing my blog! Wee

Disclaimer: I am not a professional, and what I said was basically from my point of view and what I would like to advice people on this matter. I am an observer and I talk based on experience. All pictures are taken from Tumblr.

UNDER CONSTRUCTIONS

Asslamualaikum..

Due to memandai-mandai..I just ruined my blog..Boo me! :(

HomaiGod..Blog Ratu semakin Glemeresz!

Assalamualaikum... :)

Hey awesomeness! Guess what, Blog Ratu bakal menjadi lebih glamour tak lama lagi..
sebab..

I just got a complete set of new header, banner and watermark!!! weee...thanks to Azhafizah sebab dia lah yang buatkan semua ni...Remember? Ratu pernah buat iklan untuk bisnes dia ni kat ENTRY NI.

Check out her latest entry to see how my bling bling stuffs look like! :)


I love it Fiza. Thank you! Thank you! Thank you kerana sudi melayan customer banyak songeh macam Ratu ni...arigato arigato..

Tapi, oleh sebab Ratu ni SEorang yang buta IT. Cuma reti guna program Microsoft je, maka haruslah putting up all the new gelemeresz things memerlukan masa..sebab Ratu tak pandai. (-_-")
I know,I know..I'm hoping for Fiza to help me with how to it..coz I'm a loserrrrrr!! wuuu~ tolong saya ye fiza..please..

Friday, June 17, 2011

HELLO KITTY: Painting Using Microsoft Excel

Assalamualaikum..
Ratu pernah berkata;
Barangsiapa yang datang ke Blog RatuTakCantik, maka AWESOME lah beliau..Wohoo!!

So Hey awesome..

Dont you think Ratu ni sangat awesome dapat melukis pakai Microsoft Excel..? I know!! Awesome kan?? 

Here's my Masterpiece..Rumah Hello Kitty..weee

Homaigod tak sangka Ratu ni awesome. (Boleh masuk kategori STATEMENT MINTAK PELEMPANG sebenarnya ni kan..) 

Tapi oh well...Im just too bored coming to work lately..sebab Ratu sebenarnya TAK ADA KERJA PUN! Sebabnya...kitaorg dah siapkan kerja tu terlebih awal, sampai there's no more work left for us..Ratu just datang pejabat untuk Punchcard IN dan OUT. Kalau bukan sebab ada kerja mak nenek yang remeh temeh yang orang lain terlalu sibuk untuk melayan, Ratu akan just duduk kat meja, bawah aircond and main Angry Birds atau tengok movie atau surf internet (senyap-senyap) ..huhu

So yeah..Thank you WORK..I 'ACTUALLY LEARN' to use this program! weee..Bye!

Wednesday, June 15, 2011

LOGIK KE Kerajaan spend 1.8 Juta untuk satu Facebook page?

Assalamualaikum..
Panas..panas...HOT!! Ratu memang hot. Tapi tak seHOT Negara Malaysia yang panas cuaca nya.Panas lagi dengan politik nya..

Selama ni kita guna Facebook free je kan? Yang kita duk bukak tiap-tiap hari update status, share itu ini FREE je kan? Yang kena bayar pun sebab pakai internet service. Kalau Wi-Fi  kat McD free je!
Tapi kenapa ada yang sampai sanggup buat contract bayar berjuta-juta untuk maintanance 1 Facebook Page???Kalau suruh adik saya yang 5 Tahun pun dia reti buat. Bayar RM10 pun cukup. Tapi kenapa?? Kenapa 1.8 Juta?? kenapa??
Duit mak bapak aku tu weyh bayar cukai..Da la caj elektrik naik..!

Seriusly, benda ni tak logik kan. Suruh je la mana-mana kerani, pekerja dekat Jabatan Pelancongan tu untuk maintain. Kenapa 1.8 Juta untuk 1 Facebook Page..? hamboh! Dokleyh terima arh gining!!

Ratu bukan sokong mana-mana pihak. Ratu pun duk atas 'tembok' je. Tapi kita boleh fikir kan mana betul mana tak. Mana relevan dan mana tak. Dan ye, Ratu menyeru Menteri Pelancongan untuk bertanggungjawab dengan soal ni. Accountability and Answerability. Itu kan Etika dan Profesionalisme yang patut ada dalam menteri kita? :)

Berita selanjutnya: http://www.malaysiakini.com/news/166890

Dan, ada betul nya juga kata-kata Ahli Parlimen, Anthony Loke. Jom tengok! Korang mesti setuju.. :)

Bye!

WW#2 Wordless Wednesday

Assalamualaikum :)


What is WordlessWednesday? 
Click HERE
or

Tuesday, June 14, 2011

People converted into Islam at Dubai International Peace Convention by a former Preacher of Christianity.

Assalamualaikum..Because Islam is so beautiful, brothers and sisters I would like to share this with you.
:') I would like to quote what Sheikh Yusuf Estes said when he answered Gabriel's question..
Yusuf Estes: Im gonna give you 5 words in English. They have to be all at the same time. Surrender, Submission, Obedience, Sincerity and Peace. Do you want those thing in your life?
Gabriel: Yes, I do.
Yusuf Estes: This word in Arabic is one. Take 5 words in English, do you know what the word is in Arabic?
Gabriel: No
Yusuf Estes: Its Islam..
Gabriel: Really?
Yusuf Estes: Yes..That's the word!
Later, Gabriel converted into Islam during the Convention in front hundreds of audience..
Go on. Click the play button. I know it's quite a long video. 32:34 minutes. But its worth it. Trust me. Few other people converted into Islam after Gabriel. Subhanallah. Allahuakabar. Alhamdullilah :')

Who is Sheikh Yusuf Estes?
He was raised as a strong Christian. He was once a Music Minister. Even better, he was also a Preacher of Christianity. But How? How did he converted into Islam? Well, that was the question asked by Gabriel. And what did Yusuf answered? Just a brilliant answer you'll have to hear it yourself from the video.. :)

Also, right after Gabriel is converted, Yusuf said something:
"Gabriel has just sent to Islam. A lot of us have to do the same thing. You know what I meant by that..A lot of us have Muslim's name but do we really put it into practice?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal
This one is for me to remember too :)
Bye! 



See also:
http://www.islamtomorrow.com/yusuf.htm
Special thanks to http://creativekhalifah.tumblr.com/. If it wasn't for this, I may not know about this.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...